December 7, 2022
Untuk para graduan atau fresh grad yang sedang mencari kereta, adakah lebih baik untuk membeli kereta baharu atau lebih baik memilih kereta terpakai sahaja? Panduan Membeli Kereta Pertama Untuk membeli kereta pertama, anda perlulah tahu serba sedikit tentang panduan yang betul dalam memilih kenderaan yang sesuai kerana melalui beberapa kajian yang telah dilakukan di dalam negara ini, antara sebab utama golongan belia diisytihar bankrap adalah disebabkan oleh pembiayaan kenderaan mereka. Rule of Thumb bagi membeli kereta ini mudah sahaja, iaitu dengan membeli kereta mengikut pendapatan tahunan. Sekiranya gaji bulanan anda RM2,500, maka anda perlu mencari kenderaan berharga RM30,000 dan kebawah untuk dikira sebagai kereta mampu milik. Tetapi, ianya bergantung pada komitmen individu juga.   Untuk kereta baharu, memang tidak banyak pilihan pada harga RM30,000 berbanding kereta terpakai. Jika dilihat dari segi harga, BMW terpakai pun anda mampu beli. Tapi seelok-eloknya, elakkan perkara tersebut kerana kos pemilikan (road tax dan maintenance) kenderaan tersebut agak sedikit mahal. Oleh itu, kami akan menyenaraikan sebahagian kereta baharu dan terpakai yang sesuai untuk para graduan sebagai kereta pertama mereka yang berharga dalam lingkungan bawah RM40,000. Walau bagaimanapun, para graduan tidak dinasihatkan untuk membeli kereta baharu ekoran harganya yang tinggi, kecuali.. Kereta Baharu 2022 Perodua Axia GXtra 1.0L - RM34,990 Ianya merupakan satu jenayah apabila kereta ini tidak disenaraikan sebagai kereta pertama untuk para siswazah. Dengan harga serendah RM23,367, anda boleh mendapatkan sebuah Axia baharu. Tapi kalau ambil yang paling murah (spesifikasi rendah) pun tak best juga. Seeloknya, ambillah varian GXtra ke atas untuk ciri keselamatan yang lebih menyeluruh. Tapi kalau masih tak cukup bajet, boleh survey harga Axia terpakai di sini. Apa yang kami suka Apa yang kami tak suka mod ECO Driving mampu berjalan sejauh 22.5km bagi setiap liter Enjin 1.0L - Kuasa kereta yang terhad Ruang kabin yang agak luas untuk saiznya Perlukan ruang yang selesa untuk memotong 2022 Proton Saga Premium AT - RM38,800 Antara model tempatan baharu yang mampu milik bagi lepasan universiti adalah Proton Saga 2022. Proton Saga ini bercirikan sedan jadi anda bakal menerima ruangan but yang lebih besar serta mampu mengisi sehingga 5 orang di dalam kereta terutamanya ketika perjalanan jauh. Selain itu, stereng Saga yang sedikit berat membuatkan pemanduannya di selekoh lebih meyakinkan.  Apa yang kami suka Apa yang kami tak suka Handling Proton Masih guna enjin sama seperti sebelumnya Interior yang selesa Ciri keselamatan yang ketinggalan Tetapi untuk budget yang sama dengan kereta baru, anda boleh mendapatkan lebih banyak variariti dalam pasaran kereta terpakai. Jom kita tengok apa option anda:  Kereta Terpakai 2016 Perodua Myvi 1.5 SE - RM34,800 Jika anda merasakan harga Myvi terpakai generasi ketiga masih mahal untuk lepasan universiti, anda boleh mendapatkan Myvi generasi terdahulu dengan harga lingkungan RM34,800 sahaja untuk Myvi 1.5L SE (2016). Kalau lihat di jalan raya sekalipun, model Myvi generasi terdahulu masih banyak boleh dijumpai meskipun ada yang sudah berusia lebih 10 tahun. Bak kata orang, tiada lama, maka tiadalah yang baharu. Untuk melihat Perodua Myvi terpakai, boleh klik disini. Apa yang kami suka Apa yang kami tak suka Tiada masalah alat ganti Handling seperti membawa 'sampan' Ada ciri keselamatan asas lengkap Sistem infotainment zaman dahulu 2012 Toyota Vios 1.5 J - RM28,999 Kalau nak beli Vios baharu dengan gaji fresh graduate ini agak membebankan juga sebenarnya. Mana taknya, harga Vios bermula dalam sekitar RM77,600. Sebagai gantinya, anda boleh mendapatkan Vios generasi kedua yang jauh lebih murah. Sebagai kereta pertama anda, penting untuk anda memilih kereta yang selesa di samping tahan lama dan Toyota memang terkenal dengan ketahanannya. Untuk melihat kereta Toyota Vios terpakai, boleh lihat disini.  Apa yang kami suka Apa yang kami tak suka Mudah mendapatkan alat ganti Dikenali sebagai Vios Dugong kerana rupa luarannya Kos pemilikan mampu milik Kluster meter berada di tengah papan pemuka 2016 Perodua Bezza 1.3 Premium X - RM30,800 Harga sebuah Perodua Bezza baharu bermula daripada RM34,580 hingga RM49,980. Walau bagaimanapun, jika anda mahukan kereta sedan dengan but yang luas, Perodua Bezza terpakai merupakan model yang sesuai. Model ini juga menggunakan enjin 1.3L berbanding 1.0L seperti varian yang lebih rendah.    Untuk melihat senarai kereta Perodua Bezza terpakai, boleh klik disini. Apa yang kami suka Apa yang kami tak suka But belakang luas (508 liter) Handling kurang memuaskan Jimat minyak Stereng tidak boleh dilaras Kesimpulan Anda boleh dapatkan kereta baharu dan terpakai yang terkini dengan harga yang menarik di Carlist.my! Walau bagaimanapun, jangan terlalu teruja dan mengikut kehendak dalam berbelanja. Dengan bajet dibawah RM40,000, kereta terpakai berjenama Mercedes pun boleh didapati. Sebab itu penting untuk pertimbangkan harga pemilikan kenderaan terbabit, bukan hanya sekadar harga jualan. Bagi mereka yang membeli kereta yang sedikit berusia, anda dinasihatkan untuk mempunyai sedikit simpanan untuk menambah baik spesifikasi kereta terbabit mengikut piawaian kini. Bukan apa, ianya demi keselamatan dan keselesaan anda sebagai pemandu juga. Setiap komponen kenderaan mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri. Pastikan anda menukar dan membaiki komponen tersebut sebelum terlambat!  Waranty Kereta Terpakai Warranty Smart Salah satu kelemahan membeli kereta terpakai adalah kebanyakannya tidak dilindungi di bawah waranti pengilang. Warranty Smart merupakan perlindungan pilihan untuk sebarang pembelian kereta terpakai di bawah umur 10 tahun. Perlindungan bermula dari RM848 setahun. Baca lebih lanjut mengenai Waranti Smart di sini. Cara Beli Kereta Idaman Anda Di Carlist Dengan Bajet RM40,000, anda kini boleh menggunakan ciri carian terperinci Carlist untuk mencari kereta pertama idaman anda yang sempurna: Pergi ke Carlist.my Klik pada 'Pencarian Lebih Lanjut' di bawah kotak carian Tapis carian mengikut kehendak anda seperti tahun, harga, jenis kereta dan sebagainya. Selamat membeli!    

