Categories
Auto news

2 tahun tak servis kereta, Perodua Axia catat 79,600km sebelum breakdown

Pernah tak anda tertanya-tanya berapa lama jangka hayat enjin kereta yang langsung tidak dihantar servis selama 2 tahun? Untuk Perodua Axia, jarak perbatuan yang boleh dicapai adalah 79,600km!

Berdasarkan sebuah video yang dikongsikan pusat servis Perodua Penchala, enjin Perodua Axia itu dilihat rosak agak teruk, namun jarak perbatuan yang dicatatkan kereta malang itu membuktikan bahawa enjin kecil Perodua ini agak tahan lasak juga.

Enjin Perodua Axia tahan 2 tahun tanpa servis

Perodua Axia yang dibeli pada tahun 2019 ini akhirnya melawat pusat servis selepas 2 tahun dibeli apabila mengalami kerosakan. Pusat servis berkenaan telah menerima bantuan teknikal daripada HQ yang turut membantu menyelesaikan masalah Axia ini.

Antara kerosakan yang boleh dijumpai pada enjin Axia ini adalah:

Keadaan dalam enjin rentung dan terbakar
Oil pump sumbat
Camshaft patah
Sludge merata-rata

Meskipun kerosakan ini dilihat kritikal, namun ia menunjukkan bahawa enjin Perodua mampu bergerak sehingga hampir 80,000km tanpa servis-servis penting seperti menukar minyak enjin.

Kesimpulan

Kesimpulannya, hantarlah kereta ke pusat servis mengikut jadual secara berkala bagi memastikan kereta anda kekal berfungsi dengan baik. Untuk tips penjagaan asas kereta, akan boleh klik di sini.

Tapi untuk pengguna Axia 2019 yang malas nak servis kereta, pastikan anda tetap membawa kereta ke pusat servis sebelum mencecah 70,000km kalau tak mahu senasib dengan pemilik Axia ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language