November 28, 2022
Kerajaan Thailand membenarkan rakyat Malaysia membawa balik kenderaan yang mereka tinggalkan di negara berkenaan bermula 1 Jun 2022 tanpa dikenakan sebarang denda atau caj. Perkara ini disahkan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff selepas satu mesyuarat bersama pihak berkuasa Thailand yang diadakan semalam. Tiada Caj Parkir RM100 Sehari Dikenakan Sebelum ini, sebahagian rakyat Malaysia terpaksa meninggalkan kenderaan mereka sewaktu penutupan sempadan negara kerana perintah kawalan pergerakan (PKP). Siti Zailah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat berkata, pengecualian caj parkir bagi kenderaan Malaysia yang tersadai sepanjang tempoh lebih dua tahun itu diberikan sekiranya pemilik membawa pulang kenderaan mereka dalam tempoh satu bulan tersebut. “Bermula pada 1 Jun sehingga 30 Jun, kerajaan Thailand memberi ruang supaya kenderaan tersadai di Thailand dibawa pulang ke Malaysia tanpa sebarang caj,” jelasnya. *Kredit foto: Astro Awani Menurut Siti Zailah, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat membabitkan 13 agensi berkaitan sempadan, termasuk pihak berkuasa Thailand. Biasanya, Kerajaan Thailand mengenakan caj parkir RM100 sehari ke atas kenderaan yang ditinggalkan di negara itu. Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat memaklumkan jumlah kenderaan Malaysia yang tersadai di Thailand buat masa ini, namun isu kereta Malaysia tersadai di negara jiran pernah dibangkitkan sebelum ini.

Kerajaan Thailand membenarkan rakyat Malaysia membawa balik kenderaan yang mereka tinggalkan di negara berkenaan bermula 1 Jun 2022 tanpa dikenakan sebarang denda atau caj.

Perkara ini disahkan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff selepas satu mesyuarat bersama pihak berkuasa Thailand yang diadakan semalam.

Tiada Caj Parkir RM100 Sehari Dikenakan

Sebelum ini, sebahagian rakyat Malaysia terpaksa meninggalkan kenderaan mereka sewaktu penutupan sempadan negara kerana perintah kawalan pergerakan (PKP).

Siti Zailah yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat berkata, pengecualian caj parkir bagi kenderaan Malaysia yang tersadai sepanjang tempoh lebih dua tahun itu diberikan sekiranya pemilik membawa pulang kenderaan mereka dalam tempoh satu bulan tersebut.

“Bermula pada 1 Jun sehingga 30 Jun, kerajaan Thailand memberi ruang supaya kenderaan tersadai di Thailand dibawa pulang ke Malaysia tanpa sebarang caj,” jelasnya.

*Kredit foto: Astro Awani

Menurut Siti Zailah, keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat membabitkan 13 agensi berkaitan sempadan, termasuk pihak berkuasa Thailand.

Biasanya, Kerajaan Thailand mengenakan caj parkir RM100 sehari ke atas kenderaan yang ditinggalkan di negara itu.

Walau bagaimanapun, beliau tidak dapat memaklumkan jumlah kenderaan Malaysia yang tersadai di Thailand buat masa ini, namun isu kereta Malaysia tersadai di negara jiran pernah dibangkitkan sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language