October 4, 2023
Bagi peminat kereta sports untuk pasaran domestik Jepun atau JDM, tahukah anda dengan bajet sebanyak RM150,000, ada banyak kereta sports JDM terpakai dan recond yang boleh di dapati melalui Carlist.my? Meskipun dunia sedang bergerak ke arah elektrifikasi, model kereta sports JDM (Japanese Domestic Market) masih mempunyai peminatnya yang tersendiri di pasaran negara ini. Kenapa Kereta Sports JDM Disukai Ramai? Kereta sports JDM masih mempunyai tempat di hati rakyat Malaysia atas beberapa sebab, antaranya adalah kerana rata-rata kereta ini menggunakan enjin yang padu dan berkuasa. Daripada RB26DETT hingga 2JZ, SR20DET hingga F20C dan pelbagai variasi di antaranya, enjin prestasi Jepun memang terkenal dengan kehenatannya. Tambahan pula, kebanyakan enjin ini boleh menerima kenaikan kuasa secara besar-besaran dengan agak mudah. Selain itu kereta sports JDM ini juga hadir dengan pelbagai jenis pacuan dan kedudukan enjin seperti pacuan roda belakang, pacuan semua roda, enjin di hadapan dan enjin di pertengahan. Pendek kata, ada kereta sports JDM untuk semua orang. Berikut merupakan 5 kereta sports JDM yang boleh dibeli dengan bajet RM150,000 ke bawah dan masih boleh dibeli secara pinjaman melalui bank: 2016 Subaru Impreza 2.5 WRX A Line – RM145,900 2016 Toyota 86 – RM150,000 2018 Suzuki Swift Sport – RM120,000 (Recond) tapi baharu hanya RM140,000 2016 Mazda MX-5 – RM135,000 – RM150,000 2014 Honda CR-Z – RM57,000 – RM70,000 2016 Subaru Impreza WRX 2.5L Spesifikasi: Enjin:  2.5L Turbo Output: 300 PS & 350 Nm Transmisi: Automatik 5-kelajuan Pacuan: pacuan semua roda (AWD) Subaru Impreza adalah model JDM yang pernah menggegar dunia automotif pada suatu masa dahulu. Model eksport ini biasanya menerima pacuan semua roda, namun pacuan roda hadapan juga tersedia di pasaran domestik Jepun. Sejak siri generasi ketiga, sesetengah pasaran telah menggunakan nama singkatan Subaru WRX untuk varian berprestasi tinggi ini. Untuk model terpakai tahun 2014, model ini boleh didapati pada harga RM145,900. Apa yang kami suka Apa yang kami tak suka AWD sebagai standard Sistem audio yang kurang memuaskan Enjin dan handling yang mengagumkan Penggunaan plastik keras di interior terasa murah Tengok senarai Subaru Impreza WRX di Carlist.my 2016 Toyota 86 / Subaru BRZ 2.0L Spesifikasi Enjin: 2.0L NA Output: 200 PS, 205 Nm Transmisi: Automatik 6-kelajuan/manual 6-kelajuan Pacuan: pacuan roda belakang (RWD) Model seterusnya merupakan model yang sama seperti Subaru BRZ, iaitu Toyota 86. Di Malaysia ia dikenali dengan Toyota 86 berbanding GT86 di eropah dan FT86 untuk konsepnya. Model itu adalah pengganti kepada AE86 hachi roku asal, sebuah Corolla coupe pacuan roda belakang tahun 80-an yang dipopularkan oleh aksi drift dan Initial D. Model ini sering dilihat menjadi pilihan anak muda yang mahu berjinak-jinak dengan sukan drift. Pada awal pelancaran kereta ini di Malaysia, harganya dijual pada RM249,000. Kini model ini boleh dibeli pada harga RM99,000 lebih murah, iaitu pada harga RM150,000. Apa yang kami suka Apa yang kami tak suka Kereta permulaan yang sesuai untuk belajar drift Tork kurang mengancam untuk sebuah kereta sports Reka bentuk simple tapi menarik Stereng yang kosong selain butang hon terasa seperti kereta sports bajet Lihat listing kereta Toyota 86 terpakai di Carlist.my 2018 Suzuki Swift Sport 1.4L Spesifikasi: Enjin: 1.4L Boosterjet Output: 140 PS, 230 Nm Transmisi: Automatik 6-kelajuan Pacuan: pacuan roda hadapan (FWD) Ini merupakan model generasi ketiga dan bukanlah model biasa Swift kerana ia versi Sport atau versi prestasi tinggi. Kehebatan sebenar hot hatch ini bukanlah pada output horsepower, namun lebih kepada tork yang tinggi serta kereta yang ringan untuk dikawal membuatkan ia lincah. Enjin K14C 1.4 liter turbo Boosterjet memang enjin yang jauh lebih padu kalau nak dibandingkan dengan enjin Swift terdahulu yang menggunakan M16A 1.6L NA. Walaupun perbezaan kuasa kudanya tidaklah begitu tinggi, namun anjakan tork kereta ini menyaksikan peningkatan drastik lebih 70 Nm tork. Untuk harga recond kereta ini, ia boleh didapati pada harga RM120,000 untuk model tahun 