December 5, 2022
Masih tertanya-tanya sama ada anda perlu membeli Honda City Hatchback atau tidak? Jom kami senaraikan antara sebab kenapa anda patut beli kereta ini. Pada April lalu, Carlist.my telah diberi peluang untuk menyertai All-New City Hatchback Media Test Drive anjuran Honda Malaysia yang berlangsung di Langkawi bagi memandu uji sendiri jentera ini. Sejujurnya, Honda City Hatchback memang wajar untuk dibeli! Tetapi sebelum nak beli, kena tahu harga dulu. Honda City Hatchback 2022 ditawarkan dalam 5 varian seperti: 1.5L S: RM75,669.45 1.5L E: RM83,075.73 1.5L V: RM 87,856.36 1.5L V-SENSING: RM91,708.51 1.5L RS: RM107,783.09 Kalau harga yang ditawarkan masih di dalam bajet anda, rujuk senarai dibawah untuk sebab-sebab mengapa anda patut beli Honda City Hatchback berbanding pesaingnya. Sebab-Sebab Patut Beli City Hatchback 1. Rekaan luaran dan dalaman yang menarik Lampu LED utama yang lebih agresif dengan rekaan esklusif.  Lekuk dan garis badan yang jelas dan bersambung terus ke lampu LED belakang. Rekaan kabin moden yang luas dan selesa Corong penyaman udara di bahagian belakang (Varian RS) Tempat duduk baldu dengan kemasan dan jahitan merah (Varian RS) 2. Sambungan Apple CarPlay, Android Auto Secanggih dan sebesar mana pun paparan infotainmen di dalam kereta, jika ia tidak mempunyai sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, tak guna juga. Dengan sambungan ini, kawalan audio dan navigasi akan menjadi lebih lancar. Honda City Hatchback menawarkan sambungan ini untuk varian E, V, V-SENSING dan RS.   3. Kereta Hibrid Bagi mereka yang sukakan kereta hibrid, untuk varian RS e:HEV, ia tampil dengan sistem hibrid dua motor yang menawarkan mod pemanduan EV, hibrid dan enjin yang akan bertukar secara bergilir-gilir mengikut keadaan pemanduan. Ia juga hadir dengan Deceleration Selector Paddle yang membolehkan pemandu mengawal tahap engine braking untuk memperlahankan kenderaan tanpa mengguna brek. Hasil daripada penggunaan engine braking ini juga akan digunakan untuk mengecas semula motor elektrik. 4. Kuasa yang padu Untuk varian RS, ia dilengkapi dengan enjin 1.5 liter i-VTEC kitaran-Atkinson yang digandingkan bersama dua motor elektrik (MGU) yang menghasilkan 109 PS dan 253 Nm tork bersamaan dengan prestasi tork enjin Naturally Aspirated segmen-D. Berbanding pesaingnya, City Hatchback mempunyai nilai tork yang paling tinggi di dalam kelasnya. Untuk perbandingan, Toyota Yaris hanya memiliki output sebanyak 107 PS dan 140 Nm tork.  5. Praktikal Meskipun diperkenalkan sebagai pengganti Jazz di Malaysia, namun fungsi kerusi ULTRA yang sememangnya popular dengan Honda Jazz turut dikekalkan pada Honda City Hatchback. Ini membuatkan proses membawa barang besar menggunakan kereta menjadi lebih mudah especially bila anda bercuti bersama keluarga di Langkawi nanti!  Jangan ingat kereta hatchback macam City Hatchback tiada ruang kargo yang luas. Dengan kerusi ULTRA, ia mampu memberi lebih ruang kargo berbanding Honda City Sedan. Berikut merupakan konfigurasi ULTRA seat: Utiliti (Utility) - Kerusi belakang boleh direbahkan sepenuhnya. Panjang (Long) - Kerusi penumpang depan dan kerusi belakang direbahkan untuk memuatkan barangan saiz panjang Tinggi (Tall) - Boleh memuatkan barangan tinggi Segar Semula (Refresh) - Rebahkan dua kerusi depan ke belakang, dan duduk bersantai di belakang 6. Honda SENSING Ciri keselamatan untuk City Hatchback ini juga hadir dengan ciri keselamatan terkini seperti Honda LaneWatch, Electric Parking Brake (EPB), Remote Engine Start dan Honda SENSING yang merangkumi: Adaptive Cruise Control (ACC) Collision Mitigation Braking System (CMBS) Forward Collision Warning (FCW) Lane Keep Assist System (LKAS) Road Departure Mitigation (RDM) Lane Departure Warning (LDW) Auto High Beam (AHB) 7. Honda CONNECT Untuk mereka yang mahukan kereta dengan teknologi keselamatan yang canggih seperti di dalam filem sci-fi, City Hatchback varian RS menawarkan aplikasi Honda CONNECT yang membuatkan pemilik berasa amat dekat dengan jenteranya seperti: Pengesanan pelanggaran automatik – Kereta akan mengesan jika kemalangan berlaku dan akan menghubungi bantuan untuk memastikan pemandu mendapat bantuan yang diperlukan tanpa menunggu lama. Pengesan penggera keselamatan – Jika berbunyi, amaran tetap akan diberikan kepada pemilik walaupun pemilik berada jauh dari kereta Peringatan kelajuan – jika kereta anda dipinjamkan, Honda CONNECT akan memberitahu anda jika kereta tersebut bergerak melebihi had laju yang ditetapkan. Fungsi lain Honda CONNECT: Find My Car Geo-fencing Alert Emergency Call Car Status Remote Vehicle Control: hidup dan matikan enjin, kawalan penyaman udara, kawalan kunci pintu dan kawalan lampu Peringatan Servis 8. Badan kereta lebih kukuh, selesa Honda telah telah berjaya menjadikan badan City Hatchback 6% lebih kukuh berbanding Jazz bagi menawarkan kerangka berketegaran tinggi untuk keselamatan jika berlaku pelanggaran. Tiang A dan B City Hatchback juga diisi dengan semburan busa polyurethane bagi memberikan kabin yang lebih senyap kepada pemandu dan penumpang. Selain itu, bahan penyerap bunyi dengan pelbagai ketebalan dipasang pada bahagian bawah ruang enjin untuk mengurangkan bunyi dan ketegaran. Kawalan impak G-Force pada badan kereta ketika pelanggaran berlaku mampu mengurangkan tahap kecederaan penumpang. Berikut merupakan antara sebab-sebab mengapa City Hatchback ini patut untuk dimiliki. Untuk penilaian yang lebih tepat, anda dinasihatkan untuk memandu uji sendiri Honda City Hatchback ini sebelum membeli.

