Categories
Auto news

Cara Renew Roadtax dan Insurans Online

Ketahui cara renew roadtax dan insurans secara online dan fizikal. Cara semak cukai jalan secara digital.

Penting ke Roadtax dan Insurans?

Kenapa kita perlu bayar roadtax/ cukai jalan? Ia adalah keperluan utama pihak Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) bagi membaiki, membina, dan menaik taraf jalan raya di Malaysia. Bukan sahaja untuk itu, ia juga disalurkan kepada Dana Gabungan kerajaan untuk projek pengangkutan seperti MRT, LRT dan Bas Rapid milik prasarana. Selain itu, ia juga adalah sejenis cukai ke atas pemilik kenderaan bagi membenarkan ia dipandu di jalan raya secara sah.

Bagaimana pula dengan Insurans? Bayangkan semasa anda pergi kerja, tiba-tiba anda terlanggar sebuah kereta di depan anda, gaji lambat lagi, siapa nak bayar kerosakkan kereta depan dan kereta anda? Jadi, disinilah pentingnya perlindungan insurans ini. Ia adalah perlindungan bagi kereta dan pemiliknya. Ia dapat membantu mengurangkan kos dalam membaiki kereta yang terlibat dalam kemalangan. Terdapat pelbagai jenis insurans kereta yang boleh dipilih mengikut kesesuaian bajet anda.

Jadi, sebelum anda memandu kenderaan anda, pastikan anda mempunyai roadtax dan insurans yang masih aktif. Jikalau hampir tamat tempoh, dinasihatkan segera renew. Sebelum renew, jom lihat checklist sebelum anda renew roadtax kereta dan insurans.

Checklist Sebelum Renew Roadtax dan Insurans

Tamat tempoh insurans dan cukai jalan
Renew fizikal : bawa geran kenderaan, Salinan cover note insurans sebelumnya
Bebas saman
Kenal pasti nilai semasa kenderaan
Tentukan insurans yang ingin dipilih dan perlindungan tambahan yang ingin dibuat (contoh: cermin hadapan, bencana alam, loss of use)

Cara Renew Road tax dan Insurans Kereta

Bagi perbaharui insurans dan cukai jalan, anda boleh menggunakan online dan fizikal. Kebaikan renew secara online adalah anda boleh check harga roadtax dan insurans kereta sebelum membuat keputusan. Sekarang, pengguna motor juga boleh renew dan cek harga roadtax motor dan insurans motor anda secara online. Pihak JPJ telah menetapkan bahawa anda tidak boleh renew roadtax tanpa insurans. Jadi, pastikan anda renew insurans terlebih dahulu. Anda boleh melayari MyEG untuk renew roadtax atau anda juga boleh melayari mana-mana laman web syarikat insurans yang anda kehendaki secara langsung (contoh : takaful, etiqa, zurich). Ketahui maklumat lanjut tentang cara renew road tax dan insurans kereta di bawah ini:

Cara Renew Insurans Kereta Online

Daftar/login MyEG

Klik ikon “Jabatan Pengangkutan Jalan”

Klik “Perbaharui Auto Insurans Kereta” 

Anda akan dibawa ke laman “Compare by MyEG. Ia akan memaparkan senarai syarikat yang menawarkan perkhidmatan insurans atau takaful dan meminta anda mengisi butiran peribadi untuk menghantar senarai harga terbaik bagi produk insurans yang ada 

Klik syarikat pilihan anda

Kelayakkan NCD akan dipaparkan untuk diskaun insurans anda

Selepas itu anda boleh memilih sebanyak mana anda mahu kereta anda untuk dilindungi. Namun, semua bergantung pada harga pasaran semasa kereta anda
Masukkan pemandu kedua jikalau syarikat insurans memerlukan maklumat tersebut
Jangan lupa untuk menambah perlindungan tambahan seperti cermin, bencana alam, dan macam-macam lagi.
Setelah itu, anda akan diberikan harga akhir untuk pakej insurans yang anda pilih.
Anda boleh meneruskan pembayaran setelah berpuas hati
MyEG menerima kaedah pembayaran secara kad debit/kredit dan perbankan online.
Setelah selesai, pastikan anda memuat turun resit dan sijil perlindungan (cover note) sebagai rujukan anda

Cara Renew Roadtax Secara Online

Boleh menggunakan sama ada MyEG untuk renew roadtax atau MySikap untuk renew roadtax.Anda juga boleh menggunakan MySikap untuk renew lesen disini. Di bawah disertakan cara renew roadtax di MyEG dan cara renew roadtax di MySikap .

Cara renew dan semak roadtax di MyEG

Anda boleh tekan butang “Perbaharui Cukai Jalan” atau “Road Tax Renewal” dan pilih antara kereta atau motor.

Lengkapkan butiran yang diminta 

Setelah harga dipaparkan dan anda bersetuju, anda boleh teruskan pembayaran
Anda boleh memilih sama ada untuk mengambil sendiri di pejabat MyEG berdekatan atau penghantaran menggunakan kurier/khidmat penghantaran ekspress

Cara renew roadtax di MySikap

Log masuk
Pilih “menu kenderaan”

Pilih “ pembaharuan lesen kenderaan motor” 

Isi butiran yang diminta
Semak butiran sama ada betul atau tidak
Buat pengesahan dan bayaran
Jangan lupa cetak resit pembayaran bagi rujukan anda

Cara Renew Roadtax di Pejabat Pos

Anda rasa leceh untuk renew roadtax online? Mana nak cari laptop, guna fon dah la kecik. Jangan risau, anda masih boleh renew di pejabat pos berdekatan atau kalau pejabat jpj dekat dengan rumah anda, dipersilakan ke jpj.
Caranya sangat senang, bawa Salinan geran dan cover note insurans anda.
Pergi ke mana-mana pejabat pos/jpj berdekatan
Ambil nombor dan tunggu giliran, kalau ramai harap bersabar
Serahkan dokumen yang diperlukan dan bayar
Selesai !

Roadtax dah xpayah lekat? Ya sekarang, anda boleh menggunakan apps MyJPJ untuk semak cukai jalan digital anda

Baru-baru ini gembur di berita dan media mengatakan anda tidak perlu melekat roadtax di kenderaan anda untuk kesenangan bersama. Sekarang, anda boleh akses roadtax di MyJPJ. Jangan lupa daftar dan pastikan anda dapat mengakses cukai jalan digital di MyJPJ sebelum anda lalu mana-mana roadblock. Nak tahu cara guna apps MyJPJ cek roadtax digital? Jom baca cara-caranya : 

Muat turun applikasi MyJPJ di telefon bimbit anda.

Log masuk atau daftar akaun baru. Jikalau anda ada akaun MySIKAP, berkemungkinan anda telah didaftar secara automatik. Jadi masukkan butiran yang sama. 

Tekan “Profil” di bahagian bawah kanan

Tekan “Motor Vehicle License” @ “Lesen Kenderaan Motor”

Pilih nombor plat kenderaan yang ingin anda semak.

Roadtax digital anda akan tertera di skrin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language