Categories
Auto news

Apple CarPlay Bakal Tiba Di Perodua Alza 2022 – Sedang Menunggu Sijil Kelulusan MFi

Model pertama Perodua yang menerima sambungan Android Auto, Alza 2022 juga bakal menerima sambungan Apple CarPlay, berkemungkinan dalam tahun ini juga.

Bagi menjawab soalan yang ditanya oleh Carlist.my ketika sidang media The All-New Alza Media Drive di Kelantan baru-baru ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksektif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata MPV ini memang menawarkan sambungan Apple CarPlay.

Tunggu Kelulusan Sijil MFi

Ketiadaan fungsi Apple CarPlay pada Alza 2022 ketika ini adalah kerana Perodua sedang menunggu kelulusan sijil Made For iPhone (MFi) bagi menggunakan sambungan Apple CarPlay di model berkenaan.

Mana-mana pengeluar yang ingin menggunakan ekosistem Apple pada kereta keluaran mereka perlu membayar yuran lesen kepada Apple. Ketika ini, segala dokumen berkaitan telah diserahkan kepada Apple.

Perodua kini sedang menunggu kelulusan tersebut dan berdasarkan carian di internet, proses itu sekurang-kurangnya mengambil masa selama 4 bulan bagi mendapatkan kelulusan menggunakan Apple CarPlay.

Apple CarPlay Untuk Varian AV

Memandangkan paparan infotainment 9-inci pada varian 1.5 AV Perodua Alza 2022 telah menyokong sistem sambungan Android Auto menggunakan kabel, tiada masalah juga bagi Apple CarPlay untuk dilancarkan pada sistem infotainment model varian itu kelak.

Menurut Zainal, apabila sambungan Apple CarPlay ini sudah tersedia (berkemungkinan tahun ini), kemaskini juga akan diberikan kepada pemilik Alza 2022 yang telah menerima kereta mereka. 

Pemilik Alza juga berkemungkinan untuk hadir sendiri ke pusat servis Perodua bagi memuat turun ciri tersebut setelah ia ditawarkan nanti oleh kerana sistem infotainment Alza 2022 ini tidak hadir dengan sambungan internet terbina dalam (OTA). 

Varian tertinggi Perodua Alza 2022 dijual pada harga RM75,500 (OTR tanpa insurans). Walau bagaimanapun, kembar Alza, Toyota Veloz pula turut hadir dengan ciri Apple CarPlay, bezanya ciri itu ditawarkan dengan sambungan tanpa wayar. Untuk perbezaan harga, Toyota Veloz bakal dijual pada harga hampir RM20,000 lebih mahal berbanding Alza, iaitu pada harga RM95,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language