Categories
Auto news

Balik Kampung Sambut Raya? Maklum Pada Polis

Mereka yang ingin pulang ke kampung bagi menyambut perayaan Aidilfitri dinasihatkan memaklumkan ke balai polis berhampiran.

Tindakan tersebut akan memudahkan anggota polis melakukan perancangan rondaan di kawasan perumahan tersebut, menurut Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed.

Rondaan Polis Elak Kes Pecah Rumah

Selain memaklumkan pada jiran terdekat, memberitahu pihak polis juga dapat mengurangkan risiko kediaman anda dipecah masuk.

Penghuni yang mahu meninggalkan rumah dicadangkan untuk memaklumkan kepada balai polis terdekat supaya mereka boleh meningkatkan kekerapan rondaan di kawasan tertentu bagi memantau sebarang aktiviti mencurigakan.

Kebanyakan orang awam tidak mahu memaklumkan kepada pihak polis atas pelbagai alasan sedangkan ia kaedah terbaik supaya tahap keselamatan di rumah sentiasa terjamin.

Tambah Arjunaidi, hanya 10% pegawai dan anggota Polis Selangor dibenarkan bercuti sempena Aidilfitri kali ini manakala selebihnya perlu bertugas seperti biasa.

*Kredit foto: Harian Metro

Sekiranya rumah kediaman anda terletak di kawasan yang agak gelap dan jauh daripada jiran lain, anda disarankan membuka lampu dan memaklumkan pada pihak polis dan pihak berkuasa akan mengambil maklum berhubung aduan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language