December 7, 2022
Skuter elektrik pintar Blueshark R1 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada November tahun ini! EP Manufacturing (EPMB) bakal membawa masuk skuter elektrik pintar terkemuka dunia, Blueshark bukanlah sebagai unit CBU, namun ia bakal dipasang di negara ini memandangkan ia telah menerima lesen pengilangan daripada MITI serta telah menerima kelulusan VTA daripada JPJ. Revolusi Mobiliti Urban Hijau Malaysia Blueshark bersama-sama EPMB telah mengumumkan kerjasama dengan beberapa pemain industri tempatan seperti Blueshark Ecosystem Sdn Bhd dan Malaysian Green Technology & Climate Change Corporation (MGTC) sebagai usaha untuk merevolusi mobiliti urban hijau di Malaysia. Matlamatnya adalah untuk memangkin perniagaan dari sudut logistik dengan memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sambil memudahkan kegiatan ekonomi sambilan sekali gus membekalkan akses yang lebih baik ke atas pelbagai peluang kerjaya buat komuniti B40. Blueshark juga komited untuk menambah baik dan meluaskan infrastruktur bagi kenderaan elektrik beroda dua (2WEV) dengan ekosistem berdaya maju yang pertama seumpamanya dirumus untuk mendukung pertumbuhannya dalam skala nasional. Skuter EV Mampu Milik Menurut Zulkefly bin Baharuddin, Naib Pengerusi Eksekutif EP Manufacturing Bhd (EPMB), cara paling efektif untuk menggiatkan penerimagunaan EV adalah dengan membekalkan para pengguna akses ke atas produk yang lebih baik dan mampu milik, dikuasakan oleh solusi tenaga yang berwajaran serta ekosistem yang lengkap untuk menyokongnya. Di Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau & Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2022 hari ini, Blueshark telah memeterai sebuah MoC dengan pemain industri yang terkemuka bagi menjana peluang pekerjaan berasaskan kelestarian buat komuniti B40 sambil memudahkan penerimagunaan skuter elektrik pintar di sini. Sebuah program rintis yang akan dijalankan dalam fasa pertama dengan rakan penghantaran dan infrastruktur masing-masing akan mendemonstrasikan kebolehlaksanaan platform berelektrik ‘first-to-last mile’ serta ekosistem yang sedia menemui pasaran di kawasan Lembah Klang. Hadir dengan model pajakan komersial, Blueshark membidik untuk memperkasakan PKS dengan mengurangkan kos operasi yang merentasi seluruh ekosistem selain menjadikan Blueshark pilihan yang bijak untuk perniagaan dan untuk kelestarian alam sekitar. Bahkan, langkah ini juga mampu mengangkat komuniti-komuniti tempatan dalam kategori pendapatan rendah menerusi akses ke atas peluang pekerjaan hijau. Sementara itu, pusat 3S pertama milik Blueshark yang bakal dibuka tidak lama lagi di Glenmarie. Ini membuktikan komitmen mereka untuk memperkayakan infrastruktur tempatan dan membekalkan sokongan ekosistem yang utuh buat para penunggang sepanjang tempoh program rintis berkenaan dan selanjutnya. Mengenai Blueshark R1 Blueshark R1 dikuasakan dengan motor elektrik berkuasa 5,000 W yang menghasilkan tork yang amat tinggi, iaitu pada 201 Nm tork. Skuter ini memerlukan 4.9 saat untuk bergerak dari 0-50 km/j manakala kelajuan maksimumnya hanyalah 80 Km/j sahaja. Baterinya pula dilengkapi dengan bateri lithium ion berkembar berkapasiti 2,880 Wh yang boleh dicas terus bersama motosikal atau baterinya boleh ditanggalkan untuk dicas. Selama 3.5 jam diperlukan untuk mengecas dari 0-100% manakala dari 0-80%, hanya 2.5 jam diperlukan. Apabila dicas penuh, R1 ini mampu bergerak sehingga 160 km. Selain itu, motosikal ini dilengkapi dengan Sistem Operasi ArkRide, sebuah sistem operasi canggih dan sentiasa terhubung yang hadir dengan ciri interaksi peranti pintar. Ia membawakan pengataramuka mesra pengguna berasaskan Android yang boleh disuai di samping pelbagai ciri bantuan penunggang yang membolehkan pengemaskinian perisian dibuat dari jauh, turut hadir dengan telemetri kenderaan serba komprehensif yang disambungkan kepada Internet Kenderaan (IoV) kami sendiri. Ketika ini, harga bagi skuter elektrik pintar ini masih belum didedahkan. Nantikan pelancaran skuter ini di pasaran Malaysia pada November ini!

Skuter elektrik pintar Blueshark R1 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada November tahun ini!

