November 28, 2022
Sebanyak 100 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) bakal dipasang di lokasi yang strategik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menjelang tahun 2024. Perkara ini didedahkan oleh pengarah urusan PLUS sendiri, Datuk Azman Ismail berdasarkan laporan The Edge. 100 Pengecas EV Menjelang 2024 “Di bawah pelan hala tuju PLUS EV Charging Station, kami akan bekerjasama dengan beberapa pemain industri untuk memasang 100 pengecas ini secara kumulatif menjelang 2024,” kata Azman. Menurut Azman, PLUS sedang bekerjasama dengan rakan strategik termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan objektif untuk menyediakan fasiliti yang diperlukan khususnya untuk pengguna EV di lebuhraya mereka. Ketika ini, sebanyak 29 stesen pengecas EV telah diletakkan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan stesen minyak di sepanjang lebuhraya PLUS. 8 Stesen Pengecas Pantas (DC) Bakal Dipasang Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), setakat Mac lalu, terdapat 600 stesen pengecas EV awam di seluruh Malaysia. Melalui kerjasama antara PLUS dan TNB, pengecas pantas (DC) akan dipasang di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan serta Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2). Meskipun lokasinya belum didedahkan, namun berdasarkan dokumen yang telah ditandatangani, terdapat lapan stesen pengecasan pantas akan dipasang di kedua-dua lebuhraya terbabit (enam di Lebuhraya Utara-Selatan, dua lagi di LPT2) yang merentasi enam buah negeri. Melalui kerjasama ini juga, sistem solar photovoltaic di atas bumbung bangunan R&R Ayer Keroh (Arah Utara) dan R&R Tapah (Arah Utara) akan di pasang dengan jumlah keseluruhan bagi kapasitinya adalah melebihi 360 kWp (kilowatt peak).

Sebanyak 100 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) bakal dipasang di lokasi yang strategik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menjelang tahun 2024.

Perkara ini didedahkan oleh pengarah urusan PLUS sendiri, Datuk Azman Ismail berdasarkan laporan The Edge.

100 Pengecas EV Menjelang 2024

“Di bawah pelan hala tuju PLUS EV Charging Station, kami akan bekerjasama dengan beberapa pemain industri untuk memasang 100 pengecas ini secara kumulatif menjelang 2024,” kata Azman.

Menurut Azman, PLUS sedang bekerjasama dengan rakan strategik termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan objektif untuk menyediakan fasiliti yang diperlukan khususnya untuk pengguna EV di lebuhraya mereka.

Ketika ini, sebanyak 29 stesen pengecas EV telah diletakkan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan stesen minyak di sepanjang lebuhraya PLUS.

8 Stesen Pengecas Pantas (DC) Bakal Dipasang

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC), setakat Mac lalu, terdapat 600 stesen pengecas EV awam di seluruh Malaysia.

Melalui kerjasama antara PLUS dan TNB, pengecas pantas (DC) akan dipasang di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan serta Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Meskipun lokasinya belum didedahkan, namun berdasarkan dokumen yang telah ditandatangani, terdapat lapan stesen pengecasan pantas akan dipasang di kedua-dua lebuhraya terbabit (enam di Lebuhraya Utara-Selatan, dua lagi di LPT2) yang merentasi enam buah negeri.

Melalui kerjasama ini juga, sistem solar photovoltaic di atas bumbung bangunan R&R Ayer Keroh (Arah Utara) dan R&R Tapah (Arah Utara) akan di pasang dengan jumlah keseluruhan bagi kapasitinya adalah melebihi 360 kWp (kilowatt peak).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language