Untuk para graduan atau fresh grad yang sedang mencari kereta, adakah lebih baik untuk membeli kereta baharu atau lebih baik memilih kereta terpakai sahaja?

Panduan Membeli Kereta Pertama

Untuk membeli kereta pertama, anda perlulah tahu serba sedikit tentang panduan yang betul dalam memilih kenderaan yang sesuai kerana melalui beberapa kajian yang telah dilakukan di dalam negara ini, antara sebab utama golongan belia diisytihar bankrap adalah disebabkan oleh pembiayaan kenderaan mereka.

Rule of Thumb bagi membeli kereta ini mudah sahaja, iaitu dengan membeli kereta mengikut pendapatan tahunan. Sekiranya gaji bulanan anda RM2,500, maka anda perlu mencari kenderaan berharga RM30,000 dan kebawah untuk dikira sebagai kereta mampu milik. Tetapi, ianya bergantung pada komitmen individu juga.  

Untuk kereta baharu, memang tidak banyak pilihan pada harga RM30,000 berbanding kereta terpakai. Jika dilihat dari segi harga, BMW terpakai pun anda mampu beli. Tapi seelok-eloknya, elakkan perkara tersebut kerana kos pemilikan (road tax dan maintenance) kenderaan tersebut agak sedikit mahal.

Oleh itu, kami akan menyenaraikan sebahagian kereta baharu dan terpakai yang sesuai untuk para graduan sebagai kereta pertama mereka yang berharga dalam lingkungan bawah RM40,000. Walau bagaimanapun, para graduan tidak dinasihatkan untuk membeli kereta baharu ekoran harganya yang tinggi, kecuali..

Kereta Baharu

2022 Perodua Axia GXtra 1.0L – RM34,990

Ianya merupakan satu jenayah apabila kereta ini tidak disenaraikan sebagai kereta pertama untuk para siswazah. Dengan harga serendah RM23,367, anda boleh mendapatkan sebuah Axia baharu. Tapi kalau ambil yang paling murah (spesifikasi rendah) pun tak best juga. Seeloknya, ambillah varian GXtra ke atas untuk ciri keselamatan yang lebih menyeluruh. Tapi kalau masih tak cukup bajet, boleh survey harga Axia terpakai di sini.

