November 28, 2022
Pening kepala tak tahu sama ada patut beli SUV segmen-B seperti 2022 Honda HR-V ataupun SUV segmen-C seperti 2022 Toyota Corolla Cross - beza besar ke saiznya? Jika anda amat mementingkan ruang dalam pemilihan sesuatu kereta, kami akan membantu anda memilih antara HR-V 2022 atau Corolla Cross 2022 dari segi perbezaan saiz dan ruang. Perbezaan Saiz Model 2019 Honda HR-V 2022 Honda HR-V  2022 Toyota Corolla Cross Panjang (mm) 4,346 4,385 4,460 Lebar (mm) 1,790 1,790 1,825 Tinggi (mm) 1,605 1,590 1,620 Jarak Roda (mm) 2,610 2,610 2,640 Kapasiti But (liter) 448 320 440 2022 Honda HR-V vs 2019 Honda HR-V Sebelum kita bandingkan HR-V baharu dengan Corolla Cross, eloklah kita tahu perbezaan antara HR-V terkini dengan HR-V sebelumnya (generasi kedua). Berdasarkan perbandingan, model generasi ketiga Honda HR-V dibina lebih panjang berbanding HR-V sebelumnya, iaitu 39 mm lebih panjang. Meskipun lebih panjang, namun lebar dan jarak roda kedua-dua model ini sama sahaja manakala ketinggian HR-V 2022 telah dikurangkan sebanyak 15 mm berbanding model sebelumnya, menjadikan ia lebih kelihatan lebih garang dan sporty. Walau bagaimanapun, kapasiti but belakangnya kini lebih kecil berbanding sebelumnya dengan perbezaan sebanyak 128 liter. Untuk mereka yang sering membawa muatan yang banyak, kapasiti but belakang yang semakin mengecil ini semestinya dirasai. 2022 Honda HR-V vs 2022 Toyota Corolla Cross Sebelum membuat perbandingan, anda perlu tahu bahawa kedua-dua model ini dijual dalam segmen yang berbeza secara rasmi namun yang pasti garis di antara segmen semakin kabur pada masa ini dan si pembeli juga akan pasti akan membandingkan di antara kedua-dua model ini sebelum membuat keputusan.   Jika dilihat diatas kertas, saiz Corolla Cross ternyata lebih besar dengan 75 mm lebih panjang, 35 mm lebih lebar, 30 mm lebih tinggi dan jarak roda 30 mm lebih panjang berbanding HR-V. Dari segi kapasiti but, Toyota Corolla Cross tampil dengan ruang kargo yang lebih luas menjadikannya sebagai pilihan yang lebih praktikal. Tidak kiralah model hibrid mahupun petrol biasa, kapasiti but Corolla Cross tetap sama, iaitu 440 liter atau 120 liter lebih besar berbanding HR-V. Walaupun ruang but HR-V kecil, namun HR-V dibekalkan dengan tayar gantian bersaiz penuh berbanding Corolla Cross menggunakan tayar ganti sementara sahaja.  Seperti kecil-kecil cili padi, kerusi belakang HR-V hadir dengan ciri Ultra Seat dengan nisbah lipatan 60:40 yang memudahkan pengguna untuk memuatkan lebih banyak barang di dalam kereta. Harga Dengan saiz dan ruang yang ditawarkan, berikut merupakan harga yang ditawarkan (Harga OTR tanpa insurans) bagi kedua-dua model ini di pasaran Malaysia: 2022 Honda HR-V: RM114,800 - RM140,800 2022 Toyota Corolla Cross: RM128,303 – RM139,991 Dari segi harga, HR-V tampil dengan pilihan yang lebih murah bagi model asasnya, namun model tertingginya sedikit mahal berbanding varian tertinggi Corolla Cross.  Walau bagaimanapun, jika anda perlukan kereta yang lebih besar secara keseluruhannya, Corolla Cross adalah pilihan yang paling berbaloi. Namun jika saiz bukanlah menjadi sasaran utama anda, Honda HR-V dengan reka bentuk baharu adalah merupakan pilihan yang lebih mantap. Walaupun saiznya lebih kecil, namun ia dilengkapi dengan ciri Ultra Seat yang memudahkan pengguna untuk memuatkan barang bersaiz besar di dalam kereta. Jadi, SUV mana yang menjadi pilihan anda? Adakah perbezaan saiz yang tidak begitu ketara ini bakal menjadi penentu pilihan anda? 

