Categories
Auto news

Buka Pintu Kereta Tanpa Periksa Cermin Sisi, Pintu Proton Ertiga Bersepai

Akibat tidak melihat keadaan sekeliling sebelum membuka pintu, sebuah Proton Ertiga telah kehilangan pintunya setelah dibedil adiknya, Proton Saga.

Insiden ringkas namun cukup bermanfaat ini telah berjaya dirakamkan melalui sebuah perkongsian video ‘Live’ seorang peniaga Putu Piring di Facebook.

*Kredit video: Kelasssik Putu Piring (rujuk minit ke 12:15)

Melalui video tersebut, Proton Ertiga itu diletakkan di tepi jalan yang sibuk, kemungkinan ingin membeli putu piring yang dijual oleh peniaga tersebut.

Walau bagaimanapun, seorang wanita di bahagian penumpang hadapan kereta dilihat telah membuka pintu kereta tanpa memeriksa keadaan sekeliling menyebabkan pintu Ertiga itu musnah dilanggar Proton Saga yang kebetulan melalui jalan itu.

Kepentingan Cermin Sisi Kereta

Insiden ini telah meraih perhatian ramai yang menyifatkan bahawa tindakan tidak mengambil masa selama beberapa saat untuk melihat cermin sisi sebelum keluar kereta boleh mengakibatkan keperitan yang mendalam dari segi ekonomi bagi pemilik kereta.

Walaupun tindakan ini hanya mengambil masa beberapa saat, namun ia mampu menyelamatkan pintu kereta mahupun nyawa mereka yang ingin keluar dari kereta.

Susulan daripada kejadian ini, orang ramai diseru untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling sebelum membuka pintu kereta, tambah-tambah lagi jika kereta diletakkan di tepi jalan raya yang sesak.

Tips Sebelum Keluar Kereta

Lihat Cermin sisi

Jika kereta diiletakkan di tepi jalan atau di kawasan yang sibuk, pastikan ada menggunakan cermin sisi sebelum keluar kereta bagi memastikan tiada ‘incoming traffic’ dari arah belakang yang berisiko untuk melanggar anda mahupun pintu kereta anda.

Pastikan kereta berada pada gear yang betul

Jika kereta berhenti, pastikan kereta berada pada gear yang betul (P atau N) Ini bagi memastikan kereta tidak bergerak jikalau brek dilepaskan tanpa sengaja ketika kereta berada pada gear D. Insiden ini boleh mencederakan penumpang yang mahu keluar jika.

Jangan Tinggalkan Barang Berharga

Perkara ini pula dikhaskan pada mereka yang membawa barang berharga seperti laptop ataupun beg tangan. Sebelum keluar, pastikan barang berharga seperti itu dibawa sekali atau disorok daripada padangan umum kerana ini berisiko untuk menarik perhatian pencuri.

Diharapkan kejadian ini tidak berulang kepada individu lain di masa hadapan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language