
Dengan berbekalkan bajet di bawah RM79,000, kereta Conti mewah terpakai apa yang boleh dibeli?
Kereta Conti sering dipuja kerana ia menggambarkan kedudukan sosial yang tinggi. Bukan hanya disebabkan oleh harganya yang mahal, namun dibantu dengan ciri keselesaan, kemewahan serta prestasi yang dibekalkan.
Walau bagaimanapun, kereta ini juga terkenal dengan kos penjagaan serta baik pulih yang tinggi memandangkan kereta ini datang dari Eropah. Jika tersilap pilih, boleh merana poket.
Oleh itu, kami telah menyenaraikan beberapa pilihan kereta Conti mewah terpakai yang boleh dipercayai berdasarkan pencarian di laman web Carlist.my. Menariknya, ada banyak kereta Conti mewah terpakai yang menarik boleh didapati di bawah harga RM80,000.
Kami telah menyenaraikan 5 kereta Conti mewah terpakai yang berumur tidak lebih daripada 10 tahun supaya anda boleh memohon pinjaman kereta terpakai. Berikut merupakan kereta Conti mewah terpakai yang boleh anda beli melalui Carlist.my:
1. 2014 Audi A4 1.8L TFSI
Audi A4 lazimnya merupakan entry model pilihan untuk pembeli kali pertama jenama ini. Walaupun Bentuk sedan A3 lebih kecil dengan gaya yang lebih kemas, namun bagi kebanyakan orang, A4 adalah titik permulaan untuk kemewahan Jerman.
Spesifikasi:
Tahun: 2014
Sedan 4 pintu, 5 tempat duduk
Enjin 1.8L, 4 Silinder: 173 HP, 320 Nm
8-Kelajuan Automatik CVT
Penggunaan petrol: 5.8L/100km/j
Kelajuan Maksimum: 225 km/j
0-100 km/j: 8.3 saat
NCAP: 5/5 bintang
Apa yang kami suka
Apa yang kami tak suka
Mod pemanduan seperti yang dilengkapi dengan tetapan suspensi, pedal minyak dan kotak gear yang berbeza-beza
Penggunaan suspensi elektronik yang mahal untuk dibaik pulih/dijaga
Sterengnya elektronik yang ringan, namun semakin memberat ketika kereta dipandu laju sekaligus memberi input secara langsung dan pantas
Spesifikasi bagi varian 1.8L agak kosong berbanding varian yang lebih atas
Kualiti rekaan yang mengagumkan, interior dan exterior
Transmisi CVT yang kurang mengancam
2. 2019 Peugeot 308 1.6L Turbo
Peugeot 308 ialah kereta hatchback yang dikeluarkan oleh pembuat kereta Perancis, Peugeot. Ia telah dilancarkan pada Jun 2007, bagi menggantikan 307, dan diletakkan di bawah 508 dan di atas 208 terkecil.
Spesifikasi:
Tahun: 2019
Hatchback 5 pintu, 5 tempat duduk
Enjin 1.6L turbo, 222 HP, 285 Nm
6-Kelajuan automatik
Penggunaan petrol: 6L/100km/j
Kelajuan Maksimum: 211 km/j
0-100 km/j: 9.4 saat
NCAP: 5/5 bintang
Apa yang kami suka
Apa yang kami tak suka
Rekaan hatchback luaran dalaman yang cantik, tidak lapuk ditelan zaman
Ruang kabin sedikit sempit sebagai kereta Conti yang mewah
Ruang but belakang yang luas (470 liter) mengatasi kebanyakan pencabar segmennya
Stereng bersaiz kecil sepatutnya memberikan lebih rasa sporty, namun masih terasa pelik
Pengalaman pemanduan menyeronokkan
Kawalan penyaman udara sepenuhnya melalui skrin infotainment
3. 2014 Mercedes-Benz C200 1.8L Avantgarde Sedan
Mercedes-Benz C200 (W204) merupakan sedan empat pintu dengan pacuan roda belakang yang boleh dikategorikan sebagai kereta mewah. Model ini merupakan model generasi ketiga Mercedes-Benz C-Class.
Spesifikasi:
Tahun: 2014
Sedan 4 pintu, 5 tempat duduk
Enjin 1.8L Turbo, 184 HP, 270 Nm
7 kelajuan automatik G-Tronic
Penggunaan petrol: 6.8L/100km/j
Kelajuan Maksimum: 235 km/j
0-100 km/j: 6.4 saat
NCAP: 5/5 bintang
Apa yang kami suka
Apa yang kami tak suka
Gaya yang menonjol di bahagian interior dan ekterior kereta
Tiada ciri keselamatan terkini seperti ADAS
Ruang kabin dan but belakang yang luas
Tiada paddle shifter
Enjin yang baik untuk kegunaan pemanduan di lebuh raya mahupun di dalam bandar
Rekaan rim yang kurang menarik
4. 2014 Volkwagen Scirocco 1.4L TSI
Volkswagen Scirocco ialah hatchback sport dengan pacuan roda hadapan yang dikeluarkan dan dipasarkan oleh Volkswagen dalam dua generasi dari 1974 hingga 1992 dan generasi ketiga dari 2008 hingga 2017. Pengeluaran kereta ini telah berakhir tanpa sebarang pengganti.
Spesifikasi:
Tahun: 2014
Hatchback 3 pintu, 5 tempat duduk
Enjin 1.4L TSI, 158 HP, 240 Nm
7 kelajuan DSG
Penggunaan petrol: 6.3L/100km/j
Kelajuan Maksimum: 218 km/j
0-100 km/j: 8 saat
NCAP: 5/5 bintang
Apa yang kami suka
Apa yang kami tak suka
Scirocco dibina dengan tahap keteguhan dan kualiti tipikal Volkswagen
kawalan kereta agak berat dan lambat untuk bertindak balas
Tindak balas enjin yang agak ‘punchy‘
Rekaan interior yang agak ketinggalan
Kerusi sports yang selesa
Ruang kabin yang sempit, kurang dari segi praktikaliti
5. 2013 BMW 320i 2.0L M-Sport
BMW 320i ialah model 3 Series yang lebih murah untuk dimiliki, namun masih menawarkan pemanduan dinamik yang serupa dengan adik-beradiknya yang lebih berkuasa.
Spesifikasi:
Tahun: 2013
Sedan 4 pintu, 5 tempat duduk
Enjin 2.0L DOHC, 184 HP, 270 Nm
8 kelajuan automatik
Penggunaan petrol: 6.1L/100km/j
Kelajuan Maksimum: 228 km/j
0-100 km/j: 7.3 saat
NCAP: 5/5 bintang
Apa yang kami suka
Apa yang kami tak suka
Kit badan M-Sport yang lebih garang
Suspensi yang lembut membuatkan penumpang membuai
Kawalan kenderaan yang mantap dengan kuasa enjin yang padu
Bunyi angin yang kuat masuk ke kabin ketika kereta bergerak pada kelajuan tinggi
Transmisi 8 kelajuan automatik yang lancar
Skrin Infotainmen yang kecil
Kesimpulan
Kesimpulannnya, banyak kereta Conti mewah terpakai yang boleh didapati pada tangga harga di bawah RM79,000. Bagi memudahkan pilihan anda, kami telah senaraikan 5 buah kenderaan Conti mewah terpakai yang berumur tidak lebih 10 tahun yang boleh anda dapati di Carlist.my.
Model
Harga Purata Selepas 6 Tahun
Ujian Pelanggaran (NCAP)
Road Tax
2014 Audi A4 1.8L TFSI
RM76,999
5 bintang
RM279
2019 Peugeot 308 1.6L Turbo
RM73,888
5 bintang
RM90
2014 Mercedes-Benz C200 1.8L Avantgarde Sedan
RM72,000
5 bintang
RM278
2014 Volkwagen Scirocco 1.4L TSI
RM52,800
5 bintang
RM70
2015 BMW 320i 2.0L M-Sport
RM77,000
5 bintang
RM379
Waranti Kereta Terpakai Warranty Smart
Salah satu kelemahan membeli kereta terpakai adalah kebanyakannya tidak dilindungi di bawah waranti pengilang.
Warranty Smart merupakan perlindungan pilihan untuk sebarang pembelian kereta terpakai di bawah umur 10 tahun.
Perlindungan bermula dari RM848 setahun. Baca lebih lanjut mengenai Waranti Smart di sini.
Cara Beli Kereta Di Carlist
Berikut merupakan cara untuk anda cara mencari kereta terpakai idaman di bawah RM80,000.
Di bawah pula adalah cara menggunakan ciri carian terperinci Carlist untuk mencari kereta terpakai anda yang sempurna:
Pergi ke Carlist.my
Klik pada ‘Pencarian Lebih Lanjut’ di bawah kotak carian
Tapi carian mengikut kehendak anda seperti tahun, harga dan sebagainya
Selamat membeli!