Apa yang kami suka
Apa yang kami tak suka

mod ECO Driving mampu berjalan sejauh 22.5km bagi setiap liter

Enjin 1.0L – Kuasa kereta yang terhad

Ruang kabin yang agak luas untuk saiznya

Perlukan ruang yang selesa untuk memotong

2022 Proton Saga Premium AT – RM38,800

Antara model tempatan baharu yang mampu milik bagi lepasan universiti adalah Proton Saga 2022. Proton Saga ini bercirikan sedan jadi anda bakal menerima ruangan but yang lebih besar serta mampu mengisi sehingga 5 orang di dalam kereta terutamanya ketika perjalanan jauh. Selain itu, stereng Saga yang sedikit berat membuatkan pemanduannya di selekoh lebih meyakinkan. 

Apa yang kami suka
Apa yang kami tak suka

Handling Proton
Masih guna enjin sama seperti sebelumnya

Interior yang selesa
Ciri keselamatan yang ketinggalan

Tetapi untuk budget yang sama dengan kereta baru, anda boleh mendapatkan lebih banyak variariti dalam pasaran kereta terpakai. Jom kita tengok apa option anda: 

Kereta Terpakai

2016 Perodua Myvi 1.5 SE – RM34,800

Jika anda merasakan harga Myvi terpakai generasi ketiga masih mahal untuk lepasan universiti, anda boleh mendapatkan Myvi generasi terdahulu dengan harga lingkungan RM34,800 sahaja untuk Myvi 1.5L SE (2016). Kalau lihat di jalan raya sekalipun, model Myvi generasi terdahulu masih banyak boleh dijumpai meskipun ada yang sudah berusia lebih 10 tahun. Bak kata orang, tiada lama, maka tiadalah yang baharu.

Untuk melihat Perodua Myvi terpakai, boleh klik disini.

Apa yang kami suka
Apa yang kami tak suka

Tiada masalah alat ganti
Handling seperti membawa ‘sampan’

Ada ciri keselamatan asas lengkap
Sistem infotainment zaman dahulu

2012 Toyota Vios 1.5 J – RM28,999

Kalau nak beli Vios baharu dengan gaji fresh graduate ini agak membebankan juga sebenarnya. Mana taknya, harga Vios bermula dalam sekitar RM77,600. Sebagai gantinya, anda boleh mendapatkan Vios generasi kedua yang jauh lebih murah. Sebagai kereta pertama anda, penting untuk anda memilih kereta yang selesa di samping tahan lama dan Toyota memang terkenal dengan ketahanannya.

Untuk melihat kereta Toyota Vios terpakai, boleh lihat disini

Apa yang kami suka
Apa yang kami tak suka

Mudah mendapatkan alat ganti
Dikenali sebagai Vios Dugong kerana rupa luarannya

Kos pemilikan mampu milik
Kluster meter berada di tengah papan pemuka

2016 Perodua Bezza 1.3 Premium X – RM30,800

Harga sebuah Perodua Bezza baharu bermula daripada RM34,580 hingga RM49,980. Walau bagaimanapun, jika anda mahukan kereta sedan dengan but yang luas, Perodua Bezza terpakai merupakan model yang sesuai. Model ini juga menggunakan enjin 1.3L berbanding 1.0L seperti varian yang lebih rendah.   

Untuk melihat senarai kereta Perodua Bezza terpakai, boleh klik disini.

Apa yang kami suka
Apa yang kami tak suka

But belakang luas (508 liter)
Handling kurang memuaskan

Jimat minyak
Stereng tidak boleh dilaras

Kesimpulan

Anda boleh dapatkan kereta baharu dan terpakai yang terkini dengan harga yang menarik di Carlist.my! Walau bagaimanapun, jangan terlalu teruja dan mengikut kehendak dalam berbelanja. Dengan bajet dibawah RM40,000, kereta terpakai berjenama Mercedes pun boleh didapati. Sebab itu penting untuk pertimbangkan harga pemilikan kenderaan terbabit, bukan hanya sekadar harga jualan.

Bagi mereka yang membeli kereta yang sedikit berusia, anda dinasihatkan untuk mempunyai sedikit simpanan untuk menambah baik spesifikasi kereta terbabit mengikut piawaian kini. Bukan apa, ianya demi keselamatan dan keselesaan anda sebagai pemandu juga. Setiap komponen kenderaan mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri. Pastikan anda menukar dan membaiki komponen tersebut sebelum terlambat! 

Waranty Kereta Terpakai Warranty Smart

Salah satu kelemahan membeli kereta terpakai adalah kebanyakannya tidak dilindungi di bawah waranti pengilang.

Warranty Smart merupakan perlindungan pilihan untuk sebarang pembelian kereta terpakai di bawah umur 10 tahun.

Perlindungan bermula dari RM848 setahun. Baca lebih lanjut mengenai Waranti Smart di sini.

Cara Beli Kereta Idaman Anda Di Carlist

Dengan Bajet RM40,000, anda kini boleh menggunakan ciri carian terperinci Carlist untuk mencari kereta pertama idaman anda yang sempurna:

Pergi ke Carlist.my
Klik pada ‘Pencarian Lebih Lanjut’ di bawah kotak carian
Tapis carian mengikut kehendak anda seperti tahun, harga, jenis kereta dan sebagainya.
Selamat membeli!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language