December 6, 2022
Sistem pengangkutan tram mungkin dapat direalisasikan di Melaka menurut Wee Ka Siong. Walau bagaimanapun, rancangan untuk memajukan pengangkutan awam di Melaka termasuk pembinaan sistem tram ini hanya dapat direalisasikan jika wujud kestabilan dan keserasian di antara kerajaan Persekutuan dengan negeri. Realisasi Hasrat Kerajaan Melaka Jika Menang PRU Presiden MCA itu berkata keserasian itu hanya akan wujud jika calon muka baharu yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diberi mandat oleh pengundi di parlimen Tangga Batu, Alor Gajah dan Kota Melaka. Tambah Wee, idea memajukan sistem pengangkutan awam ini adalah cadangan daripada kerajaan Melaka sendiri. Sebagai caretaker kerajaan berkaitan pengangkutan, beliau berpandangan bahawa hasrat kerajaan Melaka ini akan diteruskan kerana ia sesuatu yang telah dibincangkan. "Kita perlukan mandat yang lebih besar untuk mendapatkan kepercayaan pengundi agar perkara ini dapat direncanakan dengan lebih baik," jelas Wee. Wee berkata program transformasi perkhidmatan bas henti-henti juga akan direncanakan semula selain memperhalusi projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) demi kebaikan rakyat Melaka. "Sebab itulah penting untuk rakyat guna undi dan beri sokongan kepada parti yang sama kerana perancangan agenda pembangunan yang baik adalah berlandaskan keserasian antara kerajaan pusat dan negeri memandangkan ini menjamin kesinambungan dasar dan hala tuju bersama," katanya. Jika sistem tram ini dilancarkan di Melaka tidak kiralah siapa pun yang menang pilihan raya nanti, harp-harap nasibnya tidak sama seperti perkhidmatan Monorel di Melaka yang pernah menjadi tarikan pelancong suatu ketika dahulu kini hanya mencacatkan permandangan ekoran terbengkalai tanpa beroperasi.

Sistem pengangkutan tram mungkin dapat direalisasikan di Melaka menurut Wee Ka Siong.

Walau bagaimanapun, rancangan untuk memajukan pengangkutan awam di Melaka termasuk pembinaan sistem tram ini hanya dapat direalisasikan jika wujud kestabilan dan keserasian di antara kerajaan Persekutuan dengan negeri.

Realisasi Hasrat Kerajaan Melaka Jika Menang PRU

Presiden MCA itu berkata keserasian itu hanya akan wujud jika calon muka baharu yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diberi mandat oleh pengundi di parlimen Tangga Batu, Alor Gajah dan Kota Melaka.

Tambah Wee, idea memajukan sistem pengangkutan awam ini adalah cadangan daripada kerajaan Melaka sendiri.

Sebagai caretaker kerajaan berkaitan pengangkutan, beliau berpandangan bahawa hasrat kerajaan Melaka ini akan diteruskan kerana ia sesuatu yang telah dibincangkan.

“Kita perlukan mandat yang lebih besar untuk mendapatkan kepercayaan pengundi agar perkara ini dapat direncanakan dengan lebih baik,” jelas Wee.

Wee berkata program transformasi perkhidmatan bas henti-henti juga akan direncanakan semula selain memperhalusi projek Keretapi Berkelajuan Tinggi (HSR) demi kebaikan rakyat Melaka.

“Sebab itulah penting untuk rakyat guna undi dan beri sokongan kepada parti yang sama kerana perancangan agenda pembangunan yang baik adalah berlandaskan keserasian antara kerajaan pusat dan negeri memandangkan ini menjamin kesinambungan dasar dan hala tuju bersama,” katanya.

Jika sistem tram ini dilancarkan di Melaka tidak kiralah siapa pun yang menang pilihan raya nanti, harp-harap nasibnya tidak sama seperti perkhidmatan Monorel di Melaka yang pernah menjadi tarikan pelancong suatu ketika dahulu kini hanya mencacatkan permandangan ekoran terbengkalai tanpa beroperasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language