September 24, 2022
JPJ Pahang telah menyita sebuah kereta dengan cukai jalan tamat tempoh sejak tahun 1999 atau hampir 23 tahun lalu dalam Ops Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang. Menurut Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin, kesalahan itu dikesan hasil pemeriksaan ke atas 325 kenderaan dalam operasi selama tiga jam itu. Ops Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang Sebuah kereta tanpa cukai jalan yang sah telah menjadi salah satu kenderaan yang disita ekoran sudah 23 tahun bergerak tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal untuk membayar cukai jalan dan insurans. Daripada keseluruhan kenderaan diperiksa, pihaknya berjaya mengesan dan mengambil tindakan terhadap 85 kenderaan atas pelbagai kesalahan. Sementara itu, sebanyak 131 notis dan 162 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dengan 40 saman melibatkan kesalahan tiada lesen memandu. Menurut Kamarul, sasaran operasi kali ini lebih kepada kesalahan berkaitan teknikal nombor pendaftaran dan lampu strobe light, namun kesalahan-kesalahan biasa seperti tiada lesen memandu yang dikesan terus diambil tindakan, Beliau mendapati bahawa masih ramai penunggang motosikal di Pahang tidak memiliki lesen yang sah. Mereka yang ditahan rata-rata memberikan alasan seperti masalah kewangan sedangkan mereka mampu memiliki motosikal yang harganya berkali ganda berbanding kos mendapatkan lesen memandu. "Golongan ini dinasihatkan agar segera mendapatkan lesen memandu dan tidak mengambil mudah kesalahan menunggang tanpa lesen," katanya. Ops Khas Modifikasi Teknikal Sementara itu, JPJ Pahang turut melakukan Ops Khas Modifikasi Teknikal di Jalan Tanah Putih baru-baru ini di mana operasi itu memberi fokus kepada motosikal diubah suai tanpa kebenaran. Dalam operasi itu, sebanyak 310 kenderaan diperiksa dan 70 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan. Antaranya ialah: Mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan milik orang lain               Menggunakan kenderaan yang diisytiharkan telah tidak digunakan Jika anda masih lagi tidak mempunyai lesen atau cukai jalan yang sah, sila dapatkannya dengan segera bagi memudahkan proses menuntut ganti rugi atau mengelak segala kesusahan ketika waktu kecemasan. Ingat, lepas daripada pihak berkuasa harini tak bermakna esok juga sama. Sampai bila nak hidup dalam ketakutan? *Kredit foto: JPJ Pahang

JPJ Pahang telah menyita sebuah kereta dengan cukai jalan tamat tempoh sejak tahun 1999 atau hampir 23 tahun lalu dalam Ops Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang.

Menurut Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin, kesalahan itu dikesan hasil pemeriksaan ke atas 325 kenderaan dalam operasi selama tiga jam itu.

Ops Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Pahang

Sebuah kereta tanpa cukai jalan yang sah telah menjadi salah satu kenderaan yang disita ekoran sudah 23 tahun bergerak tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal untuk membayar cukai jalan dan insurans.

Daripada keseluruhan kenderaan diperiksa, pihaknya berjaya mengesan dan mengambil tindakan terhadap 85 kenderaan atas pelbagai kesalahan. Sementara itu, sebanyak 131 notis dan 162 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dengan 40 saman melibatkan kesalahan tiada lesen memandu.

Menurut Kamarul, sasaran operasi kali ini lebih kepada kesalahan berkaitan teknikal nombor pendaftaran dan lampu strobe light, namun kesalahan-kesalahan biasa seperti tiada lesen memandu yang dikesan terus diambil tindakan,

Beliau mendapati bahawa masih ramai penunggang motosikal di Pahang tidak memiliki lesen yang sah. Mereka yang ditahan rata-rata memberikan alasan seperti masalah kewangan sedangkan mereka mampu memiliki motosikal yang harganya berkali ganda berbanding kos mendapatkan lesen memandu.

“Golongan ini dinasihatkan agar segera mendapatkan lesen memandu dan tidak mengambil mudah kesalahan menunggang tanpa lesen,” katanya.

Ops Khas Modifikasi Teknikal

Sementara itu, JPJ Pahang turut melakukan Ops Khas Modifikasi Teknikal di Jalan Tanah Putih baru-baru ini di mana operasi itu memberi fokus kepada motosikal diubah suai tanpa kebenaran. Dalam operasi itu, sebanyak 310 kenderaan diperiksa dan 70 daripadanya diambil tindakan atas pelbagai kesalahan.

Antaranya ialah:

Mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan milik orang lain              
Menggunakan kenderaan yang diisytiharkan telah tidak digunakan

Jika anda masih lagi tidak mempunyai lesen atau cukai jalan yang sah, sila dapatkannya dengan segera bagi memudahkan proses menuntut ganti rugi atau mengelak segala kesusahan ketika waktu kecemasan. Ingat, lepas daripada pihak berkuasa harini tak bermakna esok juga sama. Sampai bila nak hidup dalam ketakutan?

*Kredit foto: JPJ Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language