Categories
Auto news

Aksi ‘Superman’ Atas Motor Boleh Didenda Hingga RM15k, Penjara 5 Tahun

Mana-mana mat motor yang disyaki melakukan aksi ‘Superman’ di atas motosikal boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang.

Aksi Superman yang dimaksudkan ialah di mana penunggang motor akan baring di atas tempat duduk motosikalnya ketika bergerak laju untuk mendapatkan lebih efek aerodinamik walaupun aktiviti itu sangat berbahaya. 

Aksi Superman Langgar Undang-Undang

Menurut perkongsian PDRM di Facebook, perbuatan aksi lagak ngeri dan berbahaya ala “Superman” yang dilakukan oleh penunggang motosikal khasnya anak muda di atas jalan raya adalah demi mencari kepuasan hidup.

Walau bagaimanapun, aktiviti ini bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri malah mengundang kecelakaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Tindakan tersebut nyata melanggar undang-undang di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

Sekiranya didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.

Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan.

 

 

Mana-mana mat motor yang disyaki melakukan aksi ‘Superman‘ di atas motosikal boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang.

Aksi Superman yang dimaksudkan ialah di mana penunggang motor akan baring di atas tempat duduk motosikalnya ketika bergerak laju untuk mendapatkan lebih efek aerodinamik walaupun aktiviti itu sangat berbahaya. 

Aksi Superman Langgar Undang-Undang

Menurut perkongsian PDRM di Facebook, perbuatan aksi lagak ngeri dan berbahaya ala “Superman” yang dilakukan oleh penunggang motosikal khasnya anak muda di atas jalan raya adalah demi mencari kepuasan hidup.

Walau bagaimanapun, aktiviti ini bukan sahaja boleh mendatangkan bahaya pada diri sendiri malah mengundang kecelakaan kepada pengguna jalan raya yang lain.

Tindakan tersebut nyata melanggar undang-undang di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

Sekiranya didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.

Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language