Categories
Auto news

30,000 Tempahan Bagi Alza 2022 Sudah Diterima – Rekod Dalam Sejarah Perodua!

Perodua telah menerima tempahan tertinggi dalam sejarahnya di mana lebih 30,000 tempahan telah diterima bagi model Alza 2022 sejak tempahannya dibuka pada 23 Jun 2022 lalu.

MPV 7-tempat duduk yang baru sahaja dilancarkan oleh Perodua itu menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada 200,000 tempahan keseluruhan yang diterima oleh Perodua ketika ini.

Alza 2022 Terima lebih 30,000 Tempahan

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad, kenaikan mendadak bilangan tempahan Alza yang diterima mereka adalah disebabkan oleh faktor:

Para pelanggan ingin memanfaatkan sepenuhnya inisiatif pengecualian cukai jualan SST yang akan tamat tempoh pada 30 Jun 2022

Daya tarikan nilai keseluruhan pakej Perodua Alza serba baharu memandangkan 15% daripada 200,000 tempahan merupakan bagi model Alza 2022. Daya tarikan meliputi

Ciri keselamatan yang dipertingkatkan
Ciri Bantuan Keselamatan Termaju
Tawaran digital yang dipertingkatkan
Ruang yang luas
Keselesaan pemanduan yang lebih baik

Hampir 4,000 Pelanggan Tukar Tempahan

Tidak dinafikan, Perodua Alza generasi pertama yang dijual sejak 2009 hingga 2022 masih lagi mendapat tempat di hati pengguna di Malaysia. Menurut Zainal, seramai hampir 4,000 pelanggan telah menukar tempahan Perodua Alza mereka kepada versi terkini walaupun ketika itu tempahannya belum dibuka secara rasmi.

Penghantaran Bermula

Zainal turut menjelaskan bahawa penghantaran Alza kepada pelanggan oleh 195 bilik pameran jualan sah Perodua di seluruh negara telah pun bermula sejurus selepas pelancaran MPV tersebut.

Syarikat pengeluar automotif tempatan itu turut memberi jaminan kepada para pelanggan yang menempah Perodua Alza 2022 mereka pada atau sebelum 30 Jun, mereka akan menerima kenderaan mereka sebelum tarikh akhir 31 Mac 2023,” kata Zainal.

Jika pelanggan tersebut menerima Alza mereka pada atau sebelum 31 Mac 2023, mereka bakal menikmati harga yang lebih rendah kerana layak untuk menerima inisiatif pengecualian cukai jualan.

Pembangunan Perodua Alza 2022

Mengenai pembangunan Perodua Alza serba baharu, Zainal berkata syarikat itu melabur RM770 juta untuk membangunkan model tersebut sejak April 2018. Selain itu, Zainal turut berkongsi bahawa 95% daripada komponen Perodua Alza 2022 ini dihasilkan di Malaysia sendiri.

Model tersebut dibangunkan bersama di menggunakan Platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) di mana pereka dan jurutera Malaysia bekerja dengan rakan sejawatan mereka di Daihatsu Motor Co., Jepun.

Ini merupakan model kedua keluaran Perodua yang dibina menggunakan platform tersebut selepas Perodua Ativa yang diperkenalkan pada Mac tahun lalu.

“Perkongsian ini membolehkan Perodua dan para pembekalnya bekerjasama dengan Daihatsu untuk mencapai skala ekonomi dan meningkatkan kos pembangunan model baharu, dan dalam kes ini, Perodua Alza serba baharu,” kata Dato’ Zainal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language