Categories
Auto news

300 Unit Perodua Ativa Hibrid Bakal Temui Pelanggan – Bukan Untuk Dijual, Hanya Untuk Dilanggan

Perodua sedang memulakan kajian pasaran serta model bisnes langganan kereta melibatkan 300 unit kenderaan Perodua Ativa hibrid dalam usaha mereka ke arah elektrifikasi.

Kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian:

Untuk memahami sikap pemanduan pengguna hibrid di bandar utama seperti KL, JB dan Pulau Pinang
Untuk melihat maklum balas serta penerimaan rakyat Malaysia terhadap servis langganan kereta selama 5-tahun di bawah EZ MOBi

300 Unit Ativa Hibrid Temui Pelanggan Pada Pertengahan Oktober 2022

Sebanyak 300 unit Perodua Ativa Hibrid bakal dihantar kepada 300 pemiik terdiri daripada:

Pembeli Ativa yang masih belum menerima kereta
Pelanggan yang berminat dengan sistem langganan kereta
Pembeli kereta hibrid

Model penjenamaan semula daripada Daihatsu Rocky Hibrid ini menggunakan sistem series hybrid di mana motor elektrik menggerakkan tayar sementara enjin pula bertindak sebagai generator untuk mengecas bateri.

Motor elektriknya juga lebih besar berbanding model hibrid lain di mana hanya sedikit sahaja pembakaran minyak diperlukan untuk menjalankan generator dan Ativa hibrid ini dicanang mampu bergerak sejauh 31.3km/liter.

Sistem ini membolehkan menghasilkan kereta hibrid yang praktikal serta mampu milik dihasilkan. Walau bagaimanapun, hanya satu varian serta satu warna yang bakal ditawarkan seperti di dalam gambar.

Apa Yang Berbeza?

Berbeza dengan Ativa sebelum ini, Ativa hibrid menggunaakan enjin tiga silinder 1.2L (WA-VEX) yang digabungkan bersama motor elektrik yang menghasilkan 107 PS serta 170 Nm tork. Untuk perbezaan, Ativa 1.0 turbo menghasilkan 98 PS dan 140 Nm tork. Jenis transmisinya juga ditukar daripada CVT berkembar kepada HEV Transaxle.

Di bahagian luar, terdapat perbezaan pada:

bampar hadapan serta belakang
tanpa lencana varian di belakang
saiz nombor plat belakang
Jumlah skru dan saiz tayar (Ativa: 4 lubang, saiz 205/60 R17) (Ativa hibrid: 5 lubang, saiz 195/60 R17)

Di bahagian dalam pula, ada perbezaan pada:

Reka bentuk kawalan penyaman udara
Kawalan penyaman udara automatik
Parkir brek elektronik (EPB)
Auto Brake Hold
Corong pengudaraan bateri
Tiada tayar simpanan, hanya diberikan kit baikpulih tayar sahaja bagi memuatkan bateri diletakkan di situ

Apa Yang Menarik?

Pelanggan perlu membayar wang deposit RM2,150 dan bayaran bulanan sebanyak RM500 dibawah EZ MOBi. Had perbatuan bagi tempoh lima-tahun itu adalah 100,000 km.

Alat pengesan GPS akan dipasang untuk Peroduak mengkaji dan menilai corak penggunaan dan pemanduan kereta hibrid di bandar bandar utama seperti lembah klang, Penang dan Johor Bahru.

Yang paling menarik, Perodua akan menanggung segala-galanya terhadap kos pemilikan Ativa ini seperti:

Servis berkala mengikut jadual
Insurans
Cukai jalan

Tetapi sayangnya, ketika ini kesemua 300 unit itu telah pun ditempah memandangkan lebih 600 penyertaan telah diterima ketika Perodua membuka penawarannya kepada siapa yang berminat sebelum ini. Bagi anda, adakah sistem langganan kereta ni boleh pergi jauh atau anda lebih gemarkan sistem beli kereta dan jual kereta secara traditional?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language