
Akhirnya, Proton Saga facelift (MC2) 2022 bagi generasi ketiga Proton Saga sudah pun dilancarkan secara rasmi di pasaran Malaysia pada harga bermula RM34,400.
Model generasi ketiga ini pertama kali dilancarkan pada September 2016 sebelum versi facelift pertama dilancarkan pada Ogos 2019. Jadi Proton Saga 2022 ini akan menjadi versi facelift terakhir bagi Proton Saga generasi ketiga yang diberi kod nama P2-13A.
Varian Proton Saga 2022 MC2
Proton Saga 2022 ini ditawarkan dalam 4 pilihan varian seperti:
1.3L Standard MT: RM34,400
1.3L Standard AT: RM38,300
1.3L Premium AT: RM41,300
1.3L Premium S AT: RM44,300
Exterior Proton Saga 2022
Keyless entry
Cermin sisi auto-lipat
Logo Proton berbentuk bulat
Kemasan merah pada gril Infinite Weave with Ethereal Bow
Rim aloi 15-inci dua tona
Interior Proton Saga MC2
Push-start button
Leave car reminder pada sistem infotainmen
Panel sistem kawalan pendingin hawa baharu
Paparan meter baharu
Kemasan merah pada corong penyaman udara, stereng, kerusi, meter dan karpet
Varian Baharu
Tidak seperti Saga terdahulu yang hanya menawarkan tiga varian seperti Standard MT, Standard AT dan Premium AT, Proton Saga 2022 ini menampilkan satu lagi varian baharu, iaitu Premium S sebagai varian tertingginya.
Enjin Dan Prestasi Proton Saga 2022
Tiada perubahan dari segi enjin dan output pada Proton Saga 2022 ini memandangkan ia masih dikuasai oleh enjin 1.3L empat silinder NA sama seperti sebelum ini yang menghasilkan 95 PS dan 120 Nm tork yang dipacukan ke roda hadapan. Ia juga menawarkan 2 transmisi yang sama iaitu 5-kelajuan manual atau 4-kelajuan automatik.
Ciri Keselamatan Proton Saga MC2
Bagi ciri keselamatan pula, varian Standard AT Proton Saga 2022 kini hadir dengan sistem keselamatan seperti Electric Stability Control (ESC), Traction Control dan Hill Hold Assist yang tiada pada varian Saga sama ketika 2019.
Spesifikasi Mengikut Varian
1.3L Standard MT
Transmisi 5-kelajuan manual
Indikator Eco
Logo Proton baharu
Rim besi 14-inci (dengan penutup luar)
Bampar mengikut warna badan
Lampu halogen
Cermin sisi dengan signal
Pembuka but kawalan jauh
Unit kawalan penyaman udara
Pemain audio standard
Dua pembesar suara
1 unit slot USB
Penapis kabin N95
ABS/EBD//BA/HHA
Dua beg udara SRS
ISOFIX dan top tether
1.3L Standard AT (tambahan dari Standard MT)
Transmisi 4-kelajuan automatik
Rim aloi 14-inci
Lampu bumbung
Pemaut tangan di bahagian depan dan belakang
3 unit slot USB
ESC/TC/HHA
1.3L Premium AT (tambahan dari Standard AT)
Rim aloi 15-inci
Lampu siang LED (DRL)
Unit infohibur dengan paparan terapung 7-inci
Butang kawalan pada stereng
Lampu di bahagian but belakang
Empat pembesar suara
Kamera undur
Penderia parkir hadapan
1.3L Premium S AT (tambahan dari Premium AT)
Cermin sisi auto-lipat
Kemasan pintu but belakang dengan suis pembuka
Skirt sisi
Rim aloi 15-inci
Skirt bampar hadapan
Panel meter baharu
Stereng balutan kulit
Balutan tempat duduk separa kulit
Push-start button
Keyless entry
Lampu interior dengan fungsi auto malap
Interior hitam
Untuk perbandingan harga, Proton Saga 2019 terdahulu dijual pada harga RM32,800 hingga RM39,800. Kini Saga 2022 dijual pada harga RM34,400 hingga RM44,300. Adakah anda rasa ia berbaloi untuk memiliki Proton Saga facelift 2022 ini?