December 6, 2023
Dapatkan maklumat lengkap tentang saman, cara semak saman polis, bayar saman online, isu saman blacklist dan cara dapatkan diskaun saman.   Kandungan Bagaimana Cara Check Saman Polis dan Bayar Saman Menggunakan Mybayar Saman? Bagaimana Cara Check Saman MyEG? Bagaimana Cara Check Saman SMS? Apa Itu Saman Blacklist / JPJ Blacklist? Ketahui Jenis Saman dan Cara Bayarannya Anda Terlanggar Lampu Isyarat? Nak Tahu Berapa Kadar Saman yang Dikenakan? Jom Baca Lebih Lanjut Tentang Jenis Kesalahan dan Kadar Saman. Saman Pun Ada Diskaun? Ketahui Cara Dapatkan Diskaun Saman Disini.   Pandu Cermat, Jiwa Selamat. Kesilapan kita sebagai pengguna jalan raya boleh mendatangkan bahaya bukan saja pada diri sendiri namun juga pengguna lain. Bagi memastikan keharmonian jalan raya, pihak JPJ telah melaksanakan langkah pencegahan berbentuk saman bagi kesalahan jalan raya yang dilakukan. Jadi, marilah kita menggunakan jalan raya dengan betul dan mengelak diri anda dari disaman. Namun, sekiranya anda masih melakukan kesalahan jalan raya dan disaman, apa yang perlu dibuat? Jom baca artikel ini.   Bagaimana Cara Check Saman Polis dan Bayar Saman Menggunakan MyBayar saman? Terdapat tiga pilihan untuk semak dan bayar saman. Salah satunya, anda boleh check saman online dan bayar menggunakan My Bayar saman iaitu dengan melawati laman web, aplikasi di telefon, atau di kaunter. Baca info lanjut dibawah: Laman web rasmi MyBayar PDRM  Buka “browser” Google, Safari dll komputer atau telefon pintar anda. Lawat laman web rasmi MyBayar PDRM seperti url dibawah. https://mybayar.rmp.gov.my/en Daftar pengguna baharu jikalau anda belum pernah mendaftar dan isi borang tersebut. Dalam laman perkhidmatan, tekan ‘Semakan/Bayaran Saman’ untuk check saman PDRM dan anda akan diberi senarai saman bagi kenderaan yang didaftarkan. Pilih saman yang hendak dijelaskan, masukkan Kod Baucar jika ada, dan buat pembayaran terus menerusi portal tersebut. Bayaran saman anda dikira sudah selesai setelah menerima notifikasi transaksi daripada bank menerusi SMS atau app bank yang digunakan. Resit elektronik daripada PDRM akan diterima di app atau portal MyBayar PDRM. Menggunakan applikasi MyBayar PDRM di telefon pintar Muat turun app MyBayar PDRM dalam telefon pintar atau tablet anda di Google Play/App Store/AppGallery. Prosesnya sama seperti laman web MyBayar PDRM, hanya rekaan paparannya berbeza sedikit. Selain daripada membayar saman, anda juga boleh mendapatkan dokumen kemalangan di MyBayar PDRM. Bayaran secara bersemuka di Kaunter Jika masih mahu berurusan secara empat mata, bolehlah berkunjung ke kaunter atau kiosk JPJ ataupun Balai Polis Trafik berhampiran anda. Kaunter sementara (pop-up) juga disediakan di acara-acara tertentu seperti aktiviti anjuran PBT dan sebagainya.   Bagaimana Cara Check Saman MyEG? Ada ke cara cek saman guna No IC ? Semestinya boleh di Portal MyEG. Portal MyEG membolehkan anda membuat semakan dan pembayaran saman JPJ sahaja. Cara bayarannya adalah seperti berikut : Buka “browser” Google, Safari dll komputer atau telefon pintar anda. Lawat laman web rasmi MyEG seperti url dibawah. https://www.myeg.com.my/ Klik logo Jabatan Pengangkutan Jalan dan kemudian tekan “SEMAK & BAYAR SAMAN JPJ”. Isi butiran yang diminta. MyEG hanya memerlukan No IC anda untuk membuat semakan. Semudah abc. Jikalau terdapat sebarang saman, anda boleh terus membuat pembayaran. Bagaimana Cara Check Saman SMS? Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan/ Nombor Plat Kenderaan Hantar ke 15888 atau 32728 Apa Itu Saman Blacklist / JPJ Blacklist? Ketahui Jenis Saman dan Cara Bayarannya Saman beserta kompaun: Cukup mudah, hanya bayar kompaun tersebut secara online. Anda juga boleh pergi ke kaunter JPJ/PDRM sekiranya perlu penjelasan lanjut. Saman tidak boleh dikompaun (NC): Pergi ke Balai Polis Trafik segera untuk pemeriksaan. Selalunya saman ini memerlukan anda untuk naik ke mahkamah. Saman NC telah disenarai hitam (Saman blacklist): Selalunya disebabkan oleh tabiat menangguh kunjungan ke balai. Menangguh bayaran saman juga boleh menyebabkan label W (Arrest Warrant) berwarna merah timbul pada deskripsi saman.   Anda Terlanggar Lampu Isyarat? Nak Tahu Berapa Kadar Saman yang Dikenakan? Jom Baca Lebih Lanjut Tentang Jenis Kesalahan dan Kadar Saman.   Jenis-jenis kesalahan A B C D Memandu laju (Tidak melebihi 40 km/j dari had yang ditetapkan) Membuat pusingan ‘U’ di tempat yang tidak dibenarkan. Brek tidak efisyen Berhenti di petak kuning Tidak mematuhi isyarat ‘No Entry’ Gagal mematuhi lampu isyarat Tidak memakai tali pinggang keledar Memotong barisan Menggunakan lorong kecemasan Tiada lesen memandu Lampu tidak menyala Lampu brek tidak berfungsi Tidak memasang lampu Tidak memasang cermin sisi Membawa barang di dalam kenderaan yang tidak bersesuaian Lesen memandu tamat tempoh Tidak hadir pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan perdagangan Tidak membuat tukar milik Tidak mempamerkan plat ‘P’ Memandu laju (melebihi 40 km/j dari had yang ditetapkan) Pemandu teksi tidak menggunakan meter Kadar saman untuk semua jenis kenderaan: 1 – 15 hari = RM150 16 – 30 hari = RM200 31 – 60 hari = RM300   1 – 15 hari = RM100 16 – 30 hari = RM150 31 – 60 hari = RM250 1 – 15 hari = RM70 16 – 30 hari = RM120 31 – 60 hari = RM150 1 – 60 hari =RM300 Kadar saman untuk motosikal bawah 250cc: 1 – 15 hari = RM100 16 – 30 hari = RM150 31 – 60 hari =RM300   1 – 15 hari = RM50 16 – 30 hari = RM100 31 – 60 hari =RM150 1 – 15 hari = RM40 16 – 30 hari = RM70 31 – 60 hari =RM120 1 – 60 hari =RM300   Saman Pun Ada Diskaun? Ketahui Cara Dapatkan Diskaun Saman Disini. Sebarang tawaran diskaun saman adalah bergantung kepada ketetapan pihak berkuasa. Pastikan anda peka dan tidak terlepas dengan berita semasa tentang tarikh promosi diskaun saman yang bakal diadakan. Sebagai contoh yang berlaku pada bulan April baru-baru ini, semua saman trafik telah diturunkan kepada RM50.    