Pening kepala tak tahu sama ada patut beli SUV segmen-B seperti 2022 Honda HR-V ataupun SUV segmen-C seperti 2022 Toyota Corolla Cross – beza besar ke saiznya?

Jika anda amat mementingkan ruang dalam pemilihan sesuatu kereta, kami akan membantu anda memilih antara HR-V 2022 atau Corolla Cross 2022 dari segi perbezaan saiz dan ruang.

Perbezaan Saiz

Model
2019 Honda HR-V
2022 Honda HR-V 
2022 Toyota Corolla Cross

Panjang (mm)
4,346
4,385
4,460

Lebar (mm)
1,790
1,790
1,825

Tinggi (mm)
1,605
1,590
1,620

Jarak Roda (mm)
2,610
2,610
2,640

Kapasiti But (liter)
448
320
440

2022 Honda HR-V vs 2019 Honda HR-V

Sebelum kita bandingkan HR-V baharu dengan Corolla Cross, eloklah kita tahu perbezaan antara HR-V terkini dengan HR-V sebelumnya (generasi kedua). Berdasarkan perbandingan, model generasi ketiga Honda HR-V dibina lebih panjang berbanding HR-V sebelumnya, iaitu 39 mm lebih panjang.

Meskipun lebih panjang, namun lebar dan jarak roda kedua-dua model ini sama sahaja manakala ketinggian HR-V 2022 telah dikurangkan sebanyak 15 mm berbanding model sebelumnya, menjadikan ia lebih kelihatan lebih garang dan sporty.

Walau bagaimanapun, kapasiti but belakangnya kini lebih kecil berbanding sebelumnya dengan perbezaan sebanyak 128 liter. Untuk mereka yang sering membawa muatan yang banyak, kapasiti but belakang yang semakin mengecil ini semestinya dirasai.

2022 Honda HR-V vs 2022 Toyota Corolla Cross

Sebelum membuat perbandingan, anda perlu tahu bahawa kedua-dua model ini dijual dalam segmen yang berbeza secara rasmi namun yang pasti garis di antara segmen semakin kabur pada masa ini dan si pembeli juga akan pasti akan membandingkan di antara kedua-dua model ini sebelum membuat keputusan.  

Jika dilihat diatas kertas, saiz Corolla Cross ternyata lebih besar dengan 75 mm lebih panjang, 35 mm lebih lebar, 30 mm lebih tinggi dan jarak roda 30 mm lebih panjang berbanding HR-V.

Dari segi kapasiti but, Toyota Corolla Cross tampil dengan ruang kargo yang lebih luas menjadikannya sebagai pilihan yang lebih praktikal. Tidak kiralah model hibrid mahupun petrol biasa, kapasiti but Corolla Cross tetap sama, iaitu 440 liter atau 120 liter lebih besar berbanding HR-V.

Walaupun ruang but HR-V kecil, namun HR-V dibekalkan dengan tayar gantian bersaiz penuh berbanding Corolla Cross menggunakan tayar ganti sementara sahaja. 

Seperti kecil-kecil cili padi, kerusi belakang HR-V hadir dengan ciri Ultra Seat dengan nisbah lipatan 60:40 yang memudahkan pengguna untuk memuatkan lebih banyak barang di dalam kereta.

Harga

Dengan saiz dan ruang yang ditawarkan, berikut merupakan harga yang ditawarkan (Harga OTR tanpa insurans) bagi kedua-dua model ini di pasaran Malaysia:

2022 Honda HR-V: RM114,800 – RM140,800
2022 Toyota Corolla Cross: RM128,303 – RM139,991

Dari segi harga, HR-V tampil dengan pilihan yang lebih murah bagi model asasnya, namun model tertingginya sedikit mahal berbanding varian tertinggi Corolla Cross.  Walau bagaimanapun, jika anda perlukan kereta yang lebih besar secara keseluruhannya, Corolla Cross adalah pilihan yang paling berbaloi.

Namun jika saiz bukanlah menjadi sasaran utama anda, Honda HR-V dengan reka bentuk baharu adalah merupakan pilihan yang lebih mantap. Walaupun saiznya lebih kecil, namun ia dilengkapi dengan ciri Ultra Seat yang memudahkan pengguna untuk memuatkan barang bersaiz besar di dalam kereta.

Jadi, SUV mana yang menjadi pilihan anda? Adakah perbezaan saiz yang tidak begitu ketara ini bakal menjadi penentu pilihan anda? 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language