June 10, 2023
Sebuah Axia terbabas ke dalam longkang setelah keretanya hilang kawalan dipercayai akibat aquaplaning setelah dipandu lebih dari 100 km/j di sebuah lebuh raya ketika hujan. Menurut sebuah rakaman video dashcam yang tersebar di media sosial, kemalangan itu berlaku berhampiran kawasan RnR Pedas Linggi arah Selatan pada jam 3:58 petang, 24 April lalu. Kemalangan berlaku apabila Perodua Axia itu memandu melebihi 100 km/j di lorong paling kanan untuk memotong kereta perakam, namun ketika Axia itu cuba memasuki lorong tengah semula, keretanya hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang di tepi jalan. Memandangkan tiada spoiler dikesan pada Axia terbabit, mungkin ianya merupakan varian G atau Gxtra. Perlu diingatkan, varian G tidak dibekalkan dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (Vehicle Stability Control) dan Kawalan Daya tarikan (Traction Control). Hanya varian Gxtra dan ke atas sahaja yang hadir dengan ciri tersebut. Selalu kita dengar, jangan pandu laju ketika hujan kerana jalan licin dan berisiko untuk tergelincir atau aquaplaning/ hydroplaning. Tapi tahukah anda apa itu aquaplaning/ hydroplaning? Apa itu Aquaplaning/ Hydroplaning? Aquaplaning/ hydroplaning sering terjadi apabila kereta dipandu laju ketika hujan, membuatkan air terkumpul diantara tayar kereta dan permukaan jalan. Tekanan air yang terbentuk menyebabkan tayar terapung dan tergelincir kerana tidak menyentuh permukaan jalan dengan betul. Apabila ia berlaku, tayar akan hilang grip pada permukaan jalan dan tidak lagi responsif terhadap input dari stereng. Sebab Dan Faktor Aquaplaning Memandu terlalu laju Keadaan tayar kurang baik Lopak air yang dalam Cara Kurangkan Risiko Aquaplaning Periksa tekanan angin tayar kereta Periksa bunga tayar dan keadaan tayar secara keseluruhan Kurangkan kelajuan ketika memandu pada waktu hujan Elakkan brek mengejut kerana berisiko tergelincir. Kawal stereng dan brek menggunakan sentuhan lembut (light touch)  

Sebuah Axia terbabas ke dalam longkang setelah keretanya hilang kawalan dipercayai akibat aquaplaning setelah dipandu lebih dari 100 km/j di sebuah lebuh raya ketika hujan.

Menurut sebuah rakaman video dashcam yang tersebar di media sosial, kemalangan itu berlaku berhampiran kawasan RnR Pedas Linggi arah Selatan pada jam 3:58 petang, 24 April lalu.

Kemalangan berlaku apabila Perodua Axia itu memandu melebihi 100 km/j di lorong paling kanan untuk memotong kereta perakam, namun ketika Axia itu cuba memasuki lorong tengah semula, keretanya hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang di tepi jalan.

Memandangkan tiada spoiler dikesan pada Axia terbabit, mungkin ianya merupakan varian G atau Gxtra. Perlu diingatkan, varian G tidak dibekalkan dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (Vehicle Stability Control) dan Kawalan Daya tarikan (Traction Control). Hanya varian Gxtra dan ke atas sahaja yang hadir dengan ciri tersebut.

Selalu kita dengar, jangan pandu laju ketika hujan kerana jalan licin dan berisiko untuk tergelincir atau aquaplaning/ hydroplaning. Tapi tahukah anda apa itu aquaplaning/ hydroplaning?

Apa itu Aquaplaning/ Hydroplaning?

Aquaplaning/ hydroplaning sering terjadi apabila kereta dipandu laju ketika hujan, membuatkan air terkumpul diantara tayar kereta dan permukaan jalan.

Tekanan air yang terbentuk menyebabkan tayar terapung dan tergelincir kerana tidak menyentuh permukaan jalan dengan betul. Apabila ia berlaku, tayar akan hilang grip pada permukaan jalan dan tidak lagi responsif terhadap input dari stereng.

Sebab Dan Faktor Aquaplaning

Memandu terlalu laju
Keadaan tayar kurang baik
Lopak air yang dalam

Cara Kurangkan Risiko Aquaplaning

Periksa tekanan angin tayar kereta
Periksa bunga tayar dan keadaan tayar secara keseluruhan
Kurangkan kelajuan ketika memandu pada waktu hujan
Elakkan brek mengejut kerana berisiko tergelincir. Kawal stereng dan brek menggunakan sentuhan lembut (light touch)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language