September 26, 2022
Menurut jangkaan PLUS, sebanyak 2 juta kereta akan memenuhi jalan raya pada musim perayaan nanti. PLUS menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan pulang ke kampung lebih awal bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam kesesakan trafik pada hari-hari puncak menjelang cuti hari raya terutamanya pada akhir Ramadan. *Kredit foto: Utusan 2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangka dua juta kenderaan menggunakan lebuh raya pada hari-hari puncak menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, jumlah trafik harian boleh meningkat sebanyak 25 peratus kepada dua juta kenderaan pada hari-hari puncak itu, berbanding 1.6 juta sehari pada masa ini. Sehubungan itu, PLUS akan turut mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dalam tempoh terdekat bagi membantu orang ramai merancang perjalanan balik kampung dan balik kota masing-masing pada musim perayaan ini *Kredit foto: PLUS Malaysia PLUS Bersiap Sedia Hadapi Kesesakan Pihak PLUS, khususnya pasukan operasi lebuh raya juga bersiap siaga membantu orang ramai untuk pulang ke kampung pada cuti perayaan Aidilfitri. Berikut merupakan antara persediaan yang dibuat oleh PLUS: Menambah jumlah pasukan PLUSRonda kepada 520 bagi membolehkan kekerapan rondaan ditingkatkan terutamanya di laluan kritkal. PLUSRonda juga akan memberi bantuan kepada kenderaan yang terkandas di lebuh raya dalam usahanya membantu pengguna menikmati perjalanan yang selamat dan selesa ketika berlakunya lonjakan trafik. PLUS akan menempatkan trak tunda serta kren di lokasi-lokasi kritikal di lebuh raya bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pengalihan kenderaan-kenderaan yang terkandas terutamanya di laluan-laluan mendaki Di laluan kritikal, PLUS juga bersedia untuk mengaktifkan Laluan Kontra di lokasi tertentu dengan bantuan polis. PLUS juga akan meneruskan kolaborasi bersama agensi penguatkuasaan dan kecemasan seperti polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Bomba dan St John Ambulance diletakkan dalam keadaan bersedia di plaza-plaza tol yang strategik dan akan dikerahkan ke lokasi insiden dengan segera dan pantas. Kira-kira 500 anggota pasukan kecemasan (ERT) juga akan berada di lebuh raya untuk memberikan bantuan. *Kredit foto: Berita Harian Menurut PLUS, mereka telah bersedia  untuk membantu orang ramai merangkumi pelbagai aspek termasuk adaptasi teknologi untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan orang ramai untuk pulang ke kampung pada cuti perayaan Aidilfitri.

Menurut jangkaan PLUS, sebanyak 2 juta kereta akan memenuhi jalan raya pada musim perayaan nanti.

PLUS menasihatkan orang ramai supaya merancang perjalanan pulang ke kampung lebih awal bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam kesesakan trafik pada hari-hari puncak menjelang cuti hari raya terutamanya pada akhir Ramadan.

*Kredit foto: Utusan

2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangka dua juta kenderaan menggunakan lebuh raya pada hari-hari puncak menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, jumlah trafik harian boleh meningkat sebanyak 25 peratus kepada dua juta kenderaan pada hari-hari puncak itu, berbanding 1.6 juta sehari pada masa ini.

Sehubungan itu, PLUS akan turut mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dalam tempoh terdekat bagi membantu orang ramai merancang perjalanan balik kampung dan balik kota masing-masing pada musim perayaan ini

*Kredit foto: PLUS Malaysia

PLUS Bersiap Sedia Hadapi Kesesakan

Pihak PLUS, khususnya pasukan operasi lebuh raya juga bersiap siaga membantu orang ramai untuk pulang ke kampung pada cuti perayaan Aidilfitri.

Berikut merupakan antara persediaan yang dibuat oleh PLUS:

Menambah jumlah pasukan PLUSRonda kepada 520 bagi membolehkan kekerapan rondaan ditingkatkan terutamanya di laluan kritkal.
PLUSRonda juga akan memberi bantuan kepada kenderaan yang terkandas di lebuh raya dalam usahanya membantu pengguna menikmati perjalanan yang selamat dan selesa ketika berlakunya lonjakan trafik.
PLUS akan menempatkan trak tunda serta kren di lokasi-lokasi kritikal di lebuh raya bagi memudahkan dan mempercepatkan proses pengalihan kenderaan-kenderaan yang terkandas terutamanya di laluan-laluan mendaki
Di laluan kritikal, PLUS juga bersedia untuk mengaktifkan Laluan Kontra di lokasi tertentu dengan bantuan polis.
PLUS juga akan meneruskan kolaborasi bersama agensi penguatkuasaan dan kecemasan seperti polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Bomba dan St John Ambulance diletakkan dalam keadaan bersedia di plaza-plaza tol yang strategik dan akan dikerahkan ke lokasi insiden dengan segera dan pantas.
Kira-kira 500 anggota pasukan kecemasan (ERT) juga akan berada di lebuh raya untuk memberikan bantuan.

*Kredit foto: Berita Harian

Menurut PLUS, mereka telah bersedia  untuk membantu orang ramai merangkumi pelbagai aspek termasuk adaptasi teknologi untuk meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan orang ramai untuk pulang ke kampung pada cuti perayaan Aidilfitri.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language