September 24, 2023
Antara enjin NA, Turbo dan Hibrid yang ditawarkan pada Honda HR-V 2022, yang mana satu patut anda beli? Demam SUV masih lagi menghantui pasaran Malaysia, kali ini, giliran Honda HR-V 2022 pula untuk cuba menakluki pasaran SUV segmen B dan mungkin juga C sebagai pesaing sebenar Proton X50 dan Toyota Corolla Cross. HR-V 2022 atau generasi ketiga yang telah dilancarkan di pasaran Malaysia ditawarkan dalam 4 pilihan varian seperti: 1.5L NA S 1.5L Turbo E 1.5L Turbo V 1.5L RS e:HEV Menariknya, Malaysia telah menjadi negara pertama yang menerima Honda HR-V dengan tiga pilihan enjin berbeza seperti: 1.5L NA –  L15ZE  (varian S) 1.5L Turbo –  L15C3 (varian E dan V) 1.5L Hibrid – e:HEV  (varian RS) Meskipun ia dilengkapi dengan enjin berkapasiti sama, tapi setiap enjin hadir dengan konfigurasi yang berlainan. Untuk membantu anda membuat pilihan varian yang paling sesuai, kami senaraikan beberapa perbezaan antara ketiga-tiga unit enjin yang digunakan pada HR-V 2022 ini. 1.5 NA - L15ZE (Varian S) Enjin 1.5L NA empat silinder ini digunakan pada varian paling asas, S. Enjin ini adalah enjin sama yang digunakan pada Honda City Hatchback 2022 yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm tork. Untuk perbandingan, output enjin ini kurang 21 PS dan 27 Nm tork berbanding versi sebelumnya yang menggunakan enjin 1.8L. 1.5L Turbo - L15C3 (Varian E dan V) Varian pertengahan, E dan V pula dikuasakan oleh enjin VTEC Turbo L15C3. Yang pastinya, enjin ini memberi output yang lebih berkuasa berbanding enjin NA. Sebagai contoh, HR-V dengan pilihan enjin turbo menghasilkan 181 PS dan 240 Nm tork.  1.5L Hibrid - e:HEV (Varian RS) Seperti Honda City, HR-V 2022 ini juga tampil dengan pilihan hibrid sebagai varian tertingginya yang menggunakan unit rangkaian kuasa intelligent-Multi Mode Drive (i-MMD). Motor elektrik yang digunakan pada HR-V 2022 juga lebih berkuasa berbanding yang digunakan pada City mahupun City Hatchback, dengan memberi tambahan sebanyak 22 PS. Unit rangkaian kuasa ini menggandingkan enjin 1.5 liter NA kitaran Atkinson serta dua buah motor elektrik yang memberikan output keseluruhan sebanyak 131 PS dan 253 Nm. Lebih menarik, varian hibrid ini lebih banyak bergerak menggunakan pacuan motor elektrik berbanding menggunakan petrol. Kebiasaannya, enjin petrol hanya berfungsi untuk mengecas semula bateri lithium-ion ataupun ketika bergerak dalam kelajuan tertentu. Jenis Enjin Kuasa Kuda (PS) Tork (Nm) Transmisi 1.5L NA 121 PS 145 Nm CVT 1.5L Turbo 177 PS 240 Nm CVT 1.5L Hibrid 131 PS 253 Nm CVT 2022 Honda HRV 1.5 S Enjin dan Prestasi Enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC Empat-silinder petrol 121 PS dan 145 Nm Transmisi CVT Pacuan roda depan (FWD) Mod pemanduan Econ dan Normal Brek parkir elektronik dengan Auto Brake Hold Suspensi MacPherson strut (depan), torsion beam (belakang) Cakera brek berliang (depan), cakera tertutup (belakang) Ciri Lain Lampu LED automatik Rim 17-inci enam-jejari dua tona TFT meter 4.2-inci Mod pemanduan Normal dan Eco tempat duduk balutan fabrik Paparan infotainment 8-inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto Corong penyaman udara di belakang 2 port USB di hadapan Honda Sensing Peringatan tali pinggang keledar belakang Agile handling assist Kawalan menuruni bukit Walk Away Auto Lock 2022 Honda HR-V 1.5 Turbo E Tambahan dari model S: Enjin Dan Prestasi Enjin 1.5 liter DOHC VTEC Turbo empat-silinder petrol dengan pengecas turbo 181 PS dan 240 Nm Paddle Shift Mod: Econ, Normal dan Sport Ciri Lain Lampu kabus hadapan LED Tail pipe finisher TFT meter 7-inci Mod pemanduan Sport Remote engine starter Perehat lengan belakang 2 port USB di belakang 2022 Honda HR-V 1.5 Turbo V Tambahan dari model E: Ciri Lain: signal hadapan jenis sequential  Rim-18 inci Kerusi, stereng dan tombol gear balutan kulit Kerusi elektrik di bahagian pemandu dengan 8 gaya pelarasan 8 Pembesar suara Honda Connect Honda LaneWatch Variable Gear Ratio 2022 Honda HR-V 1.5 RS e:HEV Tambahan dari model V: Enjin Dan Prestasi Enjin 1.5 liter NA DOHC i-VTEC NA kitaran Atkinson, empat silinder Gandingan motor elektrik di hadapan memberikan output maksimum sebanyak 131 PS dan 253 Nm tork Ciri Lain Kit badan RS Interior RS But belakang bebas tangan Pedal Sport Penyaman udara dua zon Pengilap cermin automatik Deceleration Paddle Selector Harga Harga rasmi bagi Honda HR-V 2022 adalah seperti yang tertera di bawah mengikut varian:  1.5 S: RM114,800.00 1.5 E: RM129,800.00 1.5 V: RM134,800.00 1.5 RS e:HEV: RM140,800.00 Untuk perbandingan, berikut merupakan harga HR-V generasi kedua yang dijual di Malaysia sebelum ini: (Tanpa SST): Honda HR-V 1.8 E 2022– RM 104,000.21 Honda HR-V 1.8 SE 2022 – RM 105,363.85 Honda HR-V 1.8 V 2022 – RM 113,421.92 Honda HR-V 1.5 Hybrid 2022 – RM 113,954.82 Honda HR-V 1.8 RS 2022 – RM 118,581.81 (Dengan SST): Honda HR-V 1.8 E 2019 – RM 108,800.00 Honda HR-V 1.8 V 2019 – RM 118,800.00 Honda HR-V 1.5 Hybrid 2019 – RM 120,800.00 Honda HR-V RS 2019 – RM 124,800.00 Yang pastinya, harga Honda HR-V generasi ketiga ini lebih mahal berbanding generasi sebelumnya setelah menerima beberapa penambahbaikan serta tidak lagi menerima pengecualian SST yang sudah tamat pada 30 Jun lalu. Antara ketiga-tiga pilihan enjin yang ditawarkan, yang mana satu pilihan yang paling menarik bagi anda?