EP Manufacturing (EPMB) bakal membawa masuk skuter elektrik pintar terkemuka dunia, Blueshark bukanlah sebagai unit CBU, namun ia bakal dipasang di negara ini memandangkan ia telah menerima lesen pengilangan daripada MITI serta telah menerima kelulusan VTA daripada JPJ.

Revolusi Mobiliti Urban Hijau Malaysia

Blueshark bersama-sama EPMB telah mengumumkan kerjasama dengan beberapa pemain industri tempatan seperti Blueshark Ecosystem Sdn Bhd dan Malaysian Green Technology & Climate Change Corporation (MGTC) sebagai usaha untuk merevolusi mobiliti urban hijau di Malaysia.

Matlamatnya adalah untuk memangkin perniagaan dari sudut logistik dengan memperkasakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sambil memudahkan kegiatan ekonomi sambilan sekali gus membekalkan akses yang lebih baik ke atas pelbagai peluang kerjaya buat komuniti B40.

Blueshark juga komited untuk menambah baik dan meluaskan infrastruktur bagi kenderaan elektrik beroda dua (2WEV) dengan ekosistem berdaya maju yang pertama seumpamanya dirumus untuk mendukung pertumbuhannya dalam skala nasional.

Skuter EV Mampu Milik

Menurut Zulkefly bin Baharuddin, Naib Pengerusi Eksekutif EP Manufacturing Bhd (EPMB), cara paling efektif untuk menggiatkan penerimagunaan EV adalah dengan membekalkan para pengguna akses ke atas produk yang lebih baik dan mampu milik, dikuasakan oleh solusi tenaga yang berwajaran serta ekosistem yang lengkap untuk menyokongnya.

Di Persidangan dan Pameran Teknologi Hijau & Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) 2022 hari ini, Blueshark telah memeterai sebuah MoC dengan pemain industri yang terkemuka bagi menjana peluang pekerjaan berasaskan kelestarian buat komuniti B40 sambil memudahkan penerimagunaan skuter elektrik pintar di sini.

Sebuah program rintis yang akan dijalankan dalam fasa pertama dengan rakan penghantaran dan infrastruktur masing-masing akan mendemonstrasikan kebolehlaksanaan platform berelektrik ‘first-to-last mile’ serta ekosistem yang sedia menemui pasaran di kawasan Lembah Klang.

Hadir dengan model pajakan komersial, Blueshark membidik untuk memperkasakan PKS dengan mengurangkan kos operasi yang merentasi seluruh ekosistem selain menjadikan Blueshark pilihan yang bijak untuk perniagaan dan untuk kelestarian alam sekitar. Bahkan, langkah ini juga mampu mengangkat komuniti-komuniti tempatan dalam kategori pendapatan rendah menerusi akses ke atas peluang pekerjaan hijau.

Sementara itu, pusat 3S pertama milik Blueshark yang bakal dibuka tidak lama lagi di Glenmarie. Ini membuktikan komitmen mereka untuk memperkayakan infrastruktur tempatan dan membekalkan sokongan ekosistem yang utuh buat para penunggang sepanjang tempoh program rintis berkenaan dan selanjutnya.

Mengenai Blueshark R1

Blueshark R1 dikuasakan dengan motor elektrik berkuasa 5,000 W yang menghasilkan tork yang amat tinggi, iaitu pada 201 Nm tork. Skuter ini memerlukan 4.9 saat untuk bergerak dari 0-50 km/j manakala kelajuan maksimumnya hanyalah 80 Km/j sahaja.

Baterinya pula dilengkapi dengan bateri lithium ion berkembar berkapasiti 2,880 Wh yang boleh dicas terus bersama motosikal atau baterinya boleh ditanggalkan untuk dicas. Selama 3.5 jam diperlukan untuk mengecas dari 0-100% manakala dari 0-80%, hanya 2.5 jam diperlukan. Apabila dicas penuh, R1 ini mampu bergerak sehingga 160 km.

Selain itu, motosikal ini dilengkapi dengan Sistem Operasi ArkRide, sebuah sistem operasi canggih dan sentiasa terhubung yang hadir dengan ciri interaksi peranti pintar. Ia membawakan pengataramuka mesra pengguna berasaskan Android yang boleh disuai di samping pelbagai ciri bantuan penunggang yang membolehkan pengemaskinian perisian dibuat dari jauh, turut hadir dengan telemetri kenderaan serba komprehensif yang disambungkan kepada Internet Kenderaan (IoV) kami sendiri.

Ketika ini, harga bagi skuter elektrik pintar ini masih belum didedahkan. Nantikan pelancaran skuter ini di pasaran Malaysia pada November ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Generated by Feedzy
Language