Categories
Auto news

2 Kali Gagal Ujian JPJ, Tunang Dedah Mahu Tinggalkan Lelaki Jika Gagal Lagi

Tidak dinafikan, kegagalan untuk lulus ujian JPJ ketika mengambil lesen memang memedihkan, namun ia tidaklah sedebar sepedih ditinggalkan oleh teman wanita hanya kerana tidak lulus ujian JPJ.

Mereka yang pernah menduduki ujian lesen memandu pasti tahu bahawa ujian JPJ adalah sesuatu yang mendebarkan tidak kiralah bagaimana hebat sekalipun anda mengemudikan sesebuah kenderaan.

Kenapa mendebarkan?

Kerana duit. Jika gagal, anda perlu menambah duit untuk menduduki semula ujian JPJ.
Kerana masa. Salah satu sebab kenapa lesen terbang masih ada permintaan adalah kerana kekangan masa.

Sering Gagal Ujian JPJ, Tunang Mahu Putus

Mungkin ada yang tetap bersabar dalam menduduki semula ujian JPJ setelah gagal, namun berbeza pula keadaannya apabila seorang wanita telah berkongsi kepada seorang pengguna Twitter, Shabina (@ketengahketepi) bahawa beliau berang dengan tunangnya yang sudah dua kali gagal ujian JPJ.

Menurut perkongsian luahan perasaan secara anonymous itu, wanita itu mempersoalkan tindakan lelaki itu yang dianggap tidak serius dalam mengambil ujian JPJ itu.

Walau bagaimanapun, wanita itu menyedari bahawa beliau sepatutnya memberikan sokongan kepada lelaki tersebut setelah gagal ujian JPJ sehingga 2 kali.

Namun rasa geram yang dirasai wanita terbabit membuatkan beliau mempertimbangkan untuk memutuskan hubungannya bersama lelaki tersebut jika lelaki itu gagal ujiannya buat kali yang ketiga.

Apa Boleh Buat?

Perkongsian itu telah meraih perhatian ramai pengguna Twitter yang tampil berkongsi pandangan masing-masing berkenaan isu ini.

Shabina yang berkongsi pengakuan tunang lelaki itu secara anonymous di Twitter beliau turut  menekankan kepentingan mencari pasangan yang sering memberikan sokongan serta memahami taraf gemuruh seseorang.

Rata-rata daripada netizen juga mahukan perempuan itu putus sahaja dengan lelaki terbabit bukan kerana lelaki itu sering gagal, namun kerana pasangan ini mungkin kurang sesuai untuk bersama. Mana tidaknya, jika isu kecil macam ini pun tidak boleh beri sokongan, macam mana nak hadap isu-isu lain dalam rumah tangga kelak?

Kami di Carlist tiada apa-apa komen terhadap hubungan kedua-dua insan ini, namun sebagai nasihat, kami mencadangkan lelaki terbabit untuk mengambil pakej lesen sampai lulus bersama ujian JPJ tanpa had jika masih belum mahir memandu.

Walaupun yuran pakej ini lebih mahal berbanding lesen biasa, namun ia berbaloi. Cara ini dilihat lebih jimat dan selamat untuk seseorang belajar memandu sehingga mendapat lesen tanpa perlu menambah bayaran berbeza setiap kali mahu menduduki semula ujian JPJ.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language