Categories
Auto news

Cas Kereta Elektrik Guna Setel – Pengecas AC, DC Disediakan

Aplikasi Setel telah melancarkan fungsi baru yang membuatkan aktiviti mengecas kereta elektrik lebih mudah iaitu dengan mengaktifkan pengecas melalui aplikasi itu sahaja.

Kaedahnya sama sahaja seperti membayar untuk mengisi minyak di mana aplikasi Setel membenarkan pengguna untuk mengaktifkan stesen pengecasan kereta elektrik sebelum keluar dari kereta untuk mengecas kereta tersebut.

Dengan Setel, pengguna juga bakal menerima poin Mesra points untuk setiap kali transaksi pengecasan EV dibuat di aplikasi tersebut. Setiap RM5 yang dibelanjakan akan menerima 1 Mesra point.

Senarai Stesen Pengecasan EV Tersedia

Ketika ini, fungsi pengecas EV pada Setel ini hanya terdapat di 5 lokasi buat masa ini seperti:

Lotus’s Kepong – 7.4 kW AC (RM0.50/15 minit)
EV Connection Workshop Parklane SS7 – 22 kW AC (free)
ACO HQ Johor Bahru – 180 kW CCS DC (free)
Naza Automall PJ – 50 kW CCS, 50 kW Chademo, 22 kW AC (RM1.20/minit)
Shangri-La Rasa Sayang Resort Penang – 50 kW Chademo, 22 kW AC (RM1.20/minit)

Cara Aktifkan Pengecasan EV dengan Setel

Cari lokasi stesen pengecasan EV melalui ikon search yang terletak di bahagian kiri atas di laman utama aplikasi Setel
Di stesen, letakkan kereta anda di kawasan pengecas dan tekan Start Charging
Pilih pengecas yang sesuai dengan kereta anda dan tekan Activate Charger
Tunggu pengecas untuk disambungkan
Mulakan pengecasan
Semak status pengecasan dan caj yang dikenakan pada bila-bila masa melalui aplikasi Setel
Untuk menghentikan pengecasan, buka kunci penyambung daripada kereta, kunci kereta atau pengecas, kemudian cabut palam penyambung daripada kenderaan dan pengecas.
e-resit akan diberikan setelah sesi pengecasan selesai

Menurut Setel, tiada had minimum atau maksimum dikenakan bagi tempoh masa mengecas EV di stesen yang dinyatakan. Namun pengguna diingatkan agar bertimbang rasa dengan pengguna EV lain dengan mengalihkan kenderaan ke tempat lain setelah selesai menggunakan pengecas.

Buat masa ini, anda hanya boleh menggunakan Setel wallet untuk membayar pengecas EV ini. Kaedah pembayaran lain dikatakan akan menyusul pada masa hadapan.

Jika anda merancang untuk mengecas EV melalui Setel, anda perlu membawa kabel pengecas sendiri kerana ia tidak disediakan di stesen.

Walaupun baru memiliki 5 stesen pengecas buat masa ini, Setel berkata mereka sedang bekerja keras untuk meluaskan lagi fungsi ini ke lebih banyak lokasi bagi memudahkan pengguna kereta elektrik, terutama pengguna Setel.

Ketika ini, aplikasi tersebut hanya membenarkan pengguna untuk mencari lokasi stesen pengecasan EV terdekat dengan pengguna. Setel sedang berkerja keras untuk meningkatkan pengalaman penggunaan seperti kebolehan memeriksa sama ada stesen pengecasan tersebut sedang digunakan atau tidak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Language