December 1, 2022
Logo empat cicin Audi kini berbentuk baharu dengan menampilkan penampilan dua dimensi. Logo empat cincin Audi ini telah digunakan sejak zaman awal Auto Union dan ia telah dikemas kini beberapa kali sebelum ini. Audi perkenal logo baharu, tulisan baharu Perubahan terbaharu lencana itu mula diperkenalkan pada SUV elektrik baharu Audi, e-tron Q8 yang telah dikemaskini. Logo klasik empat cincin telah direka semula untuk memberikan imej yang lebih moden. Logo baharu Audi kini lebih bersifat timbul dengan sifat dua dimensi dengan gabungan warna silver dan warna hitam pada latar belakangnya. Gabungan dua warna ini membuatkan logo ini kelihatan lebih jelas dan lebih hidup, walaupun dilihat dari jauh. Meskipun akan ada variasi lain akan diperkenalkan pada logo baharu ini nanti, termasuk logo hitam dan kelabu yang lebih halus, semua versi logo baharu ini akan menerima penampilan dua dimensi yang sama tidak kira di dalam majalah, peranti pintar, papan iklan atau pada kenderaan Audi, menurut pereka Andre Georgi. Tambah Andre, meskipun logo ini lebih moden, namun ia masih mengekalkan bentuk empat cincin yang sama seperti sebelumnya. Audi juga dikatakan mahu logo kereta yang bebas dari sebarang elemen krom meskipun model ini lebih sinonim dengan penggunaan elemen krom pada krom. Selain logo baharu, model akan datang akan menggunakan tulisan eksklusif yang dikenali sebagai Audi Type untuk memberikan Audi sebuah imej jenama yang konsisten merentasi semua jenis pelanggan.    

Logo empat cicin Audi kini berbentuk baharu dengan menampilkan penampilan dua dimensi.

Logo empat cincin Audi ini telah digunakan sejak zaman awal Auto Union dan ia telah dikemas kini beberapa kali sebelum ini.

Audi perkenal logo baharu, tulisan baharu

Perubahan terbaharu lencana itu mula diperkenalkan pada SUV elektrik baharu Audi, e-tron Q8 yang telah dikemaskini. Logo klasik empat cincin telah direka semula untuk memberikan imej yang lebih moden.

Logo baharu Audi kini lebih bersifat timbul dengan sifat dua dimensi dengan gabungan warna silver dan warna hitam pada latar belakangnya. Gabungan dua warna ini membuatkan logo ini kelihatan lebih jelas dan lebih hidup, walaupun dilihat dari jauh.

Meskipun akan ada variasi lain akan diperkenalkan pada logo baharu ini nanti, termasuk logo hitam dan kelabu yang lebih halus, semua versi logo baharu ini akan menerima penampilan dua dimensi yang sama tidak kira di dalam majalah, peranti pintar, papan iklan atau pada kenderaan Audi, menurut pereka Andre Georgi.

Tambah Andre, meskipun logo ini lebih moden, namun ia masih mengekalkan bentuk empat cincin yang sama seperti sebelumnya.

Audi juga dikatakan mahu logo kereta yang bebas dari sebarang elemen krom meskipun model ini lebih sinonim dengan penggunaan elemen krom pada krom.

Selain logo baharu, model akan datang akan menggunakan tulisan eksklusif yang dikenali sebagai Audi Type untuk memberikan Audi sebuah imej jenama yang konsisten merentasi semua jenis pelanggan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language