Categories
Auto news

Cara Tebus Tambang Percuma Rapid KL Membebankan – Pengguna Tidak Puas Hati

Tambang percuma pengangkutan awam di kesemua rangkaian bas dan rel Rapid KL telah diaktifkan, serentak dengan pengumuman oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis pelancaran MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 tempoh hari.

Ia adalah salah satu langkah kerajaan untuk mengurangkan beban rakyat disamping mempromosikan penggunaan pengangkutan awam. Tambang percuma ini ditawarkan mulai 16 Jun sehingga 15 Julai 2022.

Walau bagaimanapun, sebahagian pengguna berang dan tidak berpuas hati dengan cara untuk menebus tambang percuma tersebut yang disifatkan sebagai kabur dan menyusahkan. Berikut merupakan cara menebus tambang percuma berdasarkan perkongsian Rapid KL di Facebook.

Muat Turun Aplikasi MyRapid PULSE

Pengguna digalakkan memuat turun aplikasi MyRapid PULSE yang tersedia di dalam Google Play atau Apple Store, dan mendaftar akaun serta mengisi maklumat menerusi borang yang disediakan. Setelah borang dilengkapkan, pengguna hanya perlu membuat tangkapan skrin dan menunjukkannya kepada pegawai di stesen ketika melalui gantri untuk ke landasan rel atau apabila menaiki bas.

*Kredit foto: Harian Metro

Isi Borang

Borang turut disediakan di semua kaunter khidmat pelanggan Rapid KL, hab bas terpilih, di dalam bas dan boleh juga dimuat turun menerusi laman web dan platform media sosial Rapid KL. Pengguna perlu mengambil gambar atau bahagian atas borang yang telah lengkap untuk menikmati tambang percuma.

Masih Perlu Sentuh Kad TNG

Kad TouchN’Go masih perlu disentuh seperti biasa untuk keluar dan masuk. Ini adalah untuk tujuan kawalan dan pemantauan. Tiada sebarang caj yang akan dikenakan. Menurut Rapid KL, baki minimum RM5 perlu ada di dalam kad.

Pemegang Pas My50

Bagi para penumpang yang melanggan pas perjalanan tanpa had My50, jika mereka telah membeli Pas My50 pada 16 Jun 2022:

Tebus 30 hari tambang percuma selepas pas tamat
Aktifkan tambang percuma dalam tempoh 23 – 25 Julai 2022
Sebaiknya bawa resit sebagai pengesahan pembelian

Manakala, jika pas My50 pengguna akan tamat tempoh di antara 17 Jun ke 15 Julai 2022, tambang percuma akan dimasukkan ke dalam pas dan diaktifkan serta merta sehari selepas pas tamat.

Pengguna mesti memastikan nilai simpanan minimum RM5.00 dikekalkan dalam pas My50, kad Touch ‘N Go dan kad konsesi mereka.

Penggunaan Token

Bagi pengguna yang tidak mempunyai kad TouchN’Go atau sebarang pas, mereka boleh mendapatkan token percuma di kaunter khidmat pelanggan dengan mengisi maklumat menerusi aplikasi MyRapid PULSE atau borang yang disediakan sebelum memasuki stesen.

Pengguna Tidak Puas Hati

Rata-rata pengguna berasa tidak berpuas hati kerana perlu melakukan pelbagai perkara seperti mengisi borang tinjauan dan memuat turun aplikasi Rapid KL PULSE yang dianggap melecehkan. Ada juga pengguna yang mempersoalkan keperluan menyimpan resit untuk pengesahan sedangkan sistem terkini Rapid KL boleh mengesan mana-mana individu yang mempunyai kad aktif.

Bukan itu sahaja, ada juga pengguna yang dikenakan caj tambang ketika menaiki LRT Kelana Jaya meskipun sudah menggunakan aplikasi PULSE. Pengguna turut berang apabila dikenakan caj bayaran tambah nilai sebanyak 50 sen untuk memperbaharui pas mereka.

Sudahkah anda menikmati perjalanan 30 hari percuma Rapid KL dan KTM? Apa pula pengalaman anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language