September 25, 2022
Sebanyak 150 kemalangan maut membabitkan 166 kematian direkodkan di seluruh negara sepanjang tempoh 10 hari Op Selamat 18 dilancarkan. Op Selamat 18 telah mula beroperasi pada 29 April lalu hingga 8 Mei 2022 lalu bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022. *Kredit foto: Malaysia Gazette Statistik Kemalangan Op Selamat 18 mencatatkan peningkatan seramai enam orang berbanding Op Selamat 15 yang dilaksanakan semasa Aidilfitri pada 2019 sebelum pandemik COVID-19 melanda. Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, sebanyak 15,947 kemalangan dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh yang sama menyaksikan jumlah kemalangan ini meningkat sebanyak satu peratus atau 111 kes berbanding 15,836 yang direkodkan dalam Op Selamat 15. *Kredit foto: Berita Harian “Selepas dua tahun rakyat tidak dapat pulang ke kampung disebabkan COVID-19, tahun ini orang ramai ambil kesempatan merayakan Aidilfitri dengan jumlah kenderaan dianggarkan lebih lima juta. Saya melihat statistik Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ini adalah terkawal," katanya. Tambah Razarudin, meskipun menghadapi peningkatan drastik jumlah kenderaan sepanjang Op Selamat 18, PDRM terutamanya JSPT dengan bantuan agensi lain berjaya mengawal situasi di jalan raya. PDRM juga telah mengambil tindakan segera terhadap mereka yang dikesan melakukan kesalahan melalui penguatkuasaan dan langkah ini berjaya mencegah sesuatu yang lebih buruk dalam Op Selamat 18. 338,296 Saman Dikeluarkan Sebanyak 338,296 saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pengguna jalan raya sepanjang 10 hari Op Selamat 18 berlangsung. Jumlah saman telah meningkat sebanyak 114,847 saman berbanding 223,449 pada Op Selamat 15 yang lalu. Sebanyak 252,375 kes kesalahan lalu lintas utama telah dikesan dilakukan oleh pengguna jalan raya yang merangkumi: Memandu melebihi had laju: 240,421 kes Memandu di lorong kecemasan: 804 kes Memotong di garisan berkembar: 1,202 kes Memotong barisan: 3,582 kes Melanggar lampu isyarat 4,375 kes Menggunakan alat telekomunikasi ketika memandu: 1,991 kes

Sebanyak 150 kemalangan maut membabitkan 166 kematian direkodkan di seluruh negara sepanjang tempoh 10 hari Op Selamat 18 dilancarkan.

Op Selamat 18 telah mula beroperasi pada 29 April lalu hingga 8 Mei 2022 lalu bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022.

*Kredit foto: Malaysia Gazette

Statistik Kemalangan

Op Selamat 18 mencatatkan peningkatan seramai enam orang berbanding Op Selamat 15 yang dilaksanakan semasa Aidilfitri pada 2019 sebelum pandemik COVID-19 melanda.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, sebanyak 15,947 kemalangan dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh yang sama menyaksikan jumlah kemalangan ini meningkat sebanyak satu peratus atau 111 kes berbanding 15,836 yang direkodkan dalam Op Selamat 15.

*Kredit foto: Berita Harian

“Selepas dua tahun rakyat tidak dapat pulang ke kampung disebabkan COVID-19, tahun ini orang ramai ambil kesempatan merayakan Aidilfitri dengan jumlah kenderaan dianggarkan lebih lima juta. Saya melihat statistik Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) ini adalah terkawal,” katanya.

Tambah Razarudin, meskipun menghadapi peningkatan drastik jumlah kenderaan sepanjang Op Selamat 18, PDRM terutamanya JSPT dengan bantuan agensi lain berjaya mengawal situasi di jalan raya.

PDRM juga telah mengambil tindakan segera terhadap mereka yang dikesan melakukan kesalahan melalui penguatkuasaan dan langkah ini berjaya mencegah sesuatu yang lebih buruk dalam Op Selamat 18.

338,296 Saman Dikeluarkan

Sebanyak 338,296 saman dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pengguna jalan raya sepanjang 10 hari Op Selamat 18 berlangsung.

Jumlah saman telah meningkat sebanyak 114,847 saman berbanding 223,449 pada Op Selamat 15 yang lalu.

Sebanyak 252,375 kes kesalahan lalu lintas utama telah dikesan dilakukan oleh pengguna jalan raya yang merangkumi:

Memandu melebihi had laju: 240,421 kes
Memandu di lorong kecemasan: 804 kes
Memotong di garisan berkembar: 1,202 kes
Memotong barisan: 3,582 kes
Melanggar lampu isyarat 4,375 kes
Menggunakan alat telekomunikasi ketika memandu: 1,991 kes

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language