September 24, 2022
Pemilik perniagaan dan penduduk setempat kecewa dengan tindakan bengkel kereta yang menghalang laluan kaki lima di kawasan komersial Taman Keramat Permai. Bengkel kereta di kawasan terbabit dilaporkan menggunakan laluan kaki lima yang terlindung untuk melakukan pembaikan serta menempatkan barangan seperti tayar, alat ganti kereta dan tin minyak enjin di situ, berdasarkan laporan The Star. Mengganggu Laluan Pejalan Kaki Menurut mereka yang tinggal serta bekerja berdekatan kawasan berkenaan, halangan di laluan pejalan kaki itu mendatangkan gangguan. Selain menyusahkan pejalan kaki agar tidak terlanggar barang yang diletakkan di situ, barang-barang itu juga menyukarkan akses bagi orang kurang upaya. Ramai pejalan kaki terpaksa berjalan di atas jalan kerana laluan kaki lima di kawasan bengkel itu sudah terhalang. Bukan itu sahaja, laluan kaki lima itu juga menjadi licin ekoran tumpahan minyak enjin. Pekedai di kawasan terbabit turut melaporkan limpahan air hujan telah membawa tumpahan minyak tersebut masuk ke dalam longkang berdekatan. Akibatnya, longkang telah tersumbat dan berbau busuk.  “Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) perlu mengeluarkan kompaun kepada pengusaha premis yang ingkar dan merampas barangan mereka kerana menyebabkan halangan,” katanya. Bengkel Bolot Kawasan Parkir Selain itu, ada juga aduan dibuat tentang kekurangan tempat letak kereta di kawasan itu. Pekedai di kawasan itu berkata, banyak bengkel telah menyewa teluk di hadapan premis mereka daripada MPAJ. “Majlis harus mengehadkan bilangan petak yang disewa untuk memastikan terdapat ruang parkir yang mencukupi untuk semua orang dan memastikan bahawa petak ini digunakan secara ketat untuk tempat letak kereta dan bukan untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan,” katanya. Hasil siasatan StarMetro, beberapa petak kawasan letak kereta di kawasan itu dicat merah, bermakna ia dikhaskan untuk premis tertentu. Walau bagaimanapun, ada pemandu yang pernah diminta mengalihkan keretanya selepas meletak kenderaan di hadapan sebuah bengkel meskipun petak itu tidak ditanda merah. Menurut pemandu tersebut, petak itu diperlukan oleh orang ramai yang menunggu untuk melakukan servis kereta," tambahnya. Banyak Kereta Terbiar Seorang pekedai lama yang hanya memberikan namanya sebagai Chong, berkata kawasan itu juga mempunyai banyak kereta terbiar kerana tidak dituntut pemilik kerana mereka tidak mampu menanggung kos pembaikan. Tegasnya, MPAJ harus menarik balik kereta ini, kerana mereka mengambil ruang dan juga boleh menghalang pembeli daripada datang ke kawasan itu. Selain memberi kesan kepada perniagaan mereka dalam jangka masa panjang, isu kesesakan lalu lintas juga merupakan isu harian yang menyukarkan penghantaran barang ke kedai. Menurut peniaga di kawasan itu, pembekal perlu meletak kenderaan dan berjalan lebih jauh sambil membawa barang berat. Perlu Mohon Permit Sementara Daripada DBKL MPAJ, dalam satu kenyataan kepada StarMetro, berkata pengusaha premis boleh meletakkan barangan mereka di kaki lima, tetapi mesti memohon permit sementara. Presidennya Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata barang-barang itu tidak boleh menyebabkan halangan, sambil turut menegaskan bahawa sebarang aktiviti pembaikan di kaki lima adalah dilarang. “Kompaun akan dikeluarkan kepada pengusaha yang gagal mematuhi Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) untuk halangan. Lesen pengendali yang ingkar itu juga akan ditamatkan di bawah Undang-undang Kecil Perlesenan Perdagangan, Perniagaan dan Perindustrian (MPAJ) 2007,” katanya. Menjawab kebimbangan mengenai ruang parkir yang terhad, Mohd Fauzi berkata tiada aktiviti perkhidmatan atau pembaikan dibenarkan di petak rizab itu. Beliau menegaskan bahawa petak berwarna merah khusus untuk tempat letak kereta pelanggan," katanya sambil menambah hanya 25 daripada 638 ruang di kawasan itu telah disewakan. *Kredit foto: The Star  

Pemilik perniagaan dan penduduk setempat kecewa dengan tindakan bengkel kereta yang menghalang laluan kaki lima di kawasan komersial Taman Keramat Permai.

