Categories
Auto news

Bajet 2023: RM20 Juta Untuk Bina Litar Drag – Untuk Setiap Negeri?

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 Juta untuk membina litar lumba drag di Malaysia!

Pengumuman itu telah dibuat ketika perbentangan Bajet 2023 yang berlangsung pada 7 Oktober lalu. Persoalannya, bila agaknya kita bakal menerima litar drag yang dicanang ini?

RM20 Juta Bina Litar Drag

Sebanyak RM20 Juta akan diperuntukkan untuk pembangunan litar drag di Malaysia bagi menggalakkan lebih banyak penglibatan belia dalam sukan permotoran di platform yang betul.

Pembinaan litar drag telah dipilih kerana perlumbaan drag dilihat kurang berbahaya jika dibandingkan dengan perlumbaan trek kerana ia hanya memerlukan jalan yang lebih pendek dan lurus.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat terperinci mengenai pembahagian peruntukan pembangunan litar tersebut termasuk bila serta di mana litar ini akan dibangunkan.

Dana RM20 Juta itu juga tidak dapat dipastikan sama ada ianya hanya diperuntukkan untuk membina satu litar drag ataupun bakal dibahagikan untuk dibina di beberapa tempat.

*Kredit foto: Berita Harian

Setiap Negeri Bakal Terima Litar Drag?

Pada Ogos lalu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan mahu membangunkan litar drag di setiap negeri ketika menghadiri acara RXZ Members 4.0 di Terengganu International Drag Strip yang bertempat di Gong Badak.

Namun tiada sebarang maklumat berkenaan berapa banyak litar drag akan dibangunkan dengan dana yang diperuntukkan.

Secara realistiknya, mustahil untuk kerajaan membina litar drag baharu di setiap negeri dengan dana sebanyak RM20 juta sahaja. Ketika ini, hanya ada dua litar drag dibina iaitu di Terengganu dan Melaka.

Lagenda Permotoran Mahu RM20 Juta Diguna Sebaiknya

Sementara itu, legenda permotoran negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini mahu peruntukan RM20 juta itu digunakan sebaik-baiknya, terutama dalam membina litar mesra rakyat bagi menarik lebih ramai pengunjung melakukan pelbagai aktiviti dalam satu-satu masa.

Menurut Shahrol, jika kerajaan mahu membina litar yang mempromosikan perlumbaan trek di Malaysia, ia agak sukar berbanding pembinaan litar drag.

Beliau turut berharap agar kerajaan bekerjasama dengan syarikat swasta untuk membina litar yang boleh menarik minat anak muda untuk turut serta biarpun tidak bertaraf seperti Litar Antarabangsa Sepang.

Malah, Shahrol menganggap peruntukan kali ini mampu membawa impak positif terutama dalam pembangunan bakat baharu di samping sebagai salah satu inisiatif kerajaan untuk membendung aktiviti lumba haram di jalan raya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language