September 28, 2022
Motosikal Yamaha Y15ZR atau lebih popular sebagai Ysuku muncul sebagai motor yang paling banyak tidak dijelaskan bayaran bulanannya menurut sebuah kedai motosikal yang berada di Terengganu. Menerusi perkongsian di Facebook Motor Mok Mung, kira-kira 160 individu kini disenarai hitamkan kerana tidak membayar ansuran bulanan pinjaman mereka. Pemilik Y15ZR Paling Ramai Menerusi senarai nama yang dikeluarkan oleh kedai motor terbabit, lebih 50% pemilik yang tidak membayar ansuran pinjaman mereka adalah pemilik motosikal jenis Yamaha Y15ZR. Yang lebih mengejutkan, kebanyakan mereka tidak menjelaskan bayaran tersebut antara enam bulan hingga 3 tahun. Kesemua pinjaman tersebut dibuat menerusi pinjaman kedai. Selain Ysuku, motosikal seperti Yamaha NVX, Yamaha R15, Yamaha Ego LC, Honda Beat dan Honda RS juga menjadi antara motosikal yang masih tertunggak bayarannya. Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam tindakan mereka mahu bergaya bersama motosikal popular itu tetapi tidak mahu membayar ansuran bulanan sehingga menyusahkan pihak kedai. Tindakan Akan Diambil Kedai itu menyatakan tujuan pinjaman kedai diberikan untuk membantu individu yang tiada dokumen lengkap untuk membuat pinjaman kerana tidak semua orang bekerja mempunyai slip gaji. Syaratnya, pembeli perlu membayar sejumlah deposit dan diteruskan dengan bayaran bulanan maksimum selama 3 tahun. *Kredit foto: Motor Mok Mung Namun kedai tersebut kecewa kerana masih ada segelintir rakyat Malaysia mengambil kesempatan di atas kemudahan ini dengan tidak membayar ansuran motor sehingga tiga tahun.   Menurut pemilik kedai terbabit, tindakan selanjutnya akan dikenakan kepada mereka yang gagal menjelaskan hutang dalam tempoh yang ditetapkan. “Amaran tunggakan pinjaman motor. Sila jelaskan segera, kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan selanjutnya. Pandai hutang, pandai bayar. Anda bayar, kami buang nama anda dari senarai ini,” jelas mereka di Facebook.

Motosikal Yamaha Y15ZR atau lebih popular sebagai Ysuku muncul sebagai motor yang paling banyak tidak dijelaskan bayaran bulanannya menurut sebuah kedai motosikal yang berada di Terengganu.

Menerusi perkongsian di Facebook Motor Mok Mung, kira-kira 160 individu kini disenarai hitamkan kerana tidak membayar ansuran bulanan pinjaman mereka.

Pemilik Y15ZR Paling Ramai

Menerusi senarai nama yang dikeluarkan oleh kedai motor terbabit, lebih 50% pemilik yang tidak membayar ansuran pinjaman mereka adalah pemilik motosikal jenis Yamaha Y15ZR.

Yang lebih mengejutkan, kebanyakan mereka tidak menjelaskan bayaran tersebut antara enam bulan hingga 3 tahun. Kesemua pinjaman tersebut dibuat menerusi pinjaman kedai.

Selain Ysuku, motosikal seperti Yamaha NVX, Yamaha R15, Yamaha Ego LC, Honda Beat dan Honda RS juga menjadi antara motosikal yang masih tertunggak bayarannya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna mengecam tindakan mereka mahu bergaya bersama motosikal popular itu tetapi tidak mahu membayar ansuran bulanan sehingga menyusahkan pihak kedai.

Tindakan Akan Diambil

Kedai itu menyatakan tujuan pinjaman kedai diberikan untuk membantu individu yang tiada dokumen lengkap untuk membuat pinjaman kerana tidak semua orang bekerja mempunyai slip gaji. Syaratnya, pembeli perlu membayar sejumlah deposit dan diteruskan dengan bayaran bulanan maksimum selama 3 tahun.

*Kredit foto: Motor Mok Mung

Namun kedai tersebut kecewa kerana masih ada segelintir rakyat Malaysia mengambil kesempatan di atas kemudahan ini dengan tidak membayar ansuran motor sehingga tiga tahun.  

Menurut pemilik kedai terbabit, tindakan selanjutnya akan dikenakan kepada mereka yang gagal menjelaskan hutang dalam tempoh yang ditetapkan.

“Amaran tunggakan pinjaman motor. Sila jelaskan segera, kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan selanjutnya. Pandai hutang, pandai bayar. Anda bayar, kami buang nama anda dari senarai ini,” jelas mereka di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language