May 27, 2022
Touch ‘n Go bakal melancarkan Enhanced Touch ‘n Go Card atau dipanggil kad TNG generasi baharu yang dilengkapi dengan ciri NFC (Near Field Communication). Baru-baru ini, pihak TNG telah berkongsi beberapa buah video berkenaan kad baharu tersebut di saluran YouTube mereka namun video itu telah dipadamkan kerana ia dipercayai telah tersebar tanpa sengaja. Kad NFC Touch 'n Go Tidak lama lagi, TNG bakal melancarkan kemudahan menambah nilai kad fizikal baharu mereka yang dilengkapi fungsi baharu NFC yang membolehkan pengguna menambah nilai kad fizikal melalui aplikasi TNG eWallet sahaja. Kad fizikal yang sedang digunakan oleh TNG pada ketika ini tidak dilengkapi dengan ciri NFC. Ini bermakna pengguna perlu membeli kad Enhanced Touch ‘n Go baharu untuk menggunakan fungsi tersebut. Dengan kad Enhanced Touch ‘n Go, pengguna boleh menambah nilai kad fizikal mereka tanpa perlu ke kiosk, stesen minyak, 7-Eleven atau kaunter perkhidmatan tanpa sebarang yuran tambahan. Cara Aktifkan Kad NFC TNG Fungsi ini boleh digunakan bagi peranti iOS dan Android yang mempunyai ciri NFC sahaja Pautkan kad tersebut ke aplikasi eWallet untuk semak baki serta tambah nilai Tambah nilai kad menggunakan baki eWallet Letakkan kad baharu dibelakang telefon pintar selama 5 saat Selain itu, baki kad baharu itu juga akan diasingkan dari baki eWallet, sama seperti kad fizikal sedia ada ketika ini. Mana Nak beli Kad NFC TNG? Berdasarkan video yang tersebar itu, kad baharu TNG dengan fungsi NFC ini boleh didapati secara terus di aplikasi TNG eWallet, sama seperti proses membeli Tag RFID melalui aplikasi terbabit. Selain itu, video itu juga memaparkan bahawa kad ini dijual pada harga RM10 tidak termasuk caj penghantaran. Menurut perkongsian sebuah portal gajet dan teknologi, jurujual TNG di NU Sentral berkata ciri tambah nilai secara NFC menggunakan aplikasi TNG eWallet dijangka mungkin hanya aktif sekitar bulan Mei nanti. Pada awalnya, pihak TNG telah pun menjual kad NFC ini kepada umum, namun ia telah diberhentikan atas sebab yang tidak diketahui. Mungkin ingin menunggu tarikh pelancarannya. Kalau ada yang tidak sabar, anda boleh mendapatkan kad NFC ini di platform jual beli atas talian dengan harga yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, fungsi baharu tambah nilai melalui NFC ini hanya akan boleh digunakan apabila kad baharu ini dilancarkan secara rasmi kelak. *Kredit foto: Soya Cincau

Touch ‘n Go bakal melancarkan Enhanced Touch ‘n Go Card atau dipanggil kad TNG generasi baharu yang dilengkapi dengan ciri NFC (Near Field Communication).

Baru-baru ini, pihak TNG telah berkongsi beberapa buah video berkenaan kad baharu tersebut di saluran YouTube mereka namun video itu telah dipadamkan kerana ia dipercayai telah tersebar tanpa sengaja.

Kad NFC Touch ‘n Go

Tidak lama lagi, TNG bakal melancarkan kemudahan menambah nilai kad fizikal baharu mereka yang dilengkapi fungsi baharu NFC yang membolehkan pengguna menambah nilai kad fizikal melalui aplikasi TNG eWallet sahaja.

Kad fizikal yang sedang digunakan oleh TNG pada ketika ini tidak dilengkapi dengan ciri NFC. Ini bermakna pengguna perlu membeli kad Enhanced Touch ‘n Go baharu untuk menggunakan fungsi tersebut.

Dengan kad Enhanced Touch ‘n Go, pengguna boleh menambah nilai kad fizikal mereka tanpa perlu ke kiosk, stesen minyak, 7-Eleven atau kaunter perkhidmatan tanpa sebarang yuran tambahan.

Cara Aktifkan Kad NFC TNG

Fungsi ini boleh digunakan bagi peranti iOS dan Android yang mempunyai ciri NFC sahaja
Pautkan kad tersebut ke aplikasi eWallet untuk semak baki serta tambah nilai
Tambah nilai kad menggunakan baki eWallet
Letakkan kad baharu dibelakang telefon pintar selama 5 saat

Selain itu, baki kad baharu itu juga akan diasingkan dari baki eWallet, sama seperti kad fizikal sedia ada ketika ini.

Mana Nak beli Kad NFC TNG?

Berdasarkan video yang tersebar itu, kad baharu TNG dengan fungsi NFC ini boleh didapati secara terus di aplikasi TNG eWallet, sama seperti proses membeli Tag RFID melalui aplikasi terbabit.

Selain itu, video itu juga memaparkan bahawa kad ini dijual pada harga RM10 tidak termasuk caj penghantaran.

Menurut perkongsian sebuah portal gajet dan teknologi, jurujual TNG di NU Sentral berkata ciri tambah nilai secara NFC menggunakan aplikasi TNG eWallet dijangka mungkin hanya aktif sekitar bulan Mei nanti.

Pada awalnya, pihak TNG telah pun menjual kad NFC ini kepada umum, namun ia telah diberhentikan atas sebab yang tidak diketahui. Mungkin ingin menunggu tarikh pelancarannya.

Kalau ada yang tidak sabar, anda boleh mendapatkan kad NFC ini di platform jual beli atas talian dengan harga yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, fungsi baharu tambah nilai melalui NFC ini hanya akan boleh digunakan apabila kad baharu ini dilancarkan secara rasmi kelak.

*Kredit foto: Soya Cincau

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Language