Categories
Auto news

Bina Litar Drag Tanpa Kajian Mendalam Boleh Makan Diri – Bekas Ketua Polis

Kajian menyeluruh dan penilaian mendalam perlu dilakukan sebelum kerajaan membina litar perlumbaan drag dalam usaha membendung kegiatan lumba haram serta meningkatkan pembangunan sukan permotoran di negara ini, kata bekas ketua polis Kuala Lumpur, Dell Akbar Khan.

Dell yang pernah membanteras perlumbaan haram, memberitahu The Malaysian Insight tanpa kajian mendalam, idea untuk menjadikan kegiatan lumba haram selamat mungkin memakan diri.

*Kredit foto: World Orgs

Idea Bina Litar Drag Boleh Makan Diri

Bekas ketua polis KL itu memberi peringatan terhadap tentang percubaan gagal sebelum ini untuk menghalalkan lumba haram itu kerana ia hadir dengan kesan yang tidak diingini.

Menurut Dell, apabila beliau mencadangkan agar Mat Rempit dibenarkan berlumba di litar yang betul pada 1980-an, ideanya adalah untuk memastikan aktiviti itu selamat. Walau bagaimanapun, pihaknya mendapati selepas perlumbaan halal di litar, Mat Rempit ini akan keluar dan terus sambung berlumba secara haram di jalanan.

“Kami fikir dengan membenarkan mereka melakukannya di landasan yang betul, masalah itu akan diselesaikan tetapi ia tidak menghalang mereka,” kata Dell sambil menyeru agar kerajaan mengkaji isu itu secara mendalam kali ini.

*Kredit foto: The Malaysian Insight

Kesan Buruk Terhadap Lumba Haram

Selain iitu, Dell merasakan bahawa sekiranya kerajaan membenarkan perlumbaan jalanan di Kuala Lumpur, ia boleh mengakibatkan peningkatan dalam perjudian. Sebelum ini, bekas ketua polis KL itu bertanggungjawab mengangkut pelumba haram pada 1980-an sebelum membenarkan mereka berlumba di litar Shah Alam ketika itu.

Baru-baru ini, perdana menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangka rancangan untuk membina litar perlumbaan drag di setiap negeri di Malaysia, yang didedahkan awal bulan ini. Menurutnya, cadangan kerajaan itu akan dimasukkan dalam Bajet 2023 yang akan dibentang Oktober ini.

*Kredit foto: Berita Harian

Walaupun idea itu ada baiknya, namun ia berpotensi untuk membawa kesan yang lebih buruk terhadap golongan belia negara. Secara logiknya, mereka yang berminat dan baru-baru mencuba untuk menyertai sukan permotoran seperti drag ini akan bermula secara kecil-kecilan seperti mengubah suai motor untuk menambah kelajuan dan mencubanya di jalan raya. Ini secara tidak langsung bakal menyumbang kepada lebih banyak kelahiran Mat Rempit di masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language