Categories
Auto news

Caj Tol Maksimum Dikenakan Jika Tak Ikut Lorong Tol Yang Betul – Touch n’ Go

Pernah tak terfikir apa yang bakal berlaku kalau jika anda masuk lebuh raya menggunakan lorong RFID dan keluar menggunakan Smart Tag atau Touch ‘n Go (TNG)?

Jawapannya, anda akan dicaj lebih!

Caj Tol Maksimum Secara Automatik Akan Dikenakan

Baru-baru ini telah tular satu video yang menunjukkan seorang pengguna dikenakan caj RM37.47 di plaza tol Kota Damansara di Lebuhraya PLUS berbanding caj kebiasaannya yang tidak sampai RM2.00.

Puncanya? Pengguna itu tidak menggunakan lorong RFID ketika keluar dan masuk ke lebuh raya. Walaupun ramai yang sudah tahu mengenai peraturan ini, namun ramai yang tidak tahu dengan caj denda yang bakal dikenakan jika anda tidak menggunakan lorong tol yang betul.

Menurut Touch n’ Go, caj tol maksimum akan dikenakan secara automatik jika kad Touch ‘n Go tidak digunakan dengan betul, seperti;

‘Touching-in’ di plaza tol masuk dan ‘touching-out’ di plaza tol keluar menggunakan kad yang berbeza
Masuk dan keluar di plaza tol yang sama (membuat pusingan U).
Data masuk/keluar pelanggan tidak ditangkap oleh sistem kerana cara penggunaan SmartTAG yang tidak betul, iaitu mempunyai bateri SmartTAG yang lemah, bergerak terlalu laju di lorong SmartTAG dan mengikut terlalu dekat dari kenderaan hadapan 
‘Sentuh masuk’ di tempat asal dan ‘sentuh keluar’ di plaza tol keluar melebihi had masa (> 20 jam)
Apabila berlaku ralat sistem di mana pembaca gagal mengesan kad di plaza tol masuk.

Apabila perkara di atas berlaku, sistem tidak dapat mengenal pasti dari plaza tol mana seseorang pemandu itu masuk kerana tiada bukti dalam bentuk tiket atau kad Touch ‘n Go ‘touched-in’. Oleh itu, sistem akan menganggap pemandu itu datang dari plaza tol paling jauh.

Nak Refund? Tunggu 30 Hari

Menurut TNG, untuk melaporkan lebihan caj, potongan dua kali atau caj yang tidak betul pada kad Touch ‘n Go anda, sila ikut langkah di bawah untuk mendapatkan bayaran balik.

Klik pada pautan ini https://customerservice.touchngo.com.my/erefund
Anda akan diarahkan ke halaman “e-Refund”. Isikan semua butiran yang diperlukan
Sila pastikan butiran anda betul dan klik “Serah”.

Permintaan bayaran balik untuk penggunaan lebihan caj di tol Plus hanya dibenarkan untuk tempoh 30 hari dari tarikh kejadian. Amaun bayaran balik akan diproses dalam masa 30 hari dari tarikh penyerahan e-Refund anda.

Menurut reaksi netizen, rata-rata mereka yang memohon bayaran balik kerana dikenakan caj tol maksimum masih lagi tidak menerima bayaran balik walaupun sudah melebihi 30 hari.

Kesimpulannya, jangan suka-suka tukar lorong di plaza tol sekiranya lorong RFID sesak jika tak mahu dicaj lebih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language