Dapatkan maklumat lengkap tentang saman, cara semak saman polis, bayar saman online, isu saman blacklist dan cara dapatkan diskaun saman.

 

Kandungan

Bagaimana Cara Check Saman Polis dan Bayar Saman Menggunakan Mybayar Saman?
Bagaimana Cara Check Saman MyEG?
Bagaimana Cara Check Saman SMS?
Apa Itu Saman Blacklist / JPJ Blacklist? Ketahui Jenis Saman dan Cara Bayarannya
Anda Terlanggar Lampu Isyarat? Nak Tahu Berapa Kadar Saman yang Dikenakan? Jom Baca Lebih Lanjut Tentang Jenis Kesalahan dan Kadar Saman.
Saman Pun Ada Diskaun? Ketahui Cara Dapatkan Diskaun Saman Disini.

 

Pandu Cermat, Jiwa Selamat. Kesilapan kita sebagai pengguna jalan raya boleh mendatangkan bahaya bukan saja pada diri sendiri namun juga pengguna lain. Bagi memastikan keharmonian jalan raya, pihak JPJ telah melaksanakan langkah pencegahan berbentuk saman bagi kesalahan jalan raya yang dilakukan. Jadi, marilah kita menggunakan jalan raya dengan betul dan mengelak diri anda dari disaman. Namun, sekiranya anda masih melakukan kesalahan jalan raya dan disaman, apa yang perlu dibuat? Jom baca artikel ini.

 

Bagaimana Cara Check Saman Polis dan Bayar Saman Menggunakan MyBayar saman?

Terdapat tiga pilihan untuk semak dan bayar saman. Salah satunya, anda boleh check saman online dan bayar menggunakan My Bayar saman iaitu dengan melawati laman web, aplikasi di telefon, atau di kaunter. Baca info lanjut dibawah:

Laman web rasmi MyBayar PDRM 

Buka “browser” Google, Safari dll komputer atau telefon pintar anda. Lawat laman web rasmi MyBayar PDRM seperti url dibawah.
https://mybayar.rmp.gov.my/en

Daftar pengguna baharu jikalau anda belum pernah mendaftar dan isi borang tersebut.

Dalam laman perkhidmatan, tekan ‘Semakan/Bayaran Saman’ untuk check saman PDRM dan anda akan diberi senarai saman bagi kenderaan yang didaftarkan.

Pilih saman yang hendak dijelaskan, masukkan Kod Baucar jika ada, dan buat pembayaran terus menerusi portal tersebut.

Bayaran saman anda dikira sudah selesai setelah menerima notifikasi transaksi daripada bank menerusi SMS atau app bank yang digunakan. Resit elektronik daripada PDRM akan diterima di app atau portal MyBayar PDRM.

