December 8, 2022
Ekoran pelbagai masalah yang dihadapi oleh LRT Kelana Jaya sejak akhir-akhir ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata tujuh daripada 23 inisiatif jangka panjang bagi menambah baik perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya sedang giat dijalankan dan dijangka siap akhir tahun ini. Pada 24 Mei lalu, sebuah tren LRT Kelana Jaya gagal berfungsi kerana bekalan kuasa terputus pada 8.36 pagi menyebabkan perkhidmatan tren mengarah ke Putra Heights di Stesen Taman Jaya terhenti sementara yang menyebabkan kesesakan bagi pengguna yang mahu keluar ke tempat kerja. Kalau diikutkan, ini adalah kali ketiga perkhidmatan LRT ini mengalami gangguan pada bulan ini. Dengan masalah jalan raya yang makin sesak dan perkhidmatan pengangkutan awam yang semakin teruk, Wee tampil menjelaskan segala perancangan untuk memastikan tahap keselamatan dan kebolehpercayaan penumpang pada pengangkutan awam dapat ditingkatkan. 7 Inisiatif Jangka Panjang Tambah Baik LRT Kelana Jaya Menurut Wee, sebanyak RM450 juta telah diperuntukkan untuk memastikan peristiwa pelanggaran tren LRT dalam terowong laluan Kelana Jaya pada 24 Mei tahun lalu tidak berulang. Insiden tersebut telah menyebabkan 166 penumpang cedera ringan manakala 47 lagi parah. Oleh itu, peruntukan tersebut digunakan untuk menambah baik sistem laluan Kelana Jaya yang menggunakan sistem lama. Daripada RM450 juta, sebanyak 80% atau RM350 juta adalah untuk sistem pengesanan tren elektronik time-out dan tren boleh dikesan dari jauh. Kursus latihan dan pensijilan semula secara berkala bagi mengekalkan kecekapan pengawal pusat kawalan operasi (OCC dan hostler). Melaksanakan kajian dan penilaian RAMS (kebolehpercayaan, ketersediaan, penyelenggaraan dan keselamatan) ke atas sistem tren dan aset Prasarana serta Rapid Rail. Memperkenalkan hot-button untuk mempermudahkan kawalan OCC ke atas tren semasa situasi kritikal. Pemasangan kamera litar tertutup di dalam OCC (siap pada Julai 2021) Meningkatkan tahap boleh lihat penanda sektor landasan dan pemasangan papan tanda di dalam terowong (siap pada November 2021) Menaik taraf sistem komunikasi radio kepada digital sepenuhnya yang akan bermula pada suku keempat tahun ini. *Kredit foto: Harian Metro Insiden pelanggaran kedua-dua tren LRT pada tahun lalu merupakan kemalangan pertama yang berlaku di laluan Kelana Jaya sejak perkhidmatannya bermula pada 1998 dan diharap tidak akan berulang lagi.    

Ekoran pelbagai masalah yang dihadapi oleh LRT Kelana Jaya sejak akhir-akhir ini, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata tujuh daripada 23 inisiatif jangka panjang bagi menambah baik perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya sedang giat dijalankan dan dijangka siap akhir tahun ini.

Pada 24 Mei lalu, sebuah tren LRT Kelana Jaya gagal berfungsi kerana bekalan kuasa terputus pada 8.36 pagi menyebabkan perkhidmatan tren mengarah ke Putra Heights di Stesen Taman Jaya terhenti sementara yang menyebabkan kesesakan bagi pengguna yang mahu keluar ke tempat kerja.

Kalau diikutkan, ini adalah kali ketiga perkhidmatan LRT ini mengalami gangguan pada bulan ini. Dengan masalah jalan raya yang makin sesak dan perkhidmatan pengangkutan awam yang semakin teruk, Wee tampil menjelaskan segala perancangan untuk memastikan tahap keselamatan dan kebolehpercayaan penumpang pada pengangkutan awam dapat ditingkatkan.

7 Inisiatif Jangka Panjang Tambah Baik LRT Kelana Jaya

Menurut Wee, sebanyak RM450 juta telah diperuntukkan untuk memastikan peristiwa pelanggaran tren LRT dalam terowong laluan Kelana Jaya pada 24 Mei tahun lalu tidak berulang. Insiden tersebut telah menyebabkan 166 penumpang cedera ringan manakala 47 lagi parah.

Oleh itu, peruntukan tersebut digunakan untuk menambah baik sistem laluan Kelana Jaya yang menggunakan sistem lama.

Daripada RM450 juta, sebanyak 80% atau RM350 juta adalah untuk sistem pengesanan tren elektronik time-out dan tren boleh dikesan dari jauh.
Kursus latihan dan pensijilan semula secara berkala bagi mengekalkan kecekapan pengawal pusat kawalan operasi (OCC dan hostler).
Melaksanakan kajian dan penilaian RAMS (kebolehpercayaan, ketersediaan, penyelenggaraan dan keselamatan) ke atas sistem tren dan aset Prasarana serta Rapid Rail.
Memperkenalkan hot-button untuk mempermudahkan kawalan OCC ke atas tren semasa situasi kritikal.
Pemasangan kamera litar tertutup di dalam OCC (siap pada Julai 2021)
Meningkatkan tahap boleh lihat penanda sektor landasan dan pemasangan papan tanda di dalam terowong (siap pada November 2021)
Menaik taraf sistem komunikasi radio kepada digital sepenuhnya yang akan bermula pada suku keempat tahun ini.

*Kredit foto: Harian Metro

Insiden pelanggaran kedua-dua tren LRT pada tahun lalu merupakan kemalangan pertama yang berlaku di laluan Kelana Jaya sejak perkhidmatannya bermula pada 1998 dan diharap tidak akan berulang lagi.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language