December 2, 2022
Jika anda merasakan jalan raya di bandar-bandar semakin teruk, itu kerana jalan itu telah mencapai tarih luputnya atau expired! Menurut Menteri Kanan Kerja Raya Fadillah Yusof, kira-kira 60% Jalan Persekutuan di negara ini sudah rosak atau luput tempoh hayatnya dan perlu diperbaiki dengan keperluan peruntukan kira-kira RM3 bilion. Kos Baik Pulih Tinggi Memandangkan peruntukan yang tinggi diperlukan, Fadillah berkata pihaknya sedang mengadakan rundingan dengan syarikat konsesi selain mendapatkan maklum balas dari semua kementerian mengenai hala tuju pembinaan dan pembaikan semula jalan yang sudah luput tempoh hayat itu. “Sebab itu, kita nak bekerjasama dengan beberapa pihak dan pendekatan kita adalah pelbagai namun yang penting kita kena bina baharu (jalan) supaya keselesaan serta keselamatan jalan itu terjamin kepada pengguna,” katanya. *Kredit foto: MBS Peruntukan 130 Juta Baik Pulih Laluan Kaki Lima Fadillah mendedahkan sejumlah RM130 juta peruntukan tambahan telah diluluskan Kementerian Kewangan bagi kerja-kerja penyenggaraan berkala pavemen di jalan persekutuan seluruh negara secara one-off pada 13 September lepas. Katanya kelulusan peruntukan tambahan ini adalah bukti kerajaan persekutuan prihatin dalam isu berkaitan penyenggaraan infrastruktur negara, khususnya jalan raya seterusnya membuka peluang perniagaan kepada kontraktor kecil khususnya gred G1 hingga G4. Beliau berkata semua peruntukan telah selesai ditawarkan kepada kontraktor di negeri semenanjung melalui 180 kerja bernilai RM113 juta dan RM17 juta lagi disalurkan kepada kontraktor di Sabah, Sarawak dan Labuan melalui 17 kerja. “Kesemua kerja-kerja ini dianggarkan dapat disiapkan dalam tempoh sebulan setengah atau pada November depan,” katanya

Jika anda merasakan jalan raya di bandar-bandar semakin teruk, itu kerana jalan itu telah mencapai tarih luputnya atau expired!

Menurut Menteri Kanan Kerja Raya Fadillah Yusof, kira-kira 60% Jalan Persekutuan di negara ini sudah rosak atau luput tempoh hayatnya dan perlu diperbaiki dengan keperluan peruntukan kira-kira RM3 bilion.

Kos Baik Pulih Tinggi

Memandangkan peruntukan yang tinggi diperlukan, Fadillah berkata pihaknya sedang mengadakan rundingan dengan syarikat konsesi selain mendapatkan maklum balas dari semua kementerian mengenai hala tuju pembinaan dan pembaikan semula jalan yang sudah luput tempoh hayat itu.

“Sebab itu, kita nak bekerjasama dengan beberapa pihak dan pendekatan kita adalah pelbagai namun yang penting kita kena bina baharu (jalan) supaya keselesaan serta keselamatan jalan itu terjamin kepada pengguna,” katanya.

*Kredit foto: MBS

Peruntukan 130 Juta Baik Pulih Laluan Kaki Lima

Fadillah mendedahkan sejumlah RM130 juta peruntukan tambahan telah diluluskan Kementerian Kewangan bagi kerja-kerja penyenggaraan berkala pavemen di jalan persekutuan seluruh negara secara one-off pada 13 September lepas.

Katanya kelulusan peruntukan tambahan ini adalah bukti kerajaan persekutuan prihatin dalam isu berkaitan penyenggaraan infrastruktur negara, khususnya jalan raya seterusnya membuka peluang perniagaan kepada kontraktor kecil khususnya gred G1 hingga G4.

Beliau berkata semua peruntukan telah selesai ditawarkan kepada kontraktor di negeri semenanjung melalui 180 kerja bernilai RM113 juta dan RM17 juta lagi disalurkan kepada kontraktor di Sabah, Sarawak dan Labuan melalui 17 kerja.

“Kesemua kerja-kerja ini dianggarkan dapat disiapkan dalam tempoh sebulan setengah atau pada November depan,” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language