Categories
Auto news

Berlumba, Memotong Secara Zig-Zag Boleh Dipenjara Hingga 5 tahun, Denda Hingga RM15,000 – PDRM

PDRM memberi peringatan kepada pengguna jalan raya agar tidak berlumba dan memotong secara zig-zag kerana tindakan undang-undang boleh dikenakan.

Menerusi kenyataan PDRM di Facebook, keseronokan dan keterujaan memandu dan memotong secara melulu boleh membahayakan diri sendiri dan mengancam nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Boleh Dipenjara Dan Didenda

PDRM memaklumkan tindakan berlumba dan memandu secara berbahaya di jalan raya itu melanggar undang-undang di bawah Seksyen 42(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara berbahaya dan melulu.

Jika disabitkan kesalahan, pemandu boleh dipenjara sehingga lima tahun serta dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000. Jika pemandu adalah pemegang lesen memandu percubaan (P), lesen boleh dibatalkan.

Jika disabitkan kesalahan, pemandu boleh dipenjara sehingga lima tahun serta dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000. Bagi kesalahan kedua atau seterusnya, pemandu boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan disaman antara RM10,000 hingga RM20,000.

Selain itu, di bawah Seksyen 42(3) pula menyatakan seseorang yang disabitkan kesalahan akan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu untuk tempoh tidak kurang daripada dua tahun.

Untuk sabitan kedua atau seterusnya, hukuman ini akan meningkat ke 10 tahun. Sementara itu, Seksyen 42(4) menyatakan bahawa sekiranya pemandu itu memegang lesen memandu percubaan (P), lesen itu boleh dibatalkan oleh mahkamah.

*Kredit foto: Wales Online

Isu Potong Secara Zig-Zag

Tidak dinafikan, aktiviti lumba haram dan memotong secara zig-zag ini sudah sering kali diperhatikan, tidak kiralah dengan mata sendiri ketika memandu ataupun melalui perkongsian di media sosial.

Walaupun orang ramai menyambut baik hukuman bagi pelumba haram di jalan raya, namun sebahagian daripada mereka mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan kepada pemandu yang memandu perlahan di lorong paling kanan kerana pemandu inilah yang menyebabkan pemandu lain memotong di sebelah kiri.

Tindakan memonopoli lorong kanan dengan kelajuan seakan-akan sedang mencari rumah sewa inilah punca jalan raya menjadi sesak dan membuatkan sebahagian pemandu bertindak memotong secara zig-zag.

Orang ramai juga mencadangkan agar anggota polis membuat rondaan di jalan raya dan menyaman pemandu ‘lane hogger’ ini daripada bersembunyi di bawah jambatan untuk melakukan speed trap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language