May 28, 2022
Hanya 4 jam perjalanan dari Gombak ke Kelantan melalui laluan Rel Pantai Tirmur (ECRL) yang dijangka siap pada penghujung tahun 2026.  4 jam dari Gombak ke Kelantan  Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong, tempoh masa perjalanan ke wilayah berkenaan ketika ini yang mengambil masa lebih 7 jam akan menjadi lebih singkat sekitar empat jam seperti yang dilapor Astro Awani.  "Untuk jalan balik ke pantai timur (perayaan) memang jauh lebih sesak daripada biasa, jadi ini mungkin dapat diselesaikan dengan pembinaan ECRL yang dijangka siap akhir 2026. Jadi (dengan ECRL) mereka yang hendak balik ke wilayah sana hanya memerlukan empat jam sahaja dan macam Terengganu dahulu tiada kereta api tetapi sekarang sudah ada. Ini akan membantu rakyat di wilayah-wilayah berkenaan," tambah beliau lagi ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. Projek Rel Pantai Timur (ECRL) *Kredit foto: bharian.com.my Projek Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 655 kilometer itu merangkumi kerja pembinaan melalui negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. Ia turut melibatkan 59 terowong dan akan menelan belanja RM50.27 billion. Setakat bulan April 2022, Projek ECRL telah mencapai kemajuan sebanyak 28.57%.   Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak Projek ECRL, "Memang kita alami kelewatan tetapi dengan perkembangan sekarang kita boleh 'catch up' balik (dan). Secara keseluruhannya, boleh capai kemajuan lebih baik pada tahun ini. "Insya-Allah, untuk jajaran Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor iaitu jajaran Seksyen A,B, dan C1 akan siap pada Disember 2026 dan beroperasi pada 1 Januari 2027," katanya ketika ditemuramah Berita Harian pada bulan Februari 2022 4 jam dari Gombak ke Kelantan naik kereta api - badan tak sakit, hati tenang, minda tak stress - sama-sama kita tunggu penghujung tahun 2026! 

Hanya 4 jam perjalanan dari Gombak ke Kelantan melalui laluan Rel Pantai Tirmur (ECRL) yang dijangka siap pada penghujung tahun 2026. 

4 jam dari Gombak ke Kelantan 

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong, tempoh masa perjalanan ke wilayah berkenaan ketika ini yang mengambil masa lebih 7 jam akan menjadi lebih singkat sekitar empat jam seperti yang dilapor Astro Awani. 

“Untuk jalan balik ke pantai timur (perayaan) memang jauh lebih sesak daripada biasa, jadi ini mungkin dapat diselesaikan dengan pembinaan ECRL yang dijangka siap akhir 2026. Jadi (dengan ECRL) mereka yang hendak balik ke wilayah sana hanya memerlukan empat jam sahaja dan macam Terengganu dahulu tiada kereta api tetapi sekarang sudah ada. Ini akan membantu rakyat di wilayah-wilayah berkenaan,” tambah beliau lagi ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Projek Rel Pantai Timur (ECRL)

*Kredit foto: bharian.com.my

Projek Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 655 kilometer itu merangkumi kerja pembinaan melalui negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. Ia turut melibatkan 59 terowong dan akan menelan belanja RM50.27 billion.

Setakat bulan April 2022, Projek ECRL telah mencapai kemajuan sebanyak 28.57%.  

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak Projek ECRL, “Memang kita alami kelewatan tetapi dengan perkembangan sekarang kita boleh ‘catch up‘ balik (dan). Secara keseluruhannya, boleh capai kemajuan lebih baik pada tahun ini.

“Insya-Allah, untuk jajaran Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor iaitu jajaran Seksyen A,B, dan C1 akan siap pada Disember 2026 dan beroperasi pada 1 Januari 2027,” katanya ketika ditemuramah Berita Harian pada bulan Februari 2022

4 jam dari Gombak ke Kelantan naik kereta api – badan tak sakit, hati tenang, minda tak stress – sama-sama kita tunggu penghujung tahun 2026! 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language