2018. Walau bagaimanapun, jika anda memiliki bajet RM150,000, anda dinasihatkan untuk membeli sebuah Swift Sport baharu yang tidak jauh beza harganya, iaitu berharga RM145,900 sahaja. Apa yang kami suka Apa yang kami tak suka Seronok untuk dipandu - ringan, tork kuat & handling best Harga agak mahal untuk pakej yang diberikan Platform Heartect yang digunakan meningkatkan kekukuhan chassis serta kestabilan kereta ketika dalam keadaan laju. Tiada ciri keselamatan termaju ADAS Lihat listing Suzuki Sport di Carlist.my 2016 Mazda MX-5 2.0L Spesifikasi: Enjin: 2.0L SkyActiv Output: 160 PS, 200 Nm Transmisi: Automatik 6-kelajuan Pacuan: pacuan roda belakang (RWD) Seterusnya, jika anda tidak begitu gemarkan Toyota 86, mungkin boleh pertimbangkan Mazda MX-5 recond tahun 2016. Untuk perbezaan, model baharu MX-5 ini di Malaysia dijual pada harga mencecah RM264,000 manakala model recond hanya dijual pada harga RM150,000 sahaja. Sebagai kereta sports convertible dua tempat duduk terlaris dalam sejarah, MX-5 telah dipasarkan secara global melebihi satu juta pengeluaran pada awal 2016. Model generasi keempat ini telah menerima beberapa anugerah seperti Anugerah Kereta Terbaik Jepun 2015-2016 dan Anugerah Kereta Terbaik Dunia 2016. Di samping itu, kereta itu adalah asas untuk Fiat 124 Spider dan Abarth 124 Spider. Apa yang kami suka Apa yang kami tak suka Convertible roadster dengan soft top Ruang kepala yang sempit untuk orang tinggi reka bentuk dalaman dan luaran yang kemas Tak begitu laju untuk sebuah kereta sports Lihat listing Mazda MX-5 di Carlist.my 2014 Honda CR-Z 1.5L hibrid Spesifikasi: Enjin: 1.5 litre i-VTEC Output: 135 PS, 172 Nm Transmisi: Automatik 7 kelajuan/manual 6-kelajuan Pacuan: pacuan roda hadapan (FWD) Honda CR-Z ialah kereta elektrik hibrid kompak sports yang dikeluarkan oleh Honda dan dipasarkan sebagai sport hybrid coupe. Model ini menggabungkan petrol-elektrik hibrid dengan elemen kereta sports tradisional, termasuk 2 +2 susunan tempat duduk serta transmisi manual 6-kelajuan atau CVT. Ketika dilancarkan, model ini dijual pada harga RM119,000. Kini anda boleh mendapatkan model ini pada harga bawah RM60,000 sahaja untuk model terpakai tahun 2014. Apa yang kami suka Apa yang kami tak suka Reka bentuk yang segar Kos baik pulih hibrid yang mahal seperti cooling fan (RM500-RM700), Inverter (RM3,000-RM7,000), bateri hibrid (RM5,500 – RM6,500) Mudah dikawal, nimble dan lincah Pandangan belakang yang kurang jelas Lihat listing Honda CR-Z di Carlist.my Kesimpulan Banyak sebenarnya kereta sports JDM yang boleh diperolehi melalui Carlist.my dengan bajet di bawah RM150,000. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mencari kereta yang belum mencecah usia lebih 10 tahun untuk memudahkan proses pinjaman bank. Jika anda mahu membuat pinjaman, anda digalakkan untuk membeli kereta recond berbanding kereta terpakai kerana pinjaman kereta anda akan dikenakan caj faedah yang lebih rendah, seakan kereta baharu berbanding kereta terpakai. Bagi mereka yang membeli kereta yang sedikit berusia, anda dinasihatkan untuk mempunyai sedikit simpanan untuk menambah baik spesifikasi kereta terbabit mengikut piawaian kini. Bukan apa, ianya demi keselamatan dan keselesaan anda sebagai pemandu juga. Setiap komponen kenderaan mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri. Pastikan anda menukar dan membaiki komponen tersebut sebelum terlambat! Warranty Kereta Terpakai: Warranty Smart Salah satu kelemahan membeli kereta terpakai adalah kebanyakannya tidak dilindungi di bawah waranti pengilang. Warranty Smart merupakan perlindungan pilihan untuk sebarang pembelian kereta terpakai di bawah umur 10 tahun. Perlindungan bermula dari RM848 setahun. Baca lebih lanjut mengenai Waranti Smart di sini. Cara Beli Kereta Idaman Di Carlist.my Dengan Bajet RM150,000, anda kini boleh menggunakan ciri carian terperinci Carlist untuk mencari kereta sports JDM idaman anda yang sempurna. Ikuti cara ini: Pergi ke Carlist.my Klik pada 'Pencarian Lebih Lanjut' di bawah kotak carian Tapis carian mengikut kehendak anda seperti tahun, harga, jenis kereta dan sebagainya. Selamat membeli!

