
113 kematian direkodkan di seluruh negara sepanjang 6 hari Op Selamat 18 sempena Hari Raya Aidilfitri 2022.
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain, sebanyak 9,816 kemalangan direkodkan bagi tempoh yang sama di seluruh negara seperti yang dilaporkan Berita Harian.
“Pada hari pertama Op Selamat 18, sebanyak 2,140 kemalangan direkodkan dengan 10 kemalangan membabitkan 10 kematian.
“Pada hari keenam (4 Mei) Op Selamat pula, sejumlah 1,455 kemalangan lagi direkodkan membabitkan 24 kemalangan maut dengan 24 kematian,” tambah Datuk Razarudin.
Sepanjang 6 hari Op Selamat 18,
72 kematian – penunggang dan pembonceng motosikal
30 kematian – pemandu dan penumpang kereta
1 kematian – pemandu van
*Peta kredit: nationsonline.org
Pecahan kemalangan mengikut negeri pula adalah seperti berikut;
Selangor: 2,160 kes
Johor: 1,372 kes
Perak: 982 kes
Kuala Lumpur: 875 kes
Pulau Pinang: 803 kes
Kedah: 659 kes
Pahang: 561 kes
Negeri Sembilan: 507 kes
Melaka: 405 kes
Kelantan: 484 kes
Sarawak: 319 kes
Sabah: 311 kes
Terengganu: 303 kes
Perlis: 75 kes
Lokasi di mana kemalangan berlaku menunjukkan yang jalan bandaran (3,876 kes) mencatat kadar kemalangan yang tertinggi, diikuti jalan Persekutuan (2,148 kes), jalan negeri (1,937 kes) dan lebuh raya (1,034 kes).
Sebanyak 26,837 saman bagi enam kesalahan juga telah dikeluarkan sepanjang Op Selamat 18.
*Kredit imej: nst.com.my
“Kesalahan memotong barisan sering dilakukan pengguna jalan raya sehingga 458 saman dikeluarkan, manakala kesalahan melanggar lampu isyarat dengan 413 saman.
“Sebanyak 417 saman dikeluarkan atas kesalahan menggunakan lorong kecemasan, memandu melebihi had laju (25,582), menggunakan alat komunikasi (180) dan memotong di garisan berkembar (85),” ujarnya lagi.