Menggunakan applikasi MyBayar PDRM di telefon pintar

Muat turun app MyBayar PDRM dalam telefon pintar atau tablet anda di Google Play/App Store/AppGallery.

Prosesnya sama seperti laman web MyBayar PDRM, hanya rekaan paparannya berbeza sedikit.

Selain daripada membayar saman, anda juga boleh mendapatkan dokumen kemalangan di MyBayar PDRM.

Bayaran secara bersemuka di Kaunter

Jika masih mahu berurusan secara empat mata, bolehlah berkunjung ke kaunter atau kiosk JPJ ataupun Balai Polis Trafik berhampiran anda. Kaunter sementara (pop-up) juga disediakan di acara-acara tertentu seperti aktiviti anjuran PBT dan sebagainya.

 

Bagaimana Cara Check Saman MyEG?

Ada ke cara cek saman guna No IC ? Semestinya boleh di Portal MyEG. Portal MyEG membolehkan anda membuat semakan dan pembayaran saman JPJ sahaja. Cara bayarannya adalah seperti berikut :

Buka “browser” Google, Safari dll komputer atau telefon pintar anda. Lawat laman web rasmi MyEG seperti url dibawah.
https://www.myeg.com.my/

Klik logo Jabatan Pengangkutan Jalan dan kemudian tekan “SEMAK & BAYAR SAMAN JPJ”.

Isi butiran yang diminta. MyEG hanya memerlukan No IC anda untuk membuat semakan. Semudah abc.

Jikalau terdapat sebarang saman, anda boleh terus membuat pembayaran.

Bagaimana Cara Check Saman SMS?

Taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak>Nombor Kad Pengenalan/ Nombor Plat Kenderaan

Hantar ke 15888 atau 32728

Apa Itu Saman Blacklist / JPJ Blacklist? Ketahui Jenis Saman dan Cara Bayarannya

Saman beserta kompaun: Cukup mudah, hanya bayar kompaun tersebut secara online. Anda juga boleh pergi ke kaunter JPJ/PDRM sekiranya perlu penjelasan lanjut.

Saman tidak boleh dikompaun (NC): Pergi ke Balai Polis Trafik segera untuk pemeriksaan. Selalunya saman ini memerlukan anda untuk naik ke mahkamah.

Saman NC telah disenarai hitam (Saman blacklist): Selalunya disebabkan oleh tabiat menangguh kunjungan ke balai. Menangguh bayaran saman juga boleh menyebabkan label W (Arrest Warrant) berwarna merah timbul pada deskripsi saman.

 

Anda Terlanggar Lampu Isyarat? Nak Tahu Berapa Kadar Saman yang Dikenakan? Jom Baca Lebih Lanjut Tentang Jenis Kesalahan dan Kadar Saman.

 

Jenis-jenis kesalahan

A

B

C

D

Memandu laju (Tidak melebihi 40 km/j dari had yang ditetapkan)

Membuat pusingan ‘U’ di tempat yang tidak dibenarkan.

Brek tidak efisyen

Berhenti di petak kuning

Tidak mematuhi isyarat ‘No Entry’

Gagal mematuhi lampu isyarat

Tidak memakai tali pinggang keledar

Memotong barisan

Menggunakan lorong kecemasan

Tiada lesen memandu

Lampu tidak menyala

Lampu brek tidak berfungsi

Tidak memasang lampu

Tidak memasang cermin sisi

Membawa barang di dalam kenderaan yang tidak bersesuaian

Lesen memandu tamat tempoh

Tidak hadir pemeriksaan PUSPAKOM bagi kenderaan perdagangan

Tidak membuat tukar milik

Tidak mempamerkan plat ‘P’

Memandu laju (melebihi 40 km/j dari had yang ditetapkan)

Pemandu teksi tidak menggunakan meter

Kadar saman untuk semua jenis kenderaan:

1 – 15 hari = RM150

16 – 30 hari = RM200

31 – 60 hari = RM300

 

1 – 15 hari = RM100

16 – 30 hari = RM150

31 – 60 hari = RM250

1 – 15 hari = RM70

16 – 30 hari = RM120

31 – 60 hari = RM150

1 – 60 hari =RM300

Kadar saman untuk motosikal bawah 250cc:

1 – 15 hari = RM100

16 – 30 hari = RM150

31 – 60 hari =RM300

 

1 – 15 hari = RM50

16 – 30 hari = RM100

31 – 60 hari =RM150

1 – 15 hari = RM40

16 – 30 hari = RM70

31 – 60 hari =RM120

1 – 60 hari =RM300

 

Saman Pun Ada Diskaun? Ketahui Cara Dapatkan Diskaun Saman Disini.

Sebarang tawaran diskaun saman adalah bergantung kepada ketetapan pihak berkuasa. Pastikan anda peka dan tidak terlepas dengan berita semasa tentang tarikh promosi diskaun saman yang bakal diadakan. Sebagai contoh yang berlaku pada bulan April baru-baru ini, semua saman trafik telah diturunkan kepada RM50.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language