Masih tertanya-tanya sama ada anda perlu membeli Honda City Hatchback atau tidak? Jom kami senaraikan antara sebab kenapa anda patut beli kereta ini.

Pada April lalu, Carlist.my telah diberi peluang untuk menyertai All-New City Hatchback Media Test Drive anjuran Honda Malaysia yang berlangsung di Langkawi bagi memandu uji sendiri jentera ini. Sejujurnya, Honda City Hatchback memang wajar untuk dibeli!

Tetapi sebelum nak beli, kena tahu harga dulu. Honda City Hatchback 2022 ditawarkan dalam 5 varian seperti:

1.5L S: RM75,669.45
1.5L E: RM83,075.73
1.5L V: RM 87,856.36
1.5L V-SENSING: RM91,708.51
1.5L RS: RM107,783.09

Kalau harga yang ditawarkan masih di dalam bajet anda, rujuk senarai dibawah untuk sebab-sebab mengapa anda patut beli Honda City Hatchback berbanding pesaingnya.

Sebab-Sebab Patut Beli City Hatchback

1. Rekaan luaran dan dalaman yang menarik

Lampu LED utama yang lebih agresif dengan rekaan esklusif. 
Lekuk dan garis badan yang jelas dan bersambung terus ke lampu LED belakang.
Rekaan kabin moden yang luas dan selesa
Corong penyaman udara di bahagian belakang (Varian RS)
Tempat duduk baldu dengan kemasan dan jahitan merah (Varian RS)

2. Sambungan Apple CarPlay, Android Auto

Secanggih dan sebesar mana pun paparan infotainmen di dalam kereta, jika ia tidak mempunyai sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, tak guna juga. Dengan sambungan ini, kawalan audio dan navigasi akan menjadi lebih lancar.

Honda City Hatchback menawarkan sambungan ini untuk varian E, V, V-SENSING dan RS.  

3. Kereta Hibrid

Bagi mereka yang sukakan kereta hibrid, untuk varian RS e:HEV, ia tampil dengan sistem hibrid dua motor yang menawarkan mod pemanduan EV, hibrid dan enjin yang akan bertukar secara bergilir-gilir mengikut keadaan pemanduan.

Ia juga hadir dengan Deceleration Selector Paddle yang membolehkan pemandu mengawal tahap engine braking untuk memperlahankan kenderaan tanpa mengguna brek. Hasil daripada penggunaan engine braking ini juga akan digunakan untuk mengecas semula motor elektrik.

4. Kuasa yang padu

Untuk varian RS, ia dilengkapi dengan enjin 1.5 liter i-VTEC kitaran-Atkinson yang digandingkan bersama dua motor elektrik (MGU) yang menghasilkan 109 PS dan 253 Nm tork bersamaan dengan prestasi tork enjin Naturally Aspirated segmen-D.

Berbanding pesaingnya, City Hatchback mempunyai nilai tork yang paling tinggi di dalam kelasnya. Untuk perbandingan, Toyota Yaris hanya memiliki output sebanyak 107 PS dan 140 Nm tork. 

5. Praktikal

Meskipun diperkenalkan sebagai pengganti Jazz di Malaysia, namun fungsi kerusi ULTRA yang sememangnya popular dengan Honda Jazz turut dikekalkan pada Honda City Hatchback. Ini membuatkan proses membawa barang besar menggunakan kereta menjadi lebih mudah especially bila anda bercuti bersama keluarga di Langkawi nanti! 

Jangan ingat kereta hatchback macam City Hatchback tiada ruang kargo yang luas. Dengan kerusi ULTRA, ia mampu memberi lebih ruang kargo berbanding Honda City Sedan. Berikut merupakan konfigurasi ULTRA seat:

Utiliti (Utility) – Kerusi belakang boleh direbahkan sepenuhnya.

Panjang (Long) – Kerusi penumpang depan dan kerusi belakang direbahkan untuk memuatkan barangan saiz panjang

Tinggi (Tall) – Boleh memuatkan barangan tinggi

Segar Semula (Refresh) – Rebahkan dua kerusi depan ke belakang, dan duduk bersantai di belakang

6. Honda SENSING

Ciri keselamatan untuk City Hatchback ini juga hadir dengan ciri keselamatan terkini seperti Honda LaneWatch, Electric Parking Brake (EPB), Remote Engine Start dan Honda SENSING yang merangkumi:

Adaptive Cruise Control (ACC)
Collision Mitigation Braking System (CMBS)
Forward Collision Warning (FCW)
Lane Keep Assist System (LKAS)
Road Departure Mitigation (RDM)
Lane Departure Warning (LDW)
Auto High Beam (AHB)

7. Honda CONNECT

Untuk mereka yang mahukan kereta dengan teknologi keselamatan yang canggih seperti di dalam filem sci-fi, City Hatchback varian RS menawarkan aplikasi Honda CONNECT yang membuatkan pemilik berasa amat dekat dengan jenteranya seperti:

Pengesanan pelanggaran automatik – Kereta akan mengesan jika kemalangan berlaku dan akan menghubungi bantuan untuk memastikan pemandu mendapat bantuan yang diperlukan tanpa menunggu lama.
Pengesan penggera keselamatan – Jika berbunyi, amaran tetap akan diberikan kepada pemilik walaupun pemilik berada jauh dari kereta
Peringatan kelajuan – jika kereta anda dipinjamkan, Honda CONNECT akan memberitahu anda jika kereta tersebut bergerak melebihi had laju yang ditetapkan.

Fungsi lain Honda CONNECT:

Find My Car
Geo-fencing Alert
Emergency Call
Car Status
Remote Vehicle Control: hidup dan matikan enjin, kawalan penyaman udara, kawalan kunci pintu dan kawalan lampu
Peringatan Servis

8. Badan kereta lebih kukuh, selesa

Honda telah telah berjaya menjadikan badan City Hatchback 6% lebih kukuh berbanding Jazz bagi menawarkan kerangka berketegaran tinggi untuk keselamatan jika berlaku pelanggaran. Tiang A dan B City Hatchback juga diisi dengan semburan busa polyurethane bagi memberikan kabin yang lebih senyap kepada pemandu dan penumpang.

Selain itu, bahan penyerap bunyi dengan pelbagai ketebalan dipasang pada bahagian bawah ruang enjin untuk mengurangkan bunyi dan ketegaran. Kawalan impak G-Force pada badan kereta ketika pelanggaran berlaku mampu mengurangkan tahap kecederaan penumpang.

Berikut merupakan antara sebab-sebab mengapa City Hatchback ini patut untuk dimiliki. Untuk penilaian yang lebih tepat, anda dinasihatkan untuk memandu uji sendiri Honda City Hatchback ini sebelum membeli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language