Categories
Auto news

222,203 Kenderaan Perodua Terjual Dari Januari Hingga Oktober 2022

Perodua hanya memerlukan 10 bulan pada tahun ini untuk melepasi paras jualan 200,000 unit kenderaan setelah mencatatkan sejumlah 222,203 pendaftaran kenderaan antara Januari hingga Oktober tahun ini.

Pada perbandingan tahun setakat ini, pendaftaran untuk kereta Perodua melonjak kepada 51.2% daripada 146,951 unit yang dijual dalam tempoh yang sama pada 2021.

Ada jurang pada jualan antara Jun dan Ogos tahun lalu berikutan penutupan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan untuk membendung kes Covid-19.

Presiden dan Ketua Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata syarikat itu menjangkakan momentum pendaftaran akan terus meningkat sehingga akhir tahun ini.

Pada bulan lalu, Perodua telah menjual 25,849 unit iaitu peningkatan sebanyak 5% berbanding 24,626 unit yang dijual pada September 2022.

Tiga model teratas Perodua yang dijual pada Oktober 2022 adalah:

Perodua Bezza: 6,768 unit
Perodua Myvi: 6,130 unit
Perodua Axia: 4,989 unit

Dari segi pengeluaran pula, Perodua telah menghasilkan 22,974 unit pada Oktober menjadikan jumlah keseluruhan kenderaan yang dikeluarkan adalah sebanyak 229,811 unit antara Januari hingga Oktober tahun ini.

Perodua merancang untuk meningkatkan lagi pengeluaran dan jumlah jualan mereka kerana Perodua cuba melepasi sasaran jualan yang ditetapkan sebelum ini bagi tahun 2022 dan ini mampu mengurangkan tempoh menunggu bagi para pelanggan mereka.

Pada Januari tahun ini, Perodua telah mengumumkan sasaran jualan kenderaan tahunan sebanyak 247,800 unit untuk tahun 2022.

Zainal berkata prestasi pengeluaran dan jualan yang lebih tinggi daripada jangkaan telah memberi kesan positif kepada ekosistem automotif tempatan, memandangkan secara purata 95% alat ganti Perodua adalah diperoleh secara tempatan.

“Kadar penyetempatan yang tinggi juga membantu melindungi Perodua daripada turun naik pasaran pertukaran matawang asing pada masa ini. Hasrat kami adalah untuk menambah baik lagi rantaian bekalan automotif tempatan kerana dengan adanya industri ini, ia akan memberi manfaat kepada Perodua dan pelanggan mereka,” kata Zainal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language