December 7, 2022
Punca utama kemalangan jalan raya di negara ini adalah disebabkan oleh sikap pengguna yang tidak mengutamakan aspek keselamatan jalan raya. Kenyataan itu dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim yang menyifatkan faktor manusia sebagai punca utama 80% kemalangan berlaku. Faktor Manusia Punca Utama Nahas Berdasarkan kajian dan statistik angka kemalangan maut yang berlaku di negara ini, 80% berlakunya kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh faktor manusia (sikap). "Sebanyak 20 peratus yang lainnya adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti kenderaan (teknikal, brek dan lain-lain) dan faktor luaran, seperti keadaan jalan (kondisi, persekitaran, cuaca dan lain-lain)," tambah Zailani. Pelbagai langkah telah diambil JPJ merangkumi aspek advokasi, literasi, provokasi, notifikasi dan legislasi (legislation) demi mengelakkan kemalangan jalan raya. Langkap ini diambil bagi memastikan pengguna-pengguna jalan raya sentiasa mematuhi segala peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan. Ops Road Worthiness Sebagai Inisiatif JPJ turut menjalankan Ops Road Worthiness di seluruh pejabat Puspakom seluruh Malaysia pada bulan Ogos lalu sebagai salah satu bentuk inisiatif berbentuk tindakan pencegahan. Sebanyak 1,008 notis saman yang telah melibatkan sebanyak 879 jenis kesalahan, seperti kesalahan teknikal, tiada lesen memandu dan lain-lain telah dikeluarkan. Menurut Zailani, semua kenderaan perdagangan adalah diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan berkala sebanyak enam bulan sekali meliputi bas, lori dan lain-lain manakala untuk teksi dan kenderaan e-hailing tempoh pemeriksaan adalah setahun sekali. Sebagai tambahan, pihak JPJ melalui Bahagian Kejuruteraan Automotif telah meningkatkan kekerapan audit terhadap pematuhan standard pemeriksaan kenderaan oleh pihak Puspakom. Kekerapan audit ini ditingkatkan daripada sebulan sekali kepada seminggu sekali bagi memastikan kualiti pemeriksaan di Puspakom adalah sentiasa di peringkat yang optima. "JPJ bersama pihak berkuasa lain seperti pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguatkuasa lain, sentiasa memastikan aspek keselamatan jalan raya di negara ini sentiasa berada di tahap yang terbaik,” jelasnya.

Punca utama kemalangan jalan raya di negara ini adalah disebabkan oleh sikap pengguna yang tidak mengutamakan aspek keselamatan jalan raya.

Kenyataan itu dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Zailani Hashim yang menyifatkan faktor manusia sebagai punca utama 80% kemalangan berlaku.

Faktor Manusia Punca Utama Nahas

Berdasarkan kajian dan statistik angka kemalangan maut yang berlaku di negara ini, 80% berlakunya kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh faktor manusia (sikap).

“Sebanyak 20 peratus yang lainnya adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti kenderaan (teknikal, brek dan lain-lain) dan faktor luaran, seperti keadaan jalan (kondisi, persekitaran, cuaca dan lain-lain),” tambah Zailani.

Pelbagai langkah telah diambil JPJ merangkumi aspek advokasi, literasi, provokasi, notifikasi dan legislasi (legislation) demi mengelakkan kemalangan jalan raya. Langkap ini diambil bagi memastikan pengguna-pengguna jalan raya sentiasa mematuhi segala peraturan dan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

Ops Road Worthiness Sebagai Inisiatif

JPJ turut menjalankan Ops Road Worthiness di seluruh pejabat Puspakom seluruh Malaysia pada bulan Ogos lalu sebagai salah satu bentuk inisiatif berbentuk tindakan pencegahan.

Sebanyak 1,008 notis saman yang telah melibatkan sebanyak 879 jenis kesalahan, seperti kesalahan teknikal, tiada lesen memandu dan lain-lain telah dikeluarkan.

Menurut Zailani, semua kenderaan perdagangan adalah diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan berkala sebanyak enam bulan sekali meliputi bas, lori dan lain-lain manakala untuk teksi dan kenderaan e-hailing tempoh pemeriksaan adalah setahun sekali.

Sebagai tambahan, pihak JPJ melalui Bahagian Kejuruteraan Automotif telah meningkatkan kekerapan audit terhadap pematuhan standard pemeriksaan kenderaan oleh pihak Puspakom. Kekerapan audit ini ditingkatkan daripada sebulan sekali kepada seminggu sekali bagi memastikan kualiti pemeriksaan di Puspakom adalah sentiasa di peringkat yang optima.

“JPJ bersama pihak berkuasa lain seperti pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi penguatkuasa lain, sentiasa memastikan aspek keselamatan jalan raya di negara ini sentiasa berada di tahap yang terbaik,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language