Categories
Auto news

Bukit Bintang Mungkin Jadi Lokasi Bebas Kenderaan

Bukit Bintang mungkin bakal menjadi kawasan bebas kenderaan di Kuala Lumpur.

Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Jalaluddin Alias, ini akan menyusuli penutupan mingguan pada hari Ahad yang dilalukan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR).

DBKL Teliti Kawasan Program Bebas Kenderaan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang meneliti beberapa kawasan lain di ibu negara untuk dijadikan lokasi bebas kenderaan. Setakat ini, Jalaluddin berkata Bukit Bintang merupakan kawasan yang berpotensi untuk mewujudkan kawasan pejalan kaki di tengah bandar.

“Selepas Jalan TAR, kita bercadang untuk melaksanakan program bebas kenderaan di sekitar kawasan Hotel Federal kerana itu adalah kawasan tumpuan pejalan kaki,” jelasnya.

Ketika ini, pihaknya masih dalam sesi libat urus dengan pihak berkepentingan serta orang awam. Jika ia berjaya dan diluluskan, perkara itu akan diumumkan kelak.

Orang Awam Sambut Baik Program Bebas Kenderaan

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata pihaknya telah menerima maklum balas positif daripada orang awam termasuk peniaga berhubung penutupan Jalan TAR pada setiap Ahad.

“Perkara ini bukannlah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan, jadi kita perlu mendapatkan maklum balas orang ramai bagi menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin timbul selepas itu,” tambahnya.

Disebabkan perkara itu, Mahadi berkata pihaknya sedang merancang untuk membawa lebih banyak program dan aktiviti untuk memeriahkan lagi kawasan bebas kenderaan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language