Bengkel kereta di kawasan terbabit dilaporkan menggunakan laluan kaki lima yang terlindung untuk melakukan pembaikan serta menempatkan barangan seperti tayar, alat ganti kereta dan tin minyak enjin di situ, berdasarkan laporan The Star.

Mengganggu Laluan Pejalan Kaki

Menurut mereka yang tinggal serta bekerja berdekatan kawasan berkenaan, halangan di laluan pejalan kaki itu mendatangkan gangguan. Selain menyusahkan pejalan kaki agar tidak terlanggar barang yang diletakkan di situ, barang-barang itu juga menyukarkan akses bagi orang kurang upaya.

Ramai pejalan kaki terpaksa berjalan di atas jalan kerana laluan kaki lima di kawasan bengkel itu sudah terhalang. Bukan itu sahaja, laluan kaki lima itu juga menjadi licin ekoran tumpahan minyak enjin. Pekedai di kawasan terbabit turut melaporkan limpahan air hujan telah membawa tumpahan minyak tersebut masuk ke dalam longkang berdekatan. Akibatnya, longkang telah tersumbat dan berbau busuk.

 “Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) perlu mengeluarkan kompaun kepada pengusaha premis yang ingkar dan merampas barangan mereka kerana menyebabkan halangan,” katanya.

Bengkel Bolot Kawasan Parkir

Selain itu, ada juga aduan dibuat tentang kekurangan tempat letak kereta di kawasan itu. Pekedai di kawasan itu berkata, banyak bengkel telah menyewa teluk di hadapan premis mereka daripada MPAJ.

“Majlis harus mengehadkan bilangan petak yang disewa untuk memastikan terdapat ruang parkir yang mencukupi untuk semua orang dan memastikan bahawa petak ini digunakan secara ketat untuk tempat letak kereta dan bukan untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan,” katanya.

Hasil siasatan StarMetro, beberapa petak kawasan letak kereta di kawasan itu dicat merah, bermakna ia dikhaskan untuk premis tertentu.

Walau bagaimanapun, ada pemandu yang pernah diminta mengalihkan keretanya selepas meletak kenderaan di hadapan sebuah bengkel meskipun petak itu tidak ditanda merah. Menurut pemandu tersebut, petak itu diperlukan oleh orang ramai yang menunggu untuk melakukan servis kereta,” tambahnya.

Banyak Kereta Terbiar

Seorang pekedai lama yang hanya memberikan namanya sebagai Chong, berkata kawasan itu juga mempunyai banyak kereta terbiar kerana tidak dituntut pemilik kerana mereka tidak mampu menanggung kos pembaikan. Tegasnya, MPAJ harus menarik balik kereta ini, kerana mereka mengambil ruang dan juga boleh menghalang pembeli daripada datang ke kawasan itu.

Selain memberi kesan kepada perniagaan mereka dalam jangka masa panjang, isu kesesakan lalu lintas juga merupakan isu harian yang menyukarkan penghantaran barang ke kedai. Menurut peniaga di kawasan itu, pembekal perlu meletak kenderaan dan berjalan lebih jauh sambil membawa barang berat.

Perlu Mohon Permit Sementara Daripada DBKL

MPAJ, dalam satu kenyataan kepada StarMetro, berkata pengusaha premis boleh meletakkan barangan mereka di kaki lima, tetapi mesti memohon permit sementara. Presidennya Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata barang-barang itu tidak boleh menyebabkan halangan, sambil turut menegaskan bahawa sebarang aktiviti pembaikan di kaki lima adalah dilarang.

“Kompaun akan dikeluarkan kepada pengusaha yang gagal mematuhi Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) untuk halangan. Lesen pengendali yang ingkar itu juga akan ditamatkan di bawah Undang-undang Kecil Perlesenan Perdagangan, Perniagaan dan Perindustrian (MPAJ) 2007,” katanya.

Menjawab kebimbangan mengenai ruang parkir yang terhad, Mohd Fauzi berkata tiada aktiviti perkhidmatan atau pembaikan dibenarkan di petak rizab itu. Beliau menegaskan bahawa petak berwarna merah khusus untuk tempat letak kereta pelanggan,” katanya sambil menambah hanya 25 daripada 638 ruang di kawasan itu telah disewakan.

*Kredit foto: The Star

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language