Categories
Auto news

62 Lokaliti Di Klang Berkemungkinan Banjir – Risiko Berterusan Hingga Disember

Sebanyak 62 lokaliti di daerah Klang berisiko terdedah dengan banjir ekoran fenomena air laut pasang besar dan monsun timur laut yang sedang berlaku pada bulan ini sehingga Disember depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang Shahman Jalaludin berkata situasi yang akan membabitkan lebih 10,000 penduduk itu, akan melibatkan kawasan seperti:

Kampung Telok Gong
Sungai Serdang
Kampung Tok Muda
Pulau Indah

Punca Banjir Berlaku

Walaupun 62 lokaliti di daerah Klang dikenal pasti berisiko untuk banjir, namun ia akan berlaku sekiranya air pasang besar itu bertembung dengan air hujan. Jika berlaku air pasang besar tanpa hujan, keadaan akan menjadi terkawal.

Namun Shahman menyatakan kerisauan beliau pada bulan Oktober dan November kerana pada waktu itu, hujan akan bertembung dengan air pasang besar dan potensi untuk berlaku banjir adalah lebih tinggi.

Shahman berkata berdasarkan laporan tinjauan cuaca bagi tempoh September 2022 hingga Februari 2023 yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, Selangor dijangka akan menghadapi peralihan monsun barat daya kepada monsun timur laut.

Peralihan Monsun Di Selangor

Peralihan monsun ini dijangka akan membawa kepada peningkatan jumlah penerimaan hujan di antara 100 hingga 400 milimeter secara purata mulai pertengahan bulan ini dan berisiko terjadinya bencana banjir.

“Pada tempoh sama, fenomena air pasang besar dijangka berlaku di kawasan persisir laut sepanjang Pelabuhan Klang. Berdasarkan ramalan dikeluarkan Pusat Hidrografi Nasional di Pulau Indah, paras air laut tertinggi dijangka mencapai paras 5.5 meter,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua fenomena tersebut boleh menyebabkan air laut melimpah masuk ke sekitar kawasan penempatan dan membawa kepada risiko bencana banjir di kawasan penempatan penduduk.

Susulan itu, Shahman meminta mereka yang tinggal berdekatan atau terdedah dengan risiko banjir, untuk sentiasa peka dengan situasi serta cuaca dan mematuhi arahan sekiranya diarah berpindah oleh pihak berkuasa.

Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komuniti (CERT)

Shahman berkata jawatankuasa itu turut merangka pelaksanaan program pemerkasaan komuniti seperti menubuhkan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komuniti (CERT), yang melibatkan pelbagai peringkat komuniti setempat.

“Pasukan CERT ini akan diberikan latihan dan kemahiran asas pengurusan bencana peringkat komuniti oleh agensi kerajaan, antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan Polis Diraja Malaysia, yang akan dilaksanakan pada 18 Sept ini di Taman Sri Muda manakala 24 dan 25 Sept di Pulau Ketam,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language