Categories
Auto news

3,725 Unit Chevrolet, SAAB di Malaysia Dipanggil Semula – Ganti inflator Beg Udara Pemandu

Chevrolet telah mengumumkan pelancaran kempen memanggil balik (recall) yang melibatkan 3,725 unit kenderaan Chevrolet dan SAAB di Malaysia bagi menggantikan inflator beg udara Takata di bahagian pemandu.

Kempen panggil balik ini dilaksanakan dengan kelulusan dan kerjasama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Model Yang Terlibat

Chevrolet Cruze: model tahun 2010–2015
Chevrolet Orlando: model tahun 2013–2015
Chevrolet Sonic: model tahun 2013–2014
Chevrolet TRAX model tahun 2017
SAAB 9-3: model tahun 2007

Kenapa Perlu Tukar?

Inflator beg udara pemandu ini mengandungi tablet pendorong (propellent) Ammonium Nitrat Stabil Berfasa (Phased Stabilized Ammonium Nitrate atau PSAN) yang tidak kering, yang mungkin mengalami perubahan selepas terdedah kepada suhu tinggi dan kitaran suhu siang dalam persekitaran kelembapan tinggi.

Inflator mungkin pecah jika penjanaan gas melebihi keupayaan inflator untuk mengeluarkan gas tersebut.

Bagaimana Nak Tukar?

Memandangkan Chevrolet tidak berpengkalan di Malaysia, syarikat itu menjalinkan kerjasama dengan dua syarikat tempatan untuk melaksanakan kempen panggilan balik ini.

Bagi urusan komunikasi, Saphan9 Engagement, firma perundingan komunikasi dan kandungan telah dilantik untuk mengendalikan hal-hal berkaitan yang mencakupi pengumuman rasmi, khidmat pelanggan, pengurusan aset digital, maklumat dan data pelanggan.

Manakala urusan kerja-kerja penggantian beg udara baharu pula akan dikendalikan oleh pengedar sah Honda Malaysia terpilih. Penggantian ini adalah percuma dan akan bermula pada 01 Jun 2022.

Tempah Slot Penggantian

Pemilik kenderaan yang terlibat boleh melayari laman sesawang program memanggil balik Chevrolet ini di www.chevrolettakatarecallmy.com di mana mereka akan dibimbing bagaimana untuk membuat tempahan slot penggantian, melalui tiga langkah mudah:

Cari nombor VIN: Panduan untuk mengenalpasti nombor VIN kenderaan sudah tersedia dalam laman sesawang tersebut. Nombor VIN adalah penting untuk mengesahkan status kenderaan yang terlibat.
Panggilan temujanji: Senarai pengedar sah Honda yang terpilih akan turut dipaparkan. Pemilik boleh hubungi mana-mana pengedar sah Honda yang berdekatan dan nyatakan nombor VIN kenderaan untuk diperiksa status kenderaan dan menempah slot penggantian jika terlibat.
Pemilik kenderaan akan diminta untuk berkongsi butiran mereka bagi membolehkan Chevrolet membuat pemakluman dan kemaskini yang penting berkenaan dengan kempen panggilan semula ini.

Selain itu, Chevrolet juga akan melakukan beberapa inisiatif untuk menghubungi pemilik kenderaan yang terlibat seramai mungkin melalui media sosial, SMS, e-mel dan pasukan panggilan untuk menghubungi pemilik kenderaan yang menghadapi kesukaran sambungan internet.

Untuk pertanyaan lanjut, pemilik kenderaan boleh menghubungi +6011 3129 9963 atau +6011 3129 9965 atau layari www.chevrolettakatarecallmy.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language