September 26, 2022
Meskipun sebahagian jalan di Malaysia ini boleh dikategorikan sebagai ngeri, tapi ada jalan yang lebih berbahaya di luar sana yang telah meragut banyak nyawa disebabkan jalan itu sendiri. Walaupun Malaysia terkenal dengan keadaan jalan yang teruk dan berlubang serta beberapa laluan yang ‘merisaukan’ di waktu malam seperti laluan Lebuhraya Timur Barat yang menghubungkan Gerik dan Jeli, namun ada jalan raya di luar negara yang jauh lebih berbahaya daripada kita. *Kredit foto: Daily Rakyat Di Malaysia, sebahagian jalan boleh dianggap ngeri dan seram atas sebab-sebab yang tersendiri, antaranya ialah: Laluan di Terowong Menora – Tempat kenderaan berat kemalangan Jalan di Sabah – Ibarat permukaan bulan Hampir 64,000 jalan berlubang di seluruh Malaysia ditampal pada 2021 – Berapa banyak lagi yang belum tampal? Kenapa nampak macam masih banyak? Namun di luar negara, ada jalan yang lebih ngeri dan menyebabkan banyak kemalangan kerana kedudukan geografinya seperti di kawasan laut serta tepi bukit dan bukanlah disebabkan kerosakan pada jalan semata-mata. 5 Jalan Paling Ngeri Di Dunia 1. Guoliang Tunnel, China Terowong ini dibina di sekitar tahun 70an dan ia kelihatan seolah-olah jalan yang dikorek daripada sebuah bukit membuatkan ada bahagian seperti lorong manakala ada bahagian terbuka. Untuk sampai ke sana, anda harus meredah pegunungan yang berbahaya dan melintasi terowong 1,200 meter dengan jurang yang dalam. Jalan ini juga berada di tepi-tepi bukit yang berkedudukan 90 darjah. Kalau jatuh, memang jatuh freefall lah jawabnya memandangkan tiada cerun. Penduduk di kawasan itu juga menggelar laluan itu sebagai jalan yang tidak membenarkan pemandu melakukan sebarang kesilapan. *Kredit foto: Slate 2. Atlantic Ocean Road, Norway Atlantic Ocean Road merupakan salah satu jalan paling berbahaya di dunia yang dibangun untuk menghubungkan dua kota di Norway, iaitu Kristiansund dan Molde. Panjang laluan ini ialah 8.3 kilometer dan sering ditutup oleh cuaca buruk. Keadaan jalan yang naik turun seakan roller coaster di tengah laut pastinya boleh merisaukan sesetengah pemandu. Jika cuaca buruk, ombak laut juga boleh naik ke atas jalan dan menghanyutkan kereta. 3. Pangi Road, India Jalan ini pula berbahaya kerana terletak di kawasan pergunungan India serta keadaan jalannya yang berbatu-batu. Ketika musim sejuk, penduduk Pangi tidak keluar daripada kawasan mereka selama berbulan-bulan kerana jalan ini amat berbahaya untuk dilalui kerana dipenuhi ais yang amat licin. Tambahan pula, jalan ini hanya boleh memuatkan satu kereta pada satu-satu masa. Jika berselisih, salah seorang pemandu perlu mengundurkan kenderaannya sampailah tempat yang selamat untuk memberikan laluan. 4. Dalton Highway, Alaska Menurut BBC, lebuh raya ini digelar sebagai jalan paling berbahaya di dunia ekoran cuacanya yang amat ganas ketika musim sejuk. Ketika musim sejuk melampau, jalan disini akan berubah menjadi jalan ais yang amat licin.  Malah, ada bahagian lebuh raya yang tidak ditar menyusuri kawasan pedalaman yang tidak didiami oleh sesiapa. Bila tiada orang mendiami kawasan itu, maka ada bahagian yang tiada stesen minyak, kedai makan dan hospital dan sebagainya. Sesiapa yang melalui jalan ini dinasihatkan untuk menyediakan bekalan makanan serta ‘survival kit’ sekiranya berlaku sebarang kecemasan di situ. 5. Yungas Road, Bolivia Yungas Road atau Road of Death ini merupakan salah satu jalan paling berbahaya di dunia. Jalan sepanjang 69 km di lereng bukit yang dipenuhi batu-batu kecil ini boleh mengakibatkan kenderaan tergelincir dan jatuh ke dalam jurang sedalam 600 meter. Jalan ini dikenali juga sebagai jalan maut dalam kalangan penduduk Yungas di Bolivia kerana di anggarkan seramai 300 orang pemandu maut di sini setiap tahun. Lebih mengerikan, situasi kenderaan jatuh terjunam ke dalam gaung di jalan ini boleh dianggap sebagai normal. Rasa-rasanya ada lagi tak jalan di Malaysia yang jauh lebih berbahaya daripada jalan-jalan yang dinyatakan di atas?  

Meskipun sebahagian jalan di Malaysia ini boleh dikategorikan sebagai ngeri, tapi ada jalan yang lebih berbahaya di luar sana yang telah meragut banyak nyawa disebabkan jalan itu sendiri.

Walaupun Malaysia terkenal dengan keadaan jalan yang teruk dan berlubang serta beberapa laluan yang ‘merisaukan’ di waktu malam seperti laluan Lebuhraya Timur Barat yang menghubungkan Gerik dan Jeli, namun ada jalan raya di luar negara yang jauh lebih berbahaya daripada kita.

*Kredit foto: Daily Rakyat

Di Malaysia, sebahagian jalan boleh dianggap ngeri dan seram atas sebab-sebab yang tersendiri, antaranya ialah:

Laluan di Terowong Menora – Tempat kenderaan berat kemalangan
Jalan di Sabah – Ibarat permukaan bulan
Hampir 64,000 jalan berlubang di seluruh Malaysia ditampal pada 2021 – Berapa banyak lagi yang belum tampal? Kenapa nampak macam masih banyak?

Namun di luar negara, ada jalan yang lebih ngeri dan menyebabkan banyak kemalangan kerana kedudukan geografinya seperti di kawasan laut serta tepi bukit dan bukanlah disebabkan kerosakan pada jalan semata-mata.

5 Jalan Paling Ngeri Di Dunia

1. Guoliang Tunnel, China

Terowong ini dibina di sekitar tahun 70an dan ia kelihatan seolah-olah jalan yang dikorek daripada sebuah bukit membuatkan ada bahagian seperti lorong manakala ada bahagian terbuka. Untuk sampai ke sana, anda harus meredah pegunungan yang berbahaya dan melintasi terowong 1,200 meter dengan jurang yang dalam.

Jalan ini juga berada di tepi-tepi bukit yang berkedudukan 90 darjah. Kalau jatuh, memang jatuh freefall lah jawabnya memandangkan tiada cerun. Penduduk di kawasan itu juga menggelar laluan itu sebagai jalan yang tidak membenarkan pemandu melakukan sebarang kesilapan.

*Kredit foto: Slate

2. Atlantic Ocean Road, Norway

Atlantic Ocean Road merupakan salah satu jalan paling berbahaya di dunia yang dibangun untuk menghubungkan dua kota di Norway, iaitu Kristiansund dan Molde. Panjang laluan ini ialah 8.3 kilometer dan sering ditutup oleh cuaca buruk.

Keadaan jalan yang naik turun seakan roller coaster di tengah laut pastinya boleh merisaukan sesetengah pemandu. Jika cuaca buruk, ombak laut juga boleh naik ke atas jalan dan menghanyutkan kereta.

3. Pangi Road, India

Jalan ini pula berbahaya kerana terletak di kawasan pergunungan India serta keadaan jalannya yang berbatu-batu. Ketika musim sejuk, penduduk Pangi tidak keluar daripada kawasan mereka selama berbulan-bulan kerana jalan ini amat berbahaya untuk dilalui kerana dipenuhi ais yang amat licin.

Tambahan pula, jalan ini hanya boleh memuatkan satu kereta pada satu-satu masa. Jika berselisih, salah seorang pemandu perlu mengundurkan kenderaannya sampailah tempat yang selamat untuk memberikan laluan.

4. Dalton Highway, Alaska

Menurut BBC, lebuh raya ini digelar sebagai jalan paling berbahaya di dunia ekoran cuacanya yang amat ganas ketika musim sejuk. Ketika musim sejuk melampau, jalan disini akan berubah menjadi jalan ais yang amat licin.  Malah, ada bahagian lebuh raya yang tidak ditar menyusuri kawasan pedalaman yang tidak didiami oleh sesiapa.

Bila tiada orang mendiami kawasan itu, maka ada bahagian yang tiada stesen minyak, kedai makan dan hospital dan sebagainya. Sesiapa yang melalui jalan ini dinasihatkan untuk menyediakan bekalan makanan serta ‘survival kit’ sekiranya berlaku sebarang kecemasan di situ.

5. Yungas Road, Bolivia

Yungas Road atau Road of Death ini merupakan salah satu jalan paling berbahaya di dunia. Jalan sepanjang 69 km di lereng bukit yang dipenuhi batu-batu kecil ini boleh mengakibatkan kenderaan tergelincir dan jatuh ke dalam jurang sedalam 600 meter.

Jalan ini dikenali juga sebagai jalan maut dalam kalangan penduduk Yungas di Bolivia kerana di anggarkan seramai 300 orang pemandu maut di sini setiap tahun. Lebih mengerikan, situasi kenderaan jatuh terjunam ke dalam gaung di jalan ini boleh dianggap sebagai normal.

Rasa-rasanya ada lagi tak jalan di Malaysia yang jauh lebih berbahaya daripada jalan-jalan yang dinyatakan di atas?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language