Bagi peminat kereta sports untuk pasaran domestik Jepun atau JDM, tahukah anda dengan bajet sebanyak RM150,000, ada banyak kereta sports JDM terpakai dan recond yang boleh di dapati melalui Carlist.my?

Meskipun dunia sedang bergerak ke arah elektrifikasi, model kereta sports JDM (Japanese Domestic Market) masih mempunyai peminatnya yang tersendiri di pasaran negara ini.

Kenapa Kereta Sports JDM Disukai Ramai?

Kereta sports JDM masih mempunyai tempat di hati rakyat Malaysia atas beberapa sebab, antaranya adalah kerana rata-rata kereta ini menggunakan enjin yang padu dan berkuasa. Daripada RB26DETT hingga 2JZ, SR20DET hingga F20C dan pelbagai variasi di antaranya, enjin prestasi Jepun memang terkenal dengan kehenatannya. Tambahan pula, kebanyakan enjin ini boleh menerima kenaikan kuasa secara besar-besaran dengan agak mudah.

Selain itu kereta sports JDM ini juga hadir dengan pelbagai jenis pacuan dan kedudukan enjin seperti pacuan roda belakang, pacuan semua roda, enjin di hadapan dan enjin di pertengahan. Pendek kata, ada kereta sports JDM untuk semua orang.

Berikut merupakan 5 kereta sports JDM yang boleh dibeli dengan bajet RM150,000 ke bawah dan masih boleh dibeli secara pinjaman melalui bank:

2016 Subaru Impreza 2.5 WRX A Line – RM145,900
2016 Toyota 86 – RM150,000
2018 Suzuki Swift Sport – RM120,000 (Recond) tapi baharu hanya RM140,000
2016 Mazda MX-5 – RM135,000 – RM150,000
2014 Honda CR-Z – RM57,000 – RM70,000

2016 Subaru Impreza WRX 2.5L

Spesifikasi:

Enjin:  2.5L Turbo
Output: 300 PS & 350 Nm
Transmisi: Automatik 5-kelajuan
Pacuan: pacuan semua roda (AWD)

Subaru Impreza adalah model JDM yang pernah menggegar dunia automotif pada suatu masa dahulu. Model eksport ini biasanya menerima pacuan semua roda, namun pacuan roda hadapan juga tersedia di pasaran domestik Jepun.

