Categories
Auto news

Alphard Dipandu Secara Merbahaya Di Lebuhraya Karak – Pemandu Direman 3 Hari

Pemandu Toyota Alphard viral yang memandu kereta secara merbahaya di Lebuhraya Karak pada 1 Mei, 2022 direman selama tiga hari. 

Berdasarkan video di bawah ehsan Harian Metro jelas kelihatan perbuatan memandu secara merbahaya pemandu Alphard itu. 

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed menyatakan yang hasil semakan saman ke atas Toyota Alphard berkenaan juga mendapati terdapat 56 saman direkodkan yang masih belum dijelaskan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at perintah tahanan reman sehingga 4 Mei diperoleh ketika suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam jam 10 pagi pada 2 Mei, 2022. 

Beliau turut menambah yang suspek akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ujian air kencing suspek menunjukkan hasil negatif dan suspek juga telah dibawa ke Hospital Selayang untuk pengambilan sampel darah bagi ujian alkohol.

Malangnya ujian IQ dan EQ belum lagi menjadi ujian wajib di Malaysia bagi menentukan sama ada seseorang itu patut memandu atau tidak lebih-lebih lagi apabila memandu kereta yang besar seperti Alphard. 

Diharapkan yang kes ini dapat menjadi pengajaran kepada semua, kita semua berkongsi lebuh raya, jadi bertimbang rasa, bersabar dan semoga semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. 

Tolong jangan memotong di lorong kecemasan, jangan halang laluan pengguna jalan yang lain dan jangan sekali-kali lakukan brek secara mengejut. 

*Kredit semua gambar JSPT PDRM Facebook

Pemandu Toyota Alphard viral yang memandu kereta secara merbahaya di Lebuhraya Karak pada 1 Mei, 2022 direman selama tiga hari. 

Berdasarkan video di bawah ehsan Harian Metro jelas kelihatan perbuatan memandu secara merbahaya pemandu Alphard itu. 

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed menyatakan yang hasil semakan saman ke atas Toyota Alphard berkenaan juga mendapati terdapat 56 saman direkodkan yang masih belum dijelaskan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Superintendan Azman Shari’at perintah tahanan reman sehingga 4 Mei diperoleh ketika suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam jam 10 pagi pada 2 Mei, 2022. 

Beliau turut menambah yang suspek akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ujian air kencing suspek menunjukkan hasil negatif dan suspek juga telah dibawa ke Hospital Selayang untuk pengambilan sampel darah bagi ujian alkohol.

Malangnya ujian IQ dan EQ belum lagi menjadi ujian wajib di Malaysia bagi menentukan sama ada seseorang itu patut memandu atau tidak lebih-lebih lagi apabila memandu kereta yang besar seperti Alphard

Diharapkan yang kes ini dapat menjadi pengajaran kepada semua, kita semua berkongsi lebuh raya, jadi bertimbang rasa, bersabar dan semoga semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. 

Tolong jangan memotong di lorong kecemasan, jangan halang laluan pengguna jalan yang lain dan jangan sekali-kali lakukan brek secara mengejut. 

*Kredit semua gambar JSPT PDRM Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language