Antara enjin NA, Turbo dan Hibrid yang ditawarkan pada Honda HR-V 2022, yang mana satu patut anda beli?

Demam SUV masih lagi menghantui pasaran Malaysia, kali ini, giliran Honda HR-V 2022 pula untuk cuba menakluki pasaran SUV segmen B dan mungkin juga C sebagai pesaing sebenar Proton X50 dan Toyota Corolla Cross. HR-V 2022 atau generasi ketiga yang telah dilancarkan di pasaran Malaysia ditawarkan dalam 4 pilihan varian seperti:

1.5L NA S
1.5L Turbo E
1.5L Turbo V
1.5L RS e:HEV

Menariknya, Malaysia telah menjadi negara pertama yang menerima Honda HR-V dengan tiga pilihan enjin berbeza seperti:

1.5L NA –  L15ZE  (varian S)
1.5L Turbo –  L15C3 (varian E dan V)
1.5L Hibrid – e:HEV  (varian RS)

Meskipun ia dilengkapi dengan enjin berkapasiti sama, tapi setiap enjin hadir dengan konfigurasi yang berlainan. Untuk membantu anda membuat pilihan varian yang paling sesuai, kami senaraikan beberapa perbezaan antara ketiga-tiga unit enjin yang digunakan pada HR-V 2022 ini.

1.5 NA – L15ZE (Varian S)

Enjin 1.5L NA empat silinder ini digunakan pada varian paling asas, S. Enjin ini adalah enjin sama yang digunakan pada Honda City Hatchback 2022 yang menghasilkan 121 PS dan 145 Nm tork. Untuk perbandingan, output enjin ini kurang 21 PS dan 27 Nm tork berbanding versi sebelumnya yang menggunakan enjin 1.8L.

1.5L Turbo – L15C3 (Varian E dan V)

Varian pertengahan, E dan V pula dikuasakan oleh enjin VTEC Turbo L15C3. Yang pastinya, enjin ini memberi output yang lebih berkuasa berbanding enjin NA. Sebagai contoh, HR-V dengan pilihan enjin turbo menghasilkan 181 PS dan 240 Nm tork. 

1.5L Hibrid – e:HEV (Varian RS)

Seperti Honda City, HR-V 2022 ini juga tampil dengan pilihan hibrid sebagai varian tertingginya yang menggunakan unit rangkaian kuasa intelligent-Multi Mode Drive (i-MMD). Motor elektrik yang digunakan pada HR-V 2022 juga lebih berkuasa berbanding yang digunakan pada City mahupun City Hatchback, dengan memberi tambahan sebanyak 22 PS.

Unit rangkaian kuasa ini menggandingkan enjin 1.5 liter NA kitaran Atkinson serta dua buah motor elektrik yang memberikan output keseluruhan sebanyak 131 PS dan 253 Nm.

Lebih menarik, varian hibrid ini lebih banyak bergerak menggunakan pacuan motor elektrik berbanding menggunakan petrol. Kebiasaannya, enjin petrol hanya berfungsi untuk mengecas semula bateri lithium-ion ataupun ketika bergerak dalam kelajuan tertentu.

Jenis Enjin
Kuasa Kuda (PS)
Tork (Nm)
Transmisi

1.5L NA
121 PS
145 Nm
CVT

1.5L Turbo
177 PS
240 Nm
CVT

1.5L Hibrid
131 PS
253 Nm
CVT

2022 Honda HRV 1.5 S

Enjin dan Prestasi

Enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC
Empat-silinder petrol
121 PS dan 145 Nm
Transmisi CVT
Pacuan roda depan (FWD)
Mod pemanduan Econ dan Normal
Brek parkir elektronik dengan Auto Brake Hold

Suspensi MacPherson strut (depan), torsion beam (belakang)
Cakera brek berliang (depan), cakera tertutup (belakang)

Ciri Lain

Lampu LED automatik
Rim 17-inci enam-jejari dua tona
TFT meter 4.2-inci
Mod pemanduan Normal dan Eco
tempat duduk balutan fabrik
Paparan infotainment 8-inci dengan Apple CarPlay dan Android Auto
Corong penyaman udara di belakang
2 port USB di hadapan
Honda Sensing
Peringatan tali pinggang keledar belakang
Agile handling assist
Kawalan menuruni bukit
Walk Away Auto Lock

2022 Honda HR-V 1.5 Turbo E

Tambahan dari model S:

Enjin Dan Prestasi

Enjin 1.5 liter DOHC VTEC Turbo
empat-silinder petrol dengan pengecas turbo
181 PS dan 240 Nm
Paddle Shift
Mod: Econ, Normal dan Sport

Ciri Lain

Lampu kabus hadapan LED
Tail pipe finisher
TFT meter 7-inci
Mod pemanduan Sport
Remote engine starter
Perehat lengan belakang
2 port USB di belakang

2022 Honda HR-V 1.5 Turbo V

Tambahan dari model E:

Ciri Lain:

signal hadapan jenis sequential 

Rim-18 inci
Kerusi, stereng dan tombol gear balutan kulit
Kerusi elektrik di bahagian pemandu dengan 8 gaya pelarasan
8 Pembesar suara
Honda Connect
Honda LaneWatch
Variable Gear Ratio

2022 Honda HR-V 1.5 RS e:HEV

Tambahan dari model V:

Enjin Dan Prestasi

Enjin 1.5 liter NA DOHC i-VTEC
NA kitaran Atkinson, empat silinder
Gandingan motor elektrik di hadapan memberikan output maksimum sebanyak 131 PS dan 253 Nm tork

Ciri Lain

Kit badan RS
Interior RS
But belakang bebas tangan
Pedal Sport
Penyaman udara dua zon
Pengilap cermin automatik
Deceleration Paddle Selector

Harga

Harga rasmi bagi Honda HR-V 2022 adalah seperti yang tertera di bawah mengikut varian: 

1.5 S: RM114,800.00

1.5 E: RM129,800.00

1.5 V: RM134,800.00

1.5 RS e:HEV: RM140,800.00

Untuk perbandingan, berikut merupakan harga HR-V generasi kedua yang dijual di Malaysia sebelum ini:

(Tanpa SST):

Honda HR-V 1.8 E 2022– RM 104,000.21
Honda HR-V 1.8 SE 2022 – RM 105,363.85
Honda HR-V 1.8 V 2022 – RM 113,421.92
Honda HR-V 1.5 Hybrid 2022 – RM 113,954.82
Honda HR-V 1.8 RS 2022 – RM 118,581.81

(Dengan SST):

Honda HR-V 1.8 E 2019 – RM 108,800.00
Honda HR-V 1.8 V 2019 – RM 118,800.00
Honda HR-V 1.5 Hybrid 2019 – RM 120,800.00
Honda HR-V RS 2019 – RM 124,800.00

Yang pastinya, harga Honda HR-V generasi ketiga ini lebih mahal berbanding generasi sebelumnya setelah menerima beberapa penambahbaikan serta tidak lagi menerima pengecualian SST yang sudah tamat pada 30 Jun lalu.

Antara ketiga-tiga pilihan enjin yang ditawarkan, yang mana satu pilihan yang paling menarik bagi anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language