Sejak siri generasi ketiga, sesetengah pasaran telah menggunakan nama singkatan Subaru WRX untuk varian berprestasi tinggi ini. Untuk model terpakai tahun 2014, model ini boleh didapati pada harga RM145,900.

Apa yang kami suka
Apa yang kami tak suka

AWD sebagai standard
Sistem audio yang kurang memuaskan

Enjin dan handling yang mengagumkan
Penggunaan plastik keras di interior terasa murah

Tengok senarai Subaru Impreza WRX di Carlist.my

2016 Toyota 86 / Subaru BRZ 2.0L

Spesifikasi

Enjin: 2.0L NA
Output: 200 PS, 205 Nm
Transmisi: Automatik 6-kelajuan/manual 6-kelajuan
Pacuan: pacuan roda belakang (RWD)

Model seterusnya merupakan model yang sama seperti Subaru BRZ, iaitu Toyota 86. Di Malaysia ia dikenali dengan Toyota 86 berbanding GT86 di eropah dan FT86 untuk konsepnya. Model itu adalah pengganti kepada AE86 hachi roku asal, sebuah Corolla coupe pacuan roda belakang tahun 80-an yang dipopularkan oleh aksi drift dan Initial D.

Model ini sering dilihat menjadi pilihan anak muda yang mahu berjinak-jinak dengan sukan drift. Pada awal pelancaran kereta ini di Malaysia, harganya dijual pada RM249,000. Kini model ini boleh dibeli pada harga RM99,000 lebih murah, iaitu pada harga RM150,000.

Apa yang kami suka
Apa yang kami tak suka

Kereta permulaan yang sesuai untuk belajar drift
Tork kurang mengancam untuk sebuah kereta sports

Reka bentuk simple tapi menarik
Stereng yang kosong selain butang hon terasa seperti kereta sports bajet

Lihat listing kereta Toyota 86 terpakai di Carlist.my

2018 Suzuki Swift Sport 1.4L

Spesifikasi:

Enjin: 1.4L Boosterjet
Output: 140 PS, 230 Nm
Transmisi: Automatik 6-kelajuan
Pacuan: pacuan roda hadapan (FWD)

Ini merupakan model generasi ketiga dan bukanlah model biasa Swift kerana ia versi Sport atau versi prestasi tinggi. Kehebatan sebenar hot hatch ini bukanlah pada output horsepower, namun lebih kepada tork yang tinggi serta kereta yang ringan untuk dikawal membuatkan ia lincah.

Enjin K14C 1.4 liter turbo Boosterjet memang enjin yang jauh lebih padu kalau nak dibandingkan dengan enjin Swift terdahulu yang menggunakan M16A 1.6L NA. Walaupun perbezaan kuasa kudanya tidaklah begitu tinggi, namun anjakan tork kereta ini menyaksikan peningkatan drastik lebih 70 Nm tork. Untuk harga recond kereta ini, ia boleh didapati pada harga RM120,000 untuk model tahun 2018.

Walau bagaimanapun, jika anda memiliki bajet RM150,000, anda dinasihatkan untuk membeli sebuah Swift Sport baharu yang tidak jauh beza harganya, iaitu berharga RM145,900 sahaja.

Apa yang kami suka
Apa yang kami tak suka

Seronok untuk dipandu – ringan, tork kuat & handling best
Harga agak mahal untuk pakej yang diberikan

Platform Heartect yang digunakan meningkatkan kekukuhan chassis serta kestabilan kereta ketika dalam keadaan laju.

Tiada ciri keselamatan termaju ADAS

Lihat listing Suzuki Sport di Carlist.my

2016 Mazda MX-5 2.0L

Spesifikasi:

Enjin: 2.0L SkyActiv
Output: 160 PS, 200 Nm
Transmisi: Automatik 6-kelajuan
Pacuan: pacuan roda belakang (RWD)

Seterusnya, jika anda tidak begitu gemarkan Toyota 86, mungkin boleh pertimbangkan Mazda MX-5 recond tahun 2016. Untuk perbezaan, model baharu MX-5 ini di Malaysia dijual pada harga mencecah RM264,000 manakala model recond hanya dijual pada harga RM150,000 sahaja.

Sebagai kereta sports convertible dua tempat duduk terlaris dalam sejarah, MX-5 telah dipasarkan secara global melebihi satu juta pengeluaran pada awal 2016. Model generasi keempat ini telah menerima beberapa anugerah seperti Anugerah Kereta Terbaik Jepun 2015-2016 dan Anugerah Kereta Terbaik Dunia 2016. Di samping itu, kereta itu adalah asas untuk Fiat 124 Spider dan Abarth 124 Spider.

Apa yang kami suka
Apa yang kami tak suka

Convertible roadster dengan soft top

Ruang kepala yang sempit untuk orang tinggi

reka bentuk dalaman dan luaran yang kemas
Tak begitu laju untuk sebuah kereta sports

Lihat listing Mazda MX-5 di Carlist.my

2014 Honda CR-Z 1.5L hibrid

Spesifikasi:

Enjin: 1.5 litre i-VTEC
Output: 135 PS, 172 Nm
Transmisi: Automatik 7 kelajuan/manual 6-kelajuan
Pacuan: pacuan roda hadapan (FWD)

Honda CR-Z ialah kereta elektrik hibrid kompak sports yang dikeluarkan oleh Honda dan dipasarkan sebagai sport hybrid coupe. Model ini menggabungkan petrol-elektrik hibrid dengan elemen kereta sports tradisional, termasuk 2 +2 susunan tempat duduk serta transmisi manual 6-kelajuan atau CVT.

Ketika dilancarkan, model ini dijual pada harga RM119,000. Kini anda boleh mendapatkan model ini pada harga bawah RM60,000 sahaja untuk model terpakai tahun 2014.

Apa yang kami suka
Apa yang kami tak suka

Reka bentuk yang segar

Kos baik pulih hibrid yang mahal seperti cooling fan (RM500-RM700), Inverter (RM3,000-RM7,000), bateri hibrid (RM5,500 – RM6,500)

Mudah dikawal, nimble dan lincah

Pandangan belakang yang kurang jelas

Lihat listing Honda CR-Z di Carlist.my

Kesimpulan

Banyak sebenarnya kereta sports JDM yang boleh diperolehi melalui Carlist.my dengan bajet di bawah RM150,000. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mencari kereta yang belum mencecah usia lebih 10 tahun untuk memudahkan proses pinjaman bank.

Jika anda mahu membuat pinjaman, anda digalakkan untuk membeli kereta recond berbanding kereta terpakai kerana pinjaman kereta anda akan dikenakan caj faedah yang lebih rendah, seakan kereta baharu berbanding kereta terpakai.

Bagi mereka yang membeli kereta yang sedikit berusia, anda dinasihatkan untuk mempunyai sedikit simpanan untuk menambah baik spesifikasi kereta terbabit mengikut piawaian kini. Bukan apa, ianya demi keselamatan dan keselesaan anda sebagai pemandu juga. Setiap komponen kenderaan mempunyai jangka hayatnya yang tersendiri. Pastikan anda menukar dan membaiki komponen tersebut sebelum terlambat!

Warranty Kereta Terpakai: Warranty Smart

Salah satu kelemahan membeli kereta terpakai adalah kebanyakannya tidak dilindungi di bawah waranti pengilang.

Warranty Smart merupakan perlindungan pilihan untuk sebarang pembelian kereta terpakai di bawah umur 10 tahun.

Perlindungan bermula dari RM848 setahun. Baca lebih lanjut mengenai Waranti Smart di sini.

Cara Beli Kereta Idaman Di Carlist.my

Dengan Bajet RM150,000, anda kini boleh menggunakan ciri carian terperinci Carlist untuk mencari kereta sports JDM idaman anda yang sempurna. Ikuti cara ini:

Pergi ke Carlist.my
Klik pada ‘Pencarian Lebih Lanjut’ di bawah kotak carian
Tapis carian mengikut kehendak anda seperti tahun, harga, jenis kereta dan sebagainya.
Selamat membeli!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language