
Perodua secara rasminya telah melancarkan MPV generasi ketiga bagi Perodua Alza 2022 yang ditawarkan dalam 3 pilihan varian iaitu X, H dan AV.
Model ini model kedua Perodua yang dibina berdasarkan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) yang jauh lebih baik berbanding sebelumnya. MPV ini juga dilengkapi dengan sistem pemanduan autonomi level dua pada harga mampu milik.
Berikut merupakan harga OTR tanpa insurans Perodua Alza 2022 berdasarkan varian yang ditawarkan:
Varian 1.5 X: RM62,500
Varian 1.5 H: RM68,000
Varian 1.5 AV: RM75,500
Enjin Dan Prestasi
Meskipun Alza 2022 masih menggunakan enjin berkapasiti 1.5 liter, namun enjin yang digunakan pada Alza baharu adalah enjin 1.5L 2NR-VE yang sama digunakan pada Perodua Aruz dan Perodua Myvi berbanding enjin 1.5L 3SZ-VE yang digunakan pada Alza 2009.
Enjin tersebut telah ditala semua bagi menghasilkan output 106 PS dan 138 Nm tork dan dipadankan dengan transmisi D-CVT yang lebih lancar dan menjimatkan minyak. Berdasarkan mod MDC (Malaysian Driving Cycle), Perodua mendakwa Alza 2022 ini mampu mencecah 22 km/l. Jika merujuk kepada New European Driving Cycle (NEDC), Alza 2022 mencatatkan penggunaan bahan api pada 18.9 km/L.
Dimensi
Model
Perodua Alza 2022
Panjang (mm)
4,425
Lebar (mm)
1,730
Tinggi (mm)
AV, H: 1,670
X: 1,660
Jarak Antara Roda (mm)
2,750
Jarak Kelegaan Tanah (mm)
AV, H: 160 (16″)
X: 150 (15″)
Berat Kerb (kg)
AV: 1,170
H: 1,155
X: 1,145
Exterior
Perodua Alza 2022 tampil 205 mm lebih panjang, 35 mm lebih lebar dan 50 mm lebih tinggi berbanding Alza terdahulu. Selain lebih besar, Alza 2022 juga tampil dengan ciri exterior yang lebih maju dengan:
Lampu hadapan LED
Lampu kabus LED (H dan AV)
Signal ‘sequential’ (H dan AV)
Rim 16 inci (H dan AV)
Spoiler bumbung
Cermin sisi boleh lipat (H dan AV)
Brek cakera di belakang (AV)
Interior
Saiz panjang ruang dalam kabin Alza 2022 kini berada pada 2,765 mm, iaitu 115 mm lebih panjang jika nak dibandingkan dengan Alza terdahulu. Saiz panjang barisan tempat duduk kedua juga telah meningkat kepada 240 mm, iaitu 90 mm lebih panjang berbanding sebelumnya.
Selain itu, interior Alza 2022 kini dilengkapi dengan:
Corong penyaman udara di belakang
Paparan infotainment bersaiz 9 inci dengan Apple Carplay dan Android Auto (H dan AV)
Brek parkir elektronik (AV)
Paparan meter TFT bersaiz 7 inci (H dan AV)
Tempat duduk separa kulit
Kabin dwi-tona (AV)
Tweeter (H dan AV)
Stereng balutan kulit (H dan AV)
Lampu but
Kapasiti But
Model
Perodua Alza 2022
Barisan Ketiga Dibangunkan (L)
137
Barisan Ketiga Diturunkan (L)
498
Ciri Keselamatan
Dengan menggunakan platform DNGA, tahap keselamatan pada badan kereta ketika pelanggaran berlaku telah dipertingkatkan. Oleh kerana platform ini lebih ringan dan kukuh, faktor seperti gegaran dan bunyi bising turut telah dikurangkan.
Selain itu, Perodua Alza 2022 juga hadir dengan ciri keselamatan asas seperti 6 beg udara kecemasan, VSC ABS dan EBD. Lebih menarik, Alza 2022 turut dilengkapi dengan ciri Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang merangkumi:
Advance Safety Assist
Driving Assist
Parking Assist
Headlamp Assist
Debut Baharu Pada Perodua Alza 2022
Berikut merupakan ciri baharu yang diperkenalkan oleh Perodua buat pertama kalinya pada Alza 2022:
Brek Parkir Elektronik
Kamera 360 Darjah
Corong Penyaman Udara Belakang
Mode Pemanduan: Normal,ECO,Power
Brek Cakera Belakang
Auto Brake Hold
Perehat Lengan Di Barisan Kedua Tempat Duduk
Apple Carplay dan Android Auto
Lampu Signal ‘Sequential’
Spesifikasi Mengikut Varian
Varian 1.5 X
Exterior:
Enjin 1.5 Dual VVTi dengan transmisi D-CVT
Lampu hadapan LED
Auto-lock dengan penderia kelajuan
Tempat duduk balutan fabric
Lampu ‘follow me home’
Spoiler bumbung
Rim aloi 15 inci
Interior:
Corong penyaman udara belakang
Perehat lengan di tempat duduk barisan kedua
Keyless entry dengan butang Push Start/Stop
Paparan MID LCD 4.2 inci
Lampu di bahagian but
Keselamatan:
Lane Departure Prevention (LDP)
Lane Departure Warning (LDW)
Auto High Beam (AHB)
ASA 3.0
6 beg udara keselamatan
ABS dengan EBD dan BA
HHA, VSC
ISOFIX
Varian 1.5 H (Tambahan daripada varian X):
Exterior:
Lampu signal ‘sequential’
Lampu hadapan automatik
Lampu kabus hadapan LED
Rim aloi 16 inci
Kamera undur
Cermin sisi boleh lipat
Interior:
Paparan infotainment 9 inci dengan Apple Carplay dan Android Auto
Tweeter
Stereng multifungsi balutan kulit
Paparan kluster instrumen bersaiz 7 inci
Mod pemanduan (Normal, ECO, Power)
Auto headlamp levelling
Keselamatan:
Adaptive Driving Beam (ADB)
Penderia selekoh hadapan dan parkir belakang
1.5 AV (Tambahan daripada varian H)
Exterior:
Brek cakera belakang
Interior:
Parkir brek elektronik (EPB)
Tempat duduk semi-leather
Kabin dalaman dwi tona
Keselamatan:
Kamera 360 darjah
Adaptive Cruise Control (ACC) with Stop,Hold/Start function
Lane Keep Control (LKC)
Blind Spot Monitor (BSM)
Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
Dashcam hadapan
Warna
Alza 2022 telah memperkenalkan 2 warna baharu Perodua iaitu warna hitam dan warna coklat. Berikut merupakan warna yang ditawarkan bagi Alza 2022:
Hitam
Coklat
Merah
Perak
Putih
Kesimpulan
Menurut Perodua, MPV mampu milik keluaran mereka ini sudah menerima lebih daripada 30,000 tempahan buat masa ini. Perodua juga optimis untuk menyiapkan sekitar 200,000 tempahan kereta menjelang Mac tahun depan bagi membolehkan pembeli menikmati pengecualian SST.
Tambah Perodua, 95% daripada komponen Perodua Alza 2022 ini dibina di Malaysia. Dengan harga bermula dari RM62,500 hingga RM75,500, sudahkah anda membuat tempahan?