Categories
Auto news

Cadangan Waktu Perjalanan Balik Kampung PLUS – Keluar Sebelum 10 Pagi

Nak balik kampung pada 29 April hingga 2 Mei untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri? PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menasihatkan pengguna dari Lembah Klang supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 10 pagi dan mematuhi jadual perjalanan yang dikeluarkan.

Memandangkan ini merupakan kali pertama Aidilfitri disambut selepas 2 tahun menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PLUS menjangkakan kira-kira 2 juta kenderaan akan berada di lebuh raya ketka musim perayaan ini.

*Kredit infografik: PLUS Malaysia

Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) Balik Kampung Dan Pulang Ke Bandar

Rancang perjalanan anda bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Orang ramai yang menuju ke lokasi di bawah pada 29 April hingga 2 Mei dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya lebih awal iaitu sebelum jam 10 pagi.

Perlis
Kedah
Pulau Pinang
Perak (Utara)
Johor

Bagi mereka yang menuju ke lokasi yang lebih dekat atau negeri selain dari yang dinyatakan, anda dinasihatkan untuk memasuki lebuh raya selepas jam 1 petang.

Bagi orang ramai yang mahu pulang ke Lembah Klang pada 5 Mei hingga 9 Mei dinasihatkan supaya memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi bagi mengelakkan kesesakan luar biasa.

*Kredit foto: The Sentral

Jangkaan Tempoh Perjalanan

Menurut Pegawai Operasi Plus, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi, berdasarkan simulasi pola perjalanan trafik pada musim perayaan, bagi pelanggan lebuh raya utara ke Lembah Klang dijangka akan mengalami tempoh perjalanan hingga 10 jam atau dua kali lebih panjang dari purata tempoh perjalanan jika memasuki lebuh raya selepas jam 9 pagi.

Tempoh perjalanan dari selatan ke Lembah Klang pula bakal mencecah sehingga 7 jam atau dua kali lebih panjang berbanding purata tempoh perjalanan jika memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi.

*Kredit foto: Harian Metro

Kepentingan Mematuhi Cadangan Waktu Perjalanan

TTA yang dikeluarkan PLUS ini bertujuan untuk mengagihkan trafik dan mengelakkan kesesakan daripada memasuki lebuh raya secara serentak di laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat.

Ia telah direka berdasarkan pola perjalanan trafik daripada musim perayaan dan cuti panjang yang lalu sebagai panduan bagi memberikan pengalaman perjalanan terbaik kepada pengguna.

Menurut Zakaria, TTA ini mampu mengelak trafik yang menuju ke destinasi yang lebih jauh darupada bertembung dengan kumpulan kenderaan yang menuju ke destinasi yang lebih dekat.

Selain jadual TTA, pelanggan juga disarankan untuk menggunakan aplikasi PLUS, Waze atau Google Map untuk mendapatkan pelan perjalanan yang lebih baik.

Makklumat trafik terkini juga boleh didapati menerusi twitter @PLUStrafik, talian PLUSLine 1800-88-0000, Chatbot PUTRI, papan tanda elektronik (VMS) di lokasi terpilih serta mengikuti laporan terkini menerusi siaran radio utama negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language