September 24, 2022
Tahukah anda road tax kereta (cukai jalan) atau dikenali juga sebagai Lesen kenderaan motor (LKM) yang dikeluarkan oleh JPJ Malaysia boleh dibatalkan dan dituntut semula bayarannya? Masih ada yang tidak tahu bahawa wang road tax tersebut boleh dikembalikan semula kepada pemilik jika road tax itu dibatalkan. Ada beberapa sebab mengapa road tax perlu dibatalkan seperti: Ingin menjual kereta sedia ada Ingin menukar jenis atau syarikat insurans Selaras dengan budaya orang kita, amat jarang sekali orang batalkan road tax kerana ingin menukar insurans. Selalunya seseorang itu akan menghabiskan sahaja tempoh sah road tax yang ada sebelum menukar insurans. Cara Batalkan Road Tax Kereta Menjual kereta adalah faktor utama seseorang membatalkan road tax kereta. Perlu ke? Jawapannya wajib sebab proses ini merupakan syarat wajib untuk menukar nama pemilik kenderaan. Jika ia tidak dilakukan, proses menukar nama tidak dapat diteruskan. Berikut merupakan langkah yang perlu anda sediakan untuk membatalkan road tax kereta: Sediakan salinan kad pengenalan anda (pemilik kereta asal/lama) dan geran original Kunjungi bank untuk mengambil penyata bank dengan pengesahan cop pegawai bank Cabut road tax kereta anda Bawa road tax kereta, salinan geran, salinan kad pengenalan dan penyata bank tadi ke JPJ untuk proses pembatalan. Jika road tax kereta tersebut tidak dapat dipulangkan atas alasan hilang, anda perlu membayar denda road tax hilang terlebih dahulu. Kemudian, barulah tukar nama kepada pemilik baru dapat dibuat. Cara Dapatkan Refund Road Tax Yang Dibatalkan Tahukah anda road tax kereta ini boleh dituntut semula daripada JPJ? Menurut perkongsian seorang pegawai JPJ di YouTube, wang itu akan dikembalikan selewat-lewatnya 3 bulan daripada tempoh permohonan. Berikut merupakan proses permohonan serta dokumen yang perlu dibawa untuk mendapatkan bayaran balik: Isi dua keping Borang Pembatalan dan Permohonan Pulangan Balik Hasil LKM (borang JPJK6) – borang ini boleh didapati di laman web JPJ atau di kaunter JPJ. Sertakan road tax asal kereta, salinan geran, salinan kad pengenalan dan penyata bank ke JPJ. Bawa salinan slip butiran bayaran balik road tax (dicetak daripada sistem MySikap). Salinan slip butiran bayaran balik road tax akan diberikan ketika proses menukar nama dibuat. Sebagai contoh, jika harga road tax bernilai RM800 setahun dan pemilik hanya menggunakannya dalam tempoh sebulan, masih ada lebihan baki road tax itu boleh dituntut. Apabila menukar nama, pemilik akan menerima slip butiran bayaran balik road tax secara automatik berserta nilai bayaran balik yang boleh dituntut. Kaedah ini disarankan bagi mereka yang menggunakan kereta dengan kapasiti enjin yang besar seperti Toyota Hilux ataupun Toyota Estima. Itu sahaja proses yang diperlukan untuk membatalkan dan menuntut refund bagi road tax yang dibatalkan. Proses ini juga boleh dilakukan oleh wakil sahaja sekiranya pemilik tiada masa untuk ke JPJ untuk berurusan.  

Tahukah anda road tax kereta (cukai jalan) atau dikenali juga sebagai Lesen kenderaan motor (LKM) yang dikeluarkan oleh JPJ Malaysia boleh dibatalkan dan dituntut semula bayarannya?

Masih ada yang tidak tahu bahawa wang road tax tersebut boleh dikembalikan semula kepada pemilik jika road tax itu dibatalkan. Ada beberapa sebab mengapa road tax perlu dibatalkan seperti:

Ingin menjual kereta sedia ada
Ingin menukar jenis atau syarikat insurans

Selaras dengan budaya orang kita, amat jarang sekali orang batalkan road tax kerana ingin menukar insurans. Selalunya seseorang itu akan menghabiskan sahaja tempoh sah road tax yang ada sebelum menukar insurans.

Cara Batalkan Road Tax Kereta

Menjual kereta adalah faktor utama seseorang membatalkan road tax kereta. Perlu ke? Jawapannya wajib sebab proses ini merupakan syarat wajib untuk menukar nama pemilik kenderaan. Jika ia tidak dilakukan, proses menukar nama tidak dapat diteruskan.

Berikut merupakan langkah yang perlu anda sediakan untuk membatalkan road tax kereta:

Sediakan salinan kad pengenalan anda (pemilik kereta asal/lama) dan geran original
Kunjungi bank untuk mengambil penyata bank dengan pengesahan cop pegawai bank
Cabut road tax kereta anda
Bawa road tax kereta, salinan geran, salinan kad pengenalan dan penyata bank tadi ke JPJ untuk proses pembatalan.

Jika road tax kereta tersebut tidak dapat dipulangkan atas alasan hilang, anda perlu membayar denda road tax hilang terlebih dahulu. Kemudian, barulah tukar nama kepada pemilik baru dapat dibuat.

Cara Dapatkan Refund Road Tax Yang Dibatalkan

Tahukah anda road tax kereta ini boleh dituntut semula daripada JPJ? Menurut perkongsian seorang pegawai JPJ di YouTube, wang itu akan dikembalikan selewat-lewatnya 3 bulan daripada tempoh permohonan.

Berikut merupakan proses permohonan serta dokumen yang perlu dibawa untuk mendapatkan bayaran balik:

Isi dua keping Borang Pembatalan dan Permohonan Pulangan Balik Hasil LKM (borang JPJK6) – borang ini boleh didapati di laman web JPJ atau di kaunter JPJ.
Sertakan road tax asal kereta, salinan geran, salinan kad pengenalan dan penyata bank ke JPJ.
Bawa salinan slip butiran bayaran balik road tax (dicetak daripada sistem MySikap).

Salinan slip butiran bayaran balik road tax akan diberikan ketika proses menukar nama dibuat. Sebagai contoh, jika harga road tax bernilai RM800 setahun dan pemilik hanya menggunakannya dalam tempoh sebulan, masih ada lebihan baki road tax itu boleh dituntut.

Apabila menukar nama, pemilik akan menerima slip butiran bayaran balik road tax secara automatik berserta nilai bayaran balik yang boleh dituntut. Kaedah ini disarankan bagi mereka yang menggunakan kereta dengan kapasiti enjin yang besar seperti Toyota Hilux ataupun Toyota Estima.

Itu sahaja proses yang diperlukan untuk membatalkan dan menuntut refund bagi road tax yang dibatalkan. Proses ini juga boleh dilakukan oleh wakil sahaja sekiranya pemilik tiada masa untuk ke JPJ untuk berurusan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Generated by Feedzy
Language