September 24, 2022
Pihak berkuasa kini menggunakan pendekatan baharu untuk menahan mereka yang terlibat dengan aktiviti merempit dan lumba haram. Untuk membendung aktiviti Mat Rempit serta memelihara keselamatan pengguna jalan raya lain, gambar-gambar mereka yang terlibat dengan aktiviti merempit dan lumba haram kini akan dirakam menerusi kamera pihak berkuasa sebelum mereka ditahan untuk tindakan lanjut. *Kredit foto: Kosmo Cara Baharu Tahan Mat Rempit Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak, cara lama pihak berkuasa memberkas mereka yang terlibat adalah dengan berada di lapangan untuk melakukan ‘serang hendap’. Namun cara tersebut dilihat berbahaya kepada anggota penguatkuasa serta mereka yang berada di lokasi-lokasi berhampiran dengan kegiatan tersebut. Oleh iitu, pihak berkuasa kini mengambil pendekatan lebih defensif iaitu dengan menggunakan kamera-kamera untuk melihat dan merakam gambar suspek yang terlibat sebelum menahan mereka di kediaman mereka atau di tempat kerja. Pulau Pinang akan menjadi model untuk projek perintis tersebut sebelum dibuat secara nasional iaitu diguna pakai ke seluruh negara. Hentikan Budaya Idolakan Mat Rempit Isham turut berkata, pihak berkuasa juga dalam usaha untuk mengubah budaya mengidolakan Mat Rempit yang membawa kemudaratan kepada semua pihak. Baginya pandangan itu menjijikan dan tidak mendatangkan kebaikan. Oleh demikian, masyarakat, media dan ibu bapa diharap dapat membantu kita dalam usaha membanteras pelumba haram ini secara keseluruhannya. Meskipun fenomena mat rempit ini berlaku di seluruh negara, namun perhatian diberikan lebih di Pulau Pinang kerana ada berlaku peningkatan kematian akibat kemalangan membabitkan golongan tersebut. "Berdasarkan statistik sejak Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 1,096 operasi samseng jalanan dijalankan di seluruh negara dan seramai 1,451 pesalah atau mat rempit ditahan dengan 21,258 saman dikeluarkan manakala 2,200 kenderaan telah disita. "Daripada jumlah itu, Perak merekodkan operasi samseng jalanan paling tinggi iaitu 286 operasi dan 4,597 saman dikeluarkan diikuti Pulau Pinang dengan 157 operasi membabitkan 4,444 saman dan Johor, 157 operasi dan 1,436 saman," katanya.

Pihak berkuasa kini menggunakan pendekatan baharu untuk menahan mereka yang terlibat dengan aktiviti merempit dan lumba haram.

Untuk membendung aktiviti Mat Rempit serta memelihara keselamatan pengguna jalan raya lain, gambar-gambar mereka yang terlibat dengan aktiviti merempit dan lumba haram kini akan dirakam menerusi kamera pihak berkuasa sebelum mereka ditahan untuk tindakan lanjut.

*Kredit foto: Kosmo

Cara Baharu Tahan Mat Rempit

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak, cara lama pihak berkuasa memberkas mereka yang terlibat adalah dengan berada di lapangan untuk melakukan ‘serang hendap’.

Namun cara tersebut dilihat berbahaya kepada anggota penguatkuasa serta mereka yang berada di lokasi-lokasi berhampiran dengan kegiatan tersebut.

Oleh iitu, pihak berkuasa kini mengambil pendekatan lebih defensif iaitu dengan menggunakan kamera-kamera untuk melihat dan merakam gambar suspek yang terlibat sebelum menahan mereka di kediaman mereka atau di tempat kerja.

Pulau Pinang akan menjadi model untuk projek perintis tersebut sebelum dibuat secara nasional iaitu diguna pakai ke seluruh negara.

Hentikan Budaya Idolakan Mat Rempit

Isham turut berkata, pihak berkuasa juga dalam usaha untuk mengubah budaya mengidolakan Mat Rempit yang membawa kemudaratan kepada semua pihak.

Baginya pandangan itu menjijikan dan tidak mendatangkan kebaikan. Oleh demikian, masyarakat, media dan ibu bapa diharap dapat membantu kita dalam usaha membanteras pelumba haram ini secara keseluruhannya.

Meskipun fenomena mat rempit ini berlaku di seluruh negara, namun perhatian diberikan lebih di Pulau Pinang kerana ada berlaku peningkatan kematian akibat kemalangan membabitkan golongan tersebut.

“Berdasarkan statistik sejak Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 1,096 operasi samseng jalanan dijalankan di seluruh negara dan seramai 1,451 pesalah atau mat rempit ditahan dengan 21,258 saman dikeluarkan manakala 2,200 kenderaan telah disita.

“Daripada jumlah itu, Perak merekodkan operasi samseng jalanan paling tinggi iaitu 286 operasi dan 4,597 saman dikeluarkan diikuti Pulau Pinang dengan 157 operasi membabitkan 4,444 saman dan Johor, 157 operasi dan